Rabu, 20 April 2011

PENGIRAAN JUMLAH UNIT



 Sebenarnya, setiap kali seseorang pelabur membuat pelaburan
(samada pelaburan tunai atau pelaburan tambahan) jumlah pelaburan
sebenar (working capital) adalah kurang daripada nilai pelaburan.

 Ini kerana, sebahagian daripada wang pelaburan akan digunakan
    untuk membayar caj perkhidmatan. 

 Untuk maklumat lanjut tentang caj perkhidmatan dan cara
     pengiraannya, 

 Namun begitu, untuk memudahkan pengiraan dan pemahaman anda
    di dalam presentation ini, caj perkhidmatan akan diabaikan.

 Katakanlah seorang pelabur telah melabur sebanyak RM10,000 pada harga 
    RM1.00.
 Jumlah unit yang akan diterima adalah mengikut formula berikut :
    Jumlah Unit = Jumlah Pelaburan Sebenar/Harga Seunit
                    
                     = RM10,000/1.00 
                     = 10,000 unit.

 Unit yang diterima oleh pelabur adalah tetap dan tidak berubah-ubah 
    melainkan pelabur membuat pelaburan tambahan ataupun setelah 
    menerima pengagihan (biasanya dipanggil dividen) daripada Public 
    Mutual.
 Untuk mengira nilai semasa pelaburan, formulanya adalah seperti berikut :
    Nilai Semasa = Harga Dana Semasa x Jumlah Unit

 Katakanlah pada suatu hari, harga dana A turun kepada RM0.95, maka 
     pada ketika ini nilai pelaburan adalah bersamaan dengan :
     RM0.95 x 10,000=RM9,500

 Sebaliknya jika harga dana A naik kepada RM1.05, nilai pelaburan adalah:
    RM1.15 x 10,000=RM11,500.

Adakah pelabur akan mengalami kerugian ketika harga rendah?

 Ya, jika pelabur menjual pelaburan mereka pada ketika ini. 

 Tidak, jika mereka membiarkan sahaja pelaburan mereka.

 Sebenarnya ramai pelabur yang membuat kesilapan BESAR dengan 
menjual pelaburan ketika harga rendah. Ini kerana mereka khuatir 
mereka akan mengalami kerugian yang lebih teruk. Hakikatnya harga 
dana memang sentiasa turun naik. Hal ini bukanlah satu perkara yang 
harus ditakuti oleh para pelabur.
 Ini kerana ia sebenarnya merupakan satu kelebihan kerana memberi 
peluang kepada pelabur untuk membeli dana pada harga yang lebih 
rendah (ibarat kita membeli dengan harga diskaun semasa kempen 
jualan murah di pasaraya).

Bagaimana Pelaburan Dalam Jangkamasa Panjang membantu mengurangkan risiko pelabur?

 Kebanyakan dana unit trust akan memberi pengagihan tahunan
    kepada pelabur. 

 Jika pengagihan ini tidak dikeluarkan dan dilaburkan semula, jumlah
    unit akan bertambah.

 Ini merupakan cara yang paling baik untuk mengoptimumkan
    pulangan pelaburan di dalam pelaburan unit amanah.

 Sila lihat contoh berikutnya untuk memahami bagaimana hal ini
    berlaku.

Contoh Penambahan Jumlah Unit Selepas Tahun Pertama

 Berdasarkan contoh tadi, pelabur sudahpun mempunyai unit 
    asal sebanyak 10000 unit. Katakanlah pada tahun pertama, dia 
    mendapat jumlah pengagihan sebanyak RM800 dan harga 
    semasa dana adalah RM0.80

 Jumlah Unit Tambahan = Jumlah Pengagihan/Harga Semasa
                                            = 800/0.80
                                            = 1,000 unit

 Jumlah Unit Baru = Jumlah Unit Asal + Jumlah Unit Tambahan
                                  = 10,000 + 1000
                                  = 11,000 unit

Contoh Penambahan Jumlah Unit Selepas Tahun Kedua

 Sekarang pelabur sudahpun mempunyai jumlah unit baru 
    sebanyak 11,000 unit. 
    Katakanlah pada tahun kedua, dia mendapat jumlah pengagihan sebanyak RM1000 dan harga 
    semasa dana adalah RM0.67

 Jumlah unit tambahan = Jumlah Pengagihan/Harga Semasa
                                           = 1,000/0.67
                                           = 1,500 unit

 Jumlah Unit Baru = Jumlah Unit Asal + Jumlah Unit Tambahan
                                  = 11,000 + 1500
                                  = 12,500 unit

Contoh Penambahan Jumlah Unit Selepas Tahun Ketiga

 Sekarang pelabur  sudahpun mempunyai jumlah unit baru 
    sebanyak 12,500 unit. 
    Katakanlah pada tahun ketiga, dia mendapat jumlah pengagihan sebanyak RM1500 dan harga 
    semasa dana adalah RM1.00

 Jumlah unit tambahan = Jumlah Pengagihan/Harga Semasa
                                          = 1,500/1.00
                                          = 1,500 unit

 Jumlah Unit Baru = Jumlah Unit Asal + Jumlah Unit Tambahan
                                  = 12,500 + 1500
                                  = 14,000 unit

Berapakah Nilai Pelaburan Selepas 3 Tahun?

 Sekarang pelabur mempunyai jumlah unit sebanyak 14000

 Nilai Pelaburan Semasa = Harga Semasa x Jumlah Unit

 Jika harga semasa = harga belian pada tahun pertama (RM1.oo), maka:
    Nilai Pelaburan Semasa = RM1.00 x 14000 = RM14000

 Jika harga semasa <  harga belian pada tahun pertama (RM0.8o), maka:
    Nilai Pelaburan Semasa = RM0.80 x 14000 = RM11,200

 Jika harga semasa > harga belian pada tahun pertama (RM1.2o), maka:
    Nilai Pelaburan Semasa = RM1.20 x 14000 = RM16,800

Kesimpulan

    Dengan kata lain, apabila pelabur melabur
    di dalam jangakamasa panjang, jumlah unit 
   akan bertambah.

    Dengan ini, pelabur akan tetap mendapat
    keuntungan walaupun berlaku penurunan
    harga dana.
   
   Malah, pelabur akan mendapat keuntungan
   yang sangat baik sekiranya harga dana tidak
   berubah atau makin meningkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan