Selasa, 19 April 2011

CARA PENGIRAAN CAJ PERKHIDMATAN

Caj perkhidmatan yang akan 
   dikenakan bagi setiap pelaburan baru 
   ataupun pelaburan tambahan bagi 
   setiap dana unit trust. 

Caj ini adalah berbeza-beza 
    bergantung kepada jenis dana (pasaran 
   matawang, bond, dan ekuiti

Caj Perkhidmatan / Service Charge

Caj ini juga berbeza bagi setiap 
   syarikat pengurusan unit amanah

Di Malaysia, caj perkhidmatan yang 
  dikenakan bagi pelaburan tunai 
  adalah di sekitar 5%-6.5% 

Bagi pelaburan menggunakan KWSP 
   pula cajnya adalah di sekitar 3%.

Caj Perkhidmatan / Service Charge

Kenapa caj ini dikenakan?
   Untuk menampung kos pengurusan sesebuah dana (gaji pengurus dana, komisyen ejen, 
   yuran pembelian saham dan bond dll)
16/04/2010 4

Caj Perkhidmatan di Public Mutual 

(Dana Ekuiti)
 Pelaburan tunai : 5.5% daripada jumlah pelaburan.

 Pelaburan menggunakan wang KWSP :  3% daripada jumlah pelaburan

(Dana Bond/Pasaran Wang)

 Pelaburan tunai/KWSP : 0.25% daripada jumlah pelaburan.

Adakah Anda Merasa Jumlah Caj Perkhidmatan 
Ini Terlalu Besar Dan Membebankan?

 Sebenarnya pelaburan unit trust adalah untuk jangkamasa yang lama. 

 Sebagai contoh, jika anda membuat pelaburan tunai  selama 5 tahun di 
    dalam dana ekuiti, anda seolah-olah hanya membayar 5.5% / 5 = 1.1% 
    setahun kepada Public Mutual Berhad.

 Jumlah ini adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan pulangan 
    yang akan anda peroleh daripada pelaburan anda. Malah caj 
    perkhidmatan yang sama turut dikenakan kepada semua pelabur tanpa 
    mengira jumlah pelaburan mereka.

 Hal ini sangat menguntungkan para pelabur kecil kerana hanya perlu 
    membayar caj perkhidmatan yang sangat rendah untuk mendapat 
    servis daripada pengurus dana profesional.

Pengiraan Caj Perkhidmatan Untuk Dana Ekuiti 

Menggunakan Pelaburan Tunai
 Sebagai contoh, apabila pelabur membuat pelaburan tunai 
    sebanyak RM10550, jumlah pelaburan sebenar adalah :
   Jumlah pelaburan sebenar = RM10,550/1.055 = RM10,000

 Sebaliknya jika pelabur melabur sebanyak RM10000, 
    jumlah pelaburan sebenar (working capital) adalah 
   sebanyak:
Jumlah pelaburan sebenar = RM10000/1.055 = RM9478.67

Pengiraan Caj Perkhidmatan Untuk Dana Ekuiti 

Menggunakan Pelaburan Wang Simpanan KWSP

 Sebagai contoh, apabila pelabur membuat pelaburan KWSP 
    sebanyak RM10,300 jumlah pelaburan sebenar adalah :
    Jumlah pelaburan sebenar = RM10,300/1.033 = RM10,000

 Sebaliknya jika pelabur melabur sebanyak RM10000, jumlah 
pelaburan sebenar (working capital) adalah sebanyak:
Jumlah pelaburan sebenar = RM10000 /1.033= RM9708.74

Pengiraan Caj Perkhidmatan Untuk Dana Bond/Pasaran

Wang Menggunakan Pelaburan Tunai/KWSP

 Sebagai contoh, apabila pelabur membuat pelaburan tunai 
   sebanyak RM10,025, jumlah pelaburan sebenar adalah :
  Jumlah pelaburan sebenar = RM10,025 /1.0025= RM10,000

 Sebaliknya jika pelabur melabur sebanyak RM10000, 
     jumlah pelaburan sebenar (working capital) adalah sebanyak:
    Jumlah pelaburan sebenar = RM10000/1.0025 = RM9975.06

Tiada ulasan:

Catat Ulasan