Prospecting atau dlm bhs Melayunya mencari atau mewujudkan prospek adalah kunci elemen kepada kejayaan bg seorang UTC. Anda perlu menguasai kemahiran utk melakukan prospecting ini dlam biz Unit Amanah supaya anda tidak ketandusan customer yg akan menyebabkan jualan merosot dan akhirnya menyebabkan anda rebah sebelum kejayaan dicapai.
Secara analoginya anda diibaratkan sebagai nelayan yg akan menurunkan pukat di lautan yg sgt luas. Bergantung kpd target anda utk mendapatkan jenis ikan yg bagaimana; anda mestilah mahir utk “membaca” di manakah lubuk atau tempat bermainnya jenis ikan yg anda mahu itu. Walau bagaimanapun, tidak kesemua jenis ikan akan menepati citarasa anda selepas pukat diangkat; mungkin ada ikan kecil, ikan besar dan kemungkinan juga tiada langsung. Oleh itu tidak sekali-kali kita berputus asa; seharusnya terus mencuba pd waktu yg lain atau di tempat yang lain.
2 jenis aktiviti yg melibatkan prospecting dalam industri Unit Amanah
  1. Mencari Pelanggan/ Pelabur
  2. Merekrut agen baru
Kedua-dua aktiviti prospecting sangat kritikal utk mengembangkan perniagaan Unit Amanah anda bermula daripada seorang Agen sehinggalah menjadi seorang Pengurus Agensi Kumpulan. Dan aktiviti inilah yg selalu diimplimentasikan sebagai suatu lumrah oleh semua Agensi Unit Amanah.

Prospek dikategorikan dalam 2 mode iaitu Panas dan Sejuk (Hot n Cold)

Prospek Panas ini adalah prospek yg RAPAT dan SALING MENGENALI dgn anda. Anda juga dgn senang mengetahui POTENSI mereka. Mereka ini lebih mudah didekati dan selalunya agen yg baru menceburi bidang Unit Amanah ini sangat digalakkan untuk mempromosikan produk Unit Amanah kepada mereka kerana peluang utk mendapatkan sales adalah tinggi. Di samping itu juga, Prospek Panas akan menjadi medan latihan utk agen baru melakukan presentasi dan memperbaiki kelemahan kemahiran berkomunikasi (belajar bercakap). Selalunya agen baru memperolehi KEYAKINAN DIRI (self confidence) setelah berjaya mendapatkan sales drpd kumpulan ini.
Prospek Sejuk pula adalah mereka yg LANGSUNG TIDAK DIKENALI (totally strangers) dan tidak diketahui POTENSI mereka. Untuk mendekati mereka perlu ada keyakinan diri yg tinggi, integriti, pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi yg tinggi TETAPI berurusan dgn prospek Sejuk inilah yg akan menjadikan anda seorang UTC yg MAHIR dan PROFESSIONAL. Apa yg lebih penting ialah Prospek Sejuk ini tidak akan habis dan semua umat manusia di dunia ini selain dr Prospek Panas anda adalah Prospek Sejuk yg sentiasa berlegar2 di sekeliling anda. Seperti analogi nelayan td, teruskan memukat di lautan luas ini dan anda pasti beroleh kejayaan yg memuaskan.

Senarai Prospek

1. Prospek Pelabur (melalui Tunai atau skim EPF)
- Ahli keluarga dan saudara-mara.
- Kawan rapat, kawan sekerja, jiran.
- Majikan
- Syarikat2, organisasi2, persatuan2 dsb.
- Kenalan kpd semua di atas (referral).
2. Prospek Rekrut (pembentukan group, team dan agensi)
- Ahli keluarga dan saudara-mara.
- Kawan rapat, kawan sekerja, jiran.
- Bekas MLM, Agen Insurans, Agen Kereta, Agen Kredit Kad atau yg pernah terlibat dgn marketing.
- Pekerja yg kena VSS, berhenti kerja dsb.
- Mereka yg telah melakukan pelbagai perniagaan tetapi gagal.
- Fresh Graduates
- Mereka yg baru menceburi bidang perniagaan
- Clients anda (berdasarkan kedudukan kewangan dan pelaburan..anda boleh menilai)
- Kenalan kpd semua di atas (referral).
Harapan saya dgn adanya info dan keterangan ini dapat membuka mata anda bagaimana permulaan untuk mengorak langkah dalam melakukan perniagaan Unit Amanah ini. Walau apapun, kejayaan hanya datang untuk mereka yg benar2 MENCARI kejayaan tetapi TIDAK kepada mereka yg sekadarMENGHARAPKAN kejayaan. Usaha dan tindakan lebih penting dr memasang impian sahaja; selagi berpandukan jalan dan sistem yg betul kejayaan pasti akan dikecapi.
»

  1. Keunikan biz Unit Amanah ini ialah ia tidak akan lapok ditelan zaman kerana ia adalah industri yg melibatkan kewangan. Secara mudahnya, selagi umat manusia masih menggunakan wang sebagai perantaraan selagi itulah industri ini akan berkembang.
    Lagipun, konsep unit amanah adalah utk menggandakan wang pelabur dlm tempoh jangkamasa sederhana hingga panjang (5 thn ke atas). Industri ini sebenarnya membantu para pelabur mengatasi inflasi (penyusutan nilai wang) dgn menjadikan wang bercambah jika dilaburkan sebaliknya wang tidak akan bercambah sekiranya masih disimpan dlm bank biasa.
    Produk UT juga di “back up” oleh bank yg kukuh..dlm kes ini Public Mutual di “back up” oleh Public Bank Berhad; bank yg sgt kukuh sejak berzaman lagi.
    Sertai kami dlm industri ini. Biz ini adalah sunrise industry yg mendapat sambutan hangat dr rakyat Malaysia.