Rabu, 28 Mei 2014

"Jika kita tidak menyimpan wang atau melabur, kita akan sentiasa miskin, tidak kira berapa banyak jumlah wang yang diperoleh."
-Anonymous
Jangan jadikan tabiat menyimpan wang sebagai sesuatu yang menyusahkan. Tetapi jadikan ia satu tabiat yang perlu ada dalam diri setiap orang kerana dengan menyimpan, akan mendidik kita menjadi disiplin, berbelanja mengikut kemampuan,seorang yang besederhana dan bersyukur dengan apa yang kita ada.
Percayalah, seberapa besar pun gaji kita tetapi jika perbelanjaan kita semakin bertambah, maka sampai bila pun kita tidak mampu menyediakan kewangan yang cukup untuk tempoh persaraan dan bersara selesa.
Orang yang miskin bukanlah orang yang bergaji kecil tetapi orang yang miskin adalah orang yang bergaji besar dan berbelanja besar. Renung-renungkan