Isnin, 4 April 2011

DANA PENDIDIKAN IPT ANAK......INSURAN ATAU UNIT TRUST?

Ramai orang mungkin tertanya2, kalau nak create dana pendidikan IPT untuk anak, 
nak simpan di Insurans ( Investment Linked ) ker atau nak simpan di Unit Trust ( saham amanah ) ? 
Dua – dua agen Insurans dan Unit Trust datang dan memberikan pakej dan tujuan yang sama, iaitu EDUCATION FUND. Mana satu lebih baik ? Mana satu lebih efisyen ? Salah satu atau kedua – dua sekali ?
Ya, izinkan sya memberikan sedikit panduan  untuk tatapan dan panduan untuk para ibu bapa dalam mencari instrumen terbaik untuk dana pendidikan anak.

PANDUAN 1 : 
Ketahui dimana, dan BERAPA kos pendidikan akan datang.Kepada ibubapa, seperti yang kita sedia maklum, inflasi memainkan peranan penting dalam harga barangan hari ini. Begitu jugalah kos pendidikan nanti. Bila disebut kos pendidikan, ia bukan bermakna Yuran Pengajian IPT shj, tetapi merangkumi kos sara hidup seperti makan minum, tempat tinggal, pakaian, pengangkutan, komputer, bahan ilmiah dan pelbagai lagi keperluan seorang manusia yang bernama student IPT.
Pada hari ini, di dalam negara, kebiasaannya student yang masuk IPTA seperti USM, mereka akan meminjam antara RM 40 000 – RM 45 000 dari PTPTN untuk membiaya pengajian mereka. Jumlah ini boleh dikatakan agak tinggi pada hari ini. Ini adalah IPT AWAM. Sebahagian kos disubsidi oleh kerajaan. Untuk IPT Swasta mcm Petronas, Uniten dll, student akan pinjam antara RM 60 000 ++. 12 tahun lepas, pada masa sekarang pinjaman RM 17 000 ++ utk masuk IPTA. Hari ini, program berkembar dgn IPT Awam, pinjaman dari MARA, sebanyak RM 80 000++. Figure ini adalah situasi untuk HARI INI. Untuk anak2 di masa hadapan, 15 – 20 tahun lagi, nilainya adalah 2 atau 3 kali ganda dari hari ini. RM 100 000 +++? TAK MUSTAHIL.
Kos IPT luar negara…lagi tinggi lah.
Jadi bersikap prihatinlah dengan kos pendidikan di masa hadapan. Untuk menjadi lebih mudah, anda boleh dapatkan University Cost Guide dari sy bagi mengetahui jumlah yuran IPT masa hadapan untuk dalam dan luar negara. Email kpd kami jika beminat.

PANDUAN 2: 
Bersikap realistik dengan jumlah simpanan Sedar and wake up. Dengan kata lain, jika anda sudah mengetahui jumlah kos pendidikan akan datang meningkat 2 atau 3 kali ganda, maka anda juga perlu bersikap REALISTIK dengan jumlah simpanan yang ingin dibuat. Tak kira lah dgn Insurans atau Unit Trust, kalau anda simpan RM 50 jer sebulan, 20 tahun akan datang rasanya anda hanya mampu utk bayar yuran pengajian semester pertama jer… Jadi bersedialah untuk menyimpan dari 9 – 15% dari gaji anda untuk simpanan pendidikan anak. Perancang Kewangan kata, 1/3 gaji sepatutnya digunakan untuk tujuan pelaburan dan insurans. So dari 1/3 nih, allocate sedikit untuk keperluan pendidikan anak.
PANDUAN 3 : 
Insurans atau Unit Trust?Seperti yang sedia maklum, Insurans pada hari ini menawarkan polisi yg berbentuk pelaburan yg disebut Investment Linked Insurans. Ia adalah polisi yang menggabungkan 2 elimen iaitu perlindungan dan pelaburan. Sebahagian premium digunakan untuk membayar charge insurans dan sebahagian lagi digunakan untuk pelaburan saham amanah. Syarikat Insurans sendiri sekarang mempunyai dana saham amanah mereka sendiri. Sama macam syarikat pelaburan Saham Amanah yg lain.
Perlu diketahui, jika anda menyimpan RM 100 di Insurans dan dengan Unit Trust, untuk tempoh yg sama katakan 20 tahun, jumlah pelaburan yang anda akan dapat nanti tidak sama. 
Secara logiknya, simpan RM 100 di Unit Trust akan mendapat jumlah pelaburan yg lebih banyak dari Insurans. 
Kenapa ? Insurans tetap insurans, sebahagian dana akan digunakan untuk membayar charge insurans. Tambah2 lagi kalau ada byk rider mcm premium waiver, atau medical card. Jadi sebahagian besar premium akan digunakan untuk membayar charge2 rider tadi. Berbanding Unit Trust, 100% dari RM 100 tadi akan digunakan untuk pelaburan saham amanah. Of course memang ada initial service charge tapi tak tinggi sgt around 5%.
Tetapi, Insurans memiliki kelebihan perlindungan kepada investor. Contoh : kalau anak yg diinsuranskan jatuh sakit kritikal, anda mendapat sejumlah wang untuk rawatan si anak. Dan juga ada medical card untuk rawatan kos perubatan si anak. Jika si bapa meninggal atau lumpuh, si anak tetap mendapat bayaran premium percuma dari syarikat sampai tempoh matang. Berbanding Unit Trust, jika anak terkena penyakit kritikal, anda terpaksa menggunakan duit poket sendiri utk merawat penyakit, sbb takda medical card atau pampasan yg diberikan. Silap2 anda terpaksa menggunakan dana pendidikan sedia ada untuk menampung kos rawatan. Jika si bapa meninggal, pelaburan RM 100 utk anak setiap bulan akan terhenti. So masa depan si anak akan terjejas.
——————————————————————————————————————————————————
KESIMPULAN: Kedua – dua instrumen di atas memainkan peranan yang penting. Insurans utk perlindungan, Unit Trust utk pelaburan.
 hubungi kami seperti no yang tertera di bawah
MARSITA MAHMUD 019-4585365
SYUHADA OMAR 012-4795897
NASIRUDIN 019-5770520
(kedah,perlis,p.pinang)

NOOR AZRINA 019-8207712 / 013-2144947
(melaka,n.sembilan,johor,pahang)

SYED MOHD 019-4260775
(perak,selangor,kelantan,terengganu)

NUR HANANI 019-9411392
(miri)

NUR SUHANIS 012-3318071
(labuan,k.kinabalu)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan