CARA PENGIRAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI PELABURAN UNIT TRUST
Caj perkhidmatan yang akan
dikenakan bagi setiap pelaburan baru
ataupun pelaburan tambahan bagi
setiap dana unit trust.
Caj ini adalah berbeza-beza
bergantung kepada jenis dana (pasaran
matawang, bond, dan ekuiti
Caj Perkhidmatan / Service Charge
Caj ini juga berbeza bagi setiap
syarikat pengurusan unit amanah
Di Malaysia, caj perkhidmatan yang
dikenakan bagi pelaburan tunai
adalah di sekitar 5%-6.5%
Bagi pelaburan menggunakan KWSP
pula cajnya adalah di sekitar 3%.
Caj Perkhidmatan / Service Charge
Kenapa caj ini dikenakan?
Untuk menampung kos pengurusan sesebuah dana (gaji pengurus dana, komisyen ejen,
yuran pembelian saham dan bond dll)
Caj Perkhidmatan di Public Mutual
(Dana Ekuiti)
Pelaburan tunai : 5.5% daripada jumlah pelaburan.
Pelaburan menggunakan wang KWSP : 3% daripada jumlah pelaburan
(Dana Bond/Pasaran Wang)
Pelaburan tunai/KWSP : 0.25% daripada jumlah pelaburan.
Adakah Anda Merasa Jumlah Caj Perkhidmatan
Ini Terlalu Besar Dan Membebankan?
Sebenarnya pelaburan unit trust adalah untuk jangkamasa yang lama.
Sebagai contoh, jika anda membuat pelaburan tunai selama 5 tahun di
dalam dana ekuiti, anda seolah-olah hanya membayar 5.5% / 5 = 1.1%
setahun kepada Public Mutual Berhad.
Jumlah ini adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan pulangan
yang akan anda peroleh daripada pelaburan anda. Malah caj
perkhidmatan yang sama turut dikenakan kepada semua pelabur tanpa
mengira jumlah pelaburan mereka.
Hal ini sangat menguntungkan para pelabur kecil kerana hanya perlu
membayar caj perkhidmatan yang sangat rendah untuk mendapat
servis daripada pengurus dana profesional.
Pengiraan Caj Perkhidmatan Untuk Dana Ekuiti
Menggunakan Pelaburan Tunai
Sebagai contoh, apabila pelabur membuat pelaburan tunai
sebanyak RM10550, jumlah pelaburan sebenar adalah :
Jumlah pelaburan sebenar = RM10,550/1.055 = RM10,000
Sebaliknya jika pelabur melabur sebanyak RM10000,
jumlah pelaburan sebenar (working capital) adalah
sebanyak:
Jumlah pelaburan sebenar = RM10000/1.055 = RM9478.67
Pengiraan Caj Perkhidmatan Untuk Dana Ekuiti
Menggunakan Pelaburan Wang Simpanan KWSP
Sebagai contoh, apabila pelabur membuat pelaburan KWSP
sebanyak RM10,300 jumlah pelaburan sebenar adalah :
Jumlah pelaburan sebenar = RM10,300/1.033 = RM10,000
Sebaliknya jika pelabur melabur sebanyak RM10000, jumlah
pelaburan sebenar (working capital) adalah sebanyak:
Jumlah pelaburan sebenar = RM10000 /1.033= RM9708.74
Pengiraan Caj Perkhidmatan Untuk Dana Bond/Pasaran
Wang Menggunakan Pelaburan Tunai/KWSP
Sebagai contoh, apabila pelabur membuat pelaburan tunai
sebanyak RM10,025, jumlah pelaburan sebenar adalah :
Jumlah pelaburan sebenar = RM10,025 /1.0025= RM10,000
Sebaliknya jika pelabur melabur sebanyak RM10000,
jumlah pelaburan sebenar (working capital) adalah sebanyak:
Jumlah pelaburan sebenar = RM10000/1.0025 = RM9975.06
Tiada ulasan:
Catat Ulasan