Isnin, 18 Februari 2013

BANTU MEREKA JADI LEBIH KAYA

 seronok jadi perunding unit amanah ni...kita dapat tolong orang untuk selesa dalam hidup 
 
Kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah adalah kerjaya yang hebat dan menarik.
Perunding Unit Amanah adalah kerjaya yang secara langsung berkhidmat membina status kewangan yang lebih baik untuk apa sahaja tujuan sama ada kepada para pelabur atau diri perunding sendiri.
Hakikat tetap hakikat, manusia sentiasa hidup dengan naluri untuk menjadi lebih baik. Semua insan mahukan status kewangan yang lebih baik.
 
Bagaimana kita boleh membantu ramai orang BERSARA SEBAGAI JUTAWAN?
 
Cuba kita bayangkan, selepas berhempas pulas selama 25 hingga 30 tahun berkhidmat untuk majikan, ramai orang hanya mendapat RM50,000 hingga RM200,000 sahaja ganjaran apabila pencen – sama ada daripada KWSP atau Gratuity. Penjawat awam pula mendapat bayaran pencen kurang 50% daripada gaji akhir mereka untuk digunakan menampung seluruh kehidupan yang semakin mencabar dan mahal dalam iklim negara yang semakin maju. Adakalanya mereka perlu menjalani hidup persaraan selama 20 tahun lagi. Adakah mereka perlu bekerja semula atau meminta-minta?
Mereka adalah antara golongan sasaran yang perlu kita bantu. Apa kata anda cuba bantu mereka dengan kisah berikut:
 
Zul talah mendapat pendedahan dan idea untuk melabur dalam amanah saham daripada seorang Perunding Unit Amanah semasa umurnya 24 tahun. Apabila beliau mula bekerja pada umur 25 tahun, beliau telah memulakan rancangan pelaburannya untuk membina kewangan masa depan yang kukuh. Zul telah menyimpan RM5,000 daripada gaji yang diperolehi selama 10 bulan pertama ia bekerja (Simpan RM500/sebulan). Lalu dia membuka akaun pelaburan Amanah Saham dengan syarikat pengurusan dana amanah saham terbesar dan No. 1 di Malaysia. Dia telah membuka akaun dana agresif yang berpotensi memberikan purata pulangan 12% setahun untuk pelaburan jangka panjang. Kemudian Zul juga telah membuat pelaburan tambahan setiap bulan sebanyak RM250 melalui Arahan Potongan (Standing Instruction) dari bank di mana gajinya dibayar terus ke akaun amanah sahamnya. Dia melakukannya selama 15 tahun atau 180 bulan iaitu sehingga umurnya 40 tahun. Waktu itu, Zul telahpun mengumpulkan RM50,000 (RM250 X 180 + RM5,000) modal pelaburan dalam akaun amanah sahamnya. Nilai pelaburannya (modal + keuntungan/kerugian = Nilai Aset Bersih) telah meningkat menjadi RM146,350.70. Atas nasihat Perunding Unit Amanah, Zul telah memberhentikan disiplin menambah pelaburan bulanan sebanyak RM250 tadi. Beliau hanya membiarkan sahaja pelaburannya terus diuruskan oleh syarikat pengurus dana amanah saham No.1 di Malaysia itu sehingga umurnya mencapai 60 tahun. Sebagai pegawai kerajaan, Zul memilih untuk bersara pada usia 60 tahun. Sebaik sahaja bersara, beliau telah pergi ke syarikat pengurus dana amanah saham lalu menjual semua unit pelaburan dalam akuan amanah sahamnya itu. Zul telah memperolehi sebanyak RM1,411,741.75.
 
Oleh kerana Zul sememangnya seorang pelabur yang bijak, dia telah mengambil RM1,000,000.00 (RM 1 juta) sahaja untuk digunakan memenuhi keperluan persaraannya. Sementara RM411,741.75 lagi dilaburkan semula ke dalam dana amanah saham. Ia adalah untuk merancang sekali lagi kewangannya bagi tempoh 6 tahun akan datang kerana beliau tahu modal yang dilaburkan sebanyak RM411,741.75 itu akan berganda 2 kali menjadi RM812,705.21 pada umurnya 66 tahun nanti. Jumlah itu boleh beliau gunakan untuk kehidupan seterusnya atau mewasiatkannya.
 
Inilah yang boleh berlaku kepada semua orang muda yang berusia sekitar 20-an. Hanya didik dan nasihati mereka menggunakan modal permulaan RM5,000 kemudian mendisplinkan diri dengan melabur RM250 sebulan untuk menjadikan jumlah modal RM50,000 sahaja. 20 tahun kemudiannya mereka adalah jutawan dan pesara yang hidup dengan penuh keselesaan. Khidmat mereka selama 25 atau 30 tahun untuk majikan mereka menjadi amat berbaloi. Sebahagian gaji mereka yang kecil itu telah berkhidmat untuk mereka.