Jumaat, 4 Mac 2011

PROSES PELABURAN BELANDASKAN SHARIAH


  • UNIT AMANAH atau Unit Trust adalah pelaburan secara kolektif oleh para pelabur. Duit pelabur akan dikumpuldalam bentuk dana oleh pengurus pelaburan profesional iaitu Pengurus Unit Amanah dan dilaburkan dalam portfolio sekuriti atau aset lain SAHAM.
  • Pelabur didalam Unit Amanah tidak membeli saham secara langsung. Pemilikan pelabur didalam pelaburan unit amanah ini akan diberi didalam bentuk "unit".Oleh itu setiap pelabur dipanggil sebagai  Pemegang Unit
  • Mengikut perlembagaan skim unit amanah, mesti terdapat Pemegang Amanah untuk menjaga kepentingan pelabur. Pemegang Amanah adalah pemilik sah ke atas semua aset dalam skim unit trust bagi pihak pemegang unit.
  • Dan akhir sekali, setiap Pemegang Unit akan menerima pulangan dalam bentuk "kenaikan harga unit"dan "pembahagian keuntungan" 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan