Pemurataan kos ringgit adalah satu teknik pelaburan yang digunakan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko yang berpunca daripada pembelian tunggal yang berjumlah besar..
teknik ini melabur satu jumlah tetap dalam pelaburan tertentu (unit amanah) pada tempoh waktu tetap(samada bulanan atau suku tahunan),
tanpa menghiraukan harga unitnya..contohnya,anda boleh memilih unutk memindahkan RM100 hingga RM200 daripada gaji anda kepada satu dana unit amanah ataupun anda boleh membuat pelaburan sebanyak RM500 atau RM1000 setiap suku tahun..jumlah dan kekerapan pelaburan anda bergantung kepada keupayaan kewangan dan matlamat masa depan anda..
BAGAIMANA PEMUTARAN KOS RINGGIT BERFUNGSI
Lebih banyak unit yang dibeli apabila harga rendah dan kurang unit dibeli semasa harga melambung tinggi..premis pemurataan kos ringgit adalah bagi seorang pelabur yang ingin mencari perlindungan daripada kehilangan nilai pasaran tidak lama selepas dia membuat pelaburan..walaupun pemurataan kos ringgit boleh menjadi salah satu cara pelaburan yang efektif, ia tidak menjamin keuntungan ataupun melindungi pelaburan daripada kerugian dalam pasaran yang merosot..lagipun kita mesti terus membeli unit2 dalam pasaran menaik dan menurun supaya srategi ini menjadi berkesan..oleh itu,anda patut memilih satu jumlah yang anda berasa selesa unutk melabur dibawah semua keadaan pasaran..untuk memperjelaskan lagi pemurataan kos ringgit dengan lebih baik,andaikan anda ingin menyimpan RM12000 setiap tahun untuk tabung pendidikan anak anda..selain daripada melaburkannya sekaligus dan menanggung risiko memasuki semasa pasaran adalah tinggi ,anda memutuskan untuk melabur RM1000 setiap bulan dalam satu dana unit amanah seperti yang ditunjukkan dalam carta dibawah :
bulan | Jumlah pelaburan | Harga seunit | Jumlah unit |
Jan | RM1000 | O.2549 | 3923.11 |
Feb | RM1000 | O.2261 | 4422.82 |
Mac | RM1000 | O.2068 | 4835.59 |
April | RM1000 | O.1846 | 5417.12 |
Mei | RM1000 | O.1645 | 6079.03 |
Jun | RM1000 | O.1589 | 6293.27 |
julai | RM1000 | O.1477 | 6770.48 |
Ogos | RM1000 | O.1617 | 6184.29 |
Sep | RM1000 | O.1947 | 5136.11 |
Okt | RM1000 | O.2035 | 4914.00 |
nov | RM1000 | O.2248 | 4448.40 |
dec | RM1000 | O.2510 | 3984.06 |
JUMLAH | RM12000 | 62408.28 |
KEPUTUSAN :
PURATA HARGA SEUNIT : RM 0.1983
PURATA KOS SEUNIT : RM 0.1923
NILAI UNIT TERKINI : RM 0.2510
NILAI PELABURAN TERKINI : RM15664.48
Dalam contoh ini,purata harga seunit disepanjang tempoh adalah RM0.1983 tetapi purata kos seunit anda adalah RM0.1923,iaitu 3% kurang daripada purata harga seunit disepanjang tempoh..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan