Salam pembaca
Saya rasa tertarik dan nak bagi juga pandangan tentang perkara ini…walaupun dah banyak sangat perkara ni bincangkan dalam forum dan diperdebatkan baik dan buruknya, tak kurang pula yang sediakan formula, kiraan dan unjuran serta prestasi lalu ASB ni..
Tapi dalam blog saya kali ini, tidaklah saya bercadang untuk ulas perkara tersebut semula.
Cumanya nak bagi pandangan tentang perkara ini dari sudut pandangan dan fikiran saya.
Bagi saya, adalah lebih baik anda simpan sendiri daripada membuat pinjaman ASB, jika sekiranya :-
Anda mempunyai AZAM yang kuat untuk melihat wang simpanan anda terus berkembang biar sehingga mencapai matlamat sasaran anda.. sebagai contoh nak target sampai had maksima RM200K kemudian lepas tu…biarkan ianya terus berkembang..
Jangan diusik walaupun satu sen pun…!
Masalahnya ramai yang tidak merancang kewangan dengan betul…akibatnya;
Apabila jumlah simpanan ASB mereka dah mula berkembang, NAFSU dan Kemahuan mereka turut berkembang untuk membelanjakannya…
Kesudahannya, matlamat tak tercapai…
Pi Mai Pi Mai Tang Tu…!
masalah nya simpanan dalam asb mudah untuk di keluarkan dan dividennya sedikit benar.......bila sampai matlamat kita jumlah yang di kumpul tidak dapat mengatasi inflasi...........
Inilah modal utama kakitangan bank gunakan untuk pengaruhi customer mereka supaya buat pinjaman pelaburan ASB dengan mereka..katanya;
“Kalau anda simpan sendiri(potongan gaji atau simpan secara berkala), nanti dah cukup banyak wang simpanan ASB, anda boleh keluarkan jumlahnya…!
Tetapi jika anda buat pinjaman, sijil pelaburan tersebut tidak boleh ditebus selagi belum tamat tempoh pembiayaannya…! Kalau simpan RM100K pinjam 10 tahun, pada tahun ke 10 anda dah ada RM100K…dividen yang diterima setiap tahun jangan diusik, ini akan membantu mengurangkan ansuran wang dari poket anda bagi bayaran berikutnya..”(erks..! ini pun sama juga, siapa boleh jamin ada tak usik bayaran dividen tersebut ! )
Jika anda simpan sendiri dalam ASB, tetapkannya sebagai Tabung Pesaraan anda. Simpan dan lupakannya..kalau dah sampai masanya barulah buka buku simpanan ASB…
Itulah objektif asalnya – untuk sediakan Tabungan bagi kaum bumiputera yang ‘fail’ sikit bab tabung menabung ni…tapi bab pecah tabung ni memang cukup HEBAT!
Yang penting rancang dulu wang anda. Sediakan dana -dana khusus untuk menampung keperluan dan kemahuan anda secara tersusun. .
Jangan usik, kacau dan ganggu wang tabungan ASB anda!
Jadi untuk mencapai matlamat kita kena cari lah inisiatif lain yang dapat memberi pulangan yang lebih dari asb.....makanya eloklah di simpan diPUBLIC MUTUAL.......pelaburan syariah yang dapat beri pulangan yang lebih...........
INGAT! Tak boleh diusik…kalau diusik meranalah masa depan persaraan anda
Salam kekayaan, hubungi kami seperti no talipon yang tertera di bawah ..........
Salam kekayaan, hubungi kami seperti no talipon yang tertera di bawah ..........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan