MULAKAN BISNIS DALAM UNIT AMANAH.
As salam
hari ini saya ingin kongsi dengan anda bagaimana untuk memulakan bisnis unit amanah...... kepada sesiapa yang berminat untuk jadi konsultan atau 'Perunding Unit Amanah' sebagai sumber income part time atau full time,boleh hubungi email atau talipon sahabat2 saya seperti yang tertera di bawah......
Alhamdulillah, ramai juga yang bertanya ingin tahu bagaimana nak mulakan atau macam mana nak jadi konsultant. Terima kasih pada mereka-mereka yang bertanya. Bagi membantu mereka, saya cuba beri info ringkas di sini bagaimana nak mulakan business unit trust ini. Paling elok kalau saya dapat jumpa mereka-mereka ini, sit down dan discuss. Banyak benda yang boleh dikongsi. Tapi sayang, ramai juga yang berasal dari luar kedah, jadi ada baiknya kalau dapat kongsi melalui blog saya ini.
Baiklah, perniagaan unit amanah ini sebenarnya mudah sahaja dan modal permulaan amatlah rendah. Mudah bukan bermaksud terlalu senang sehingga anda tidak perlu berusaha dan tunggu clients datang menyerah diri. Bukan itu maksud saya. Anda masih perlu keluar untuk mencari prospek dan jumpa seberapa ramai prospek di luar sana. Mudah bermaksud, bila kita mula buat business ini, kita tidak perlu nak sediakan premis perniagaan, staf, sistem komputer, pengiklanan dan bermacam-macam lagi. Hampir semua benda yang perlu untuk mulakan business telah disediakan oleh syarikat. Kita hanya perlu buat aktiviti yang boleh tambah leads (potential prospects) atau prospek sahaja dan servis existing clients yang ada serta tambah product knowledge dan sales skills sahaja. Mudahkan.. kita amalkan konsep 'leverage'..
Sebelum saya beritahu apa syarat asas untuk menjadi konsultan atau perunding unit amanah, anda mesti ada 3 ciri-ciri yang paling penting dalam diri anda iaitu:
1. Anda betul-betul 'MAHU'
2. Anda betul-betul 'SANGGUP'
3. Anda seorang yang 'BOLEH DIAJAR' .
Kalau anda seorang yang terpelajar sekali pun kalau 3sifat diatas tiada dlm diri anda, ini akan menghalang untuk anda maju dalam business unit amanah ini. Ciri-ciri lain termasuklah anda mesti sentiasa positif dan mempunyai matlamat untuk mencapai apa yang anda mahu atau impikan.
Syarat untuk menjadi perunding unit amanah:-
1. Min lulus SPM
2. Warganegara Malaysia
3. Berumur 21 tahu keatas
4. Tidak ada rekod jenayah
Dokumen-dokumen yang perlu untuk semasa mendaftar:-
1. Gambar berukuran passport 6 keping
2. Salinan IC
3. Salinan sijil akademik tertinggi (min SPM)
4. Salinan akaun simpanan Public Bank
5. Bayaran untuk yuran pendaftaran dan peperiksaan RM250
6. Bayaran untuk kelas CUTE (Computerized Unit Trust Exam) RM10
Bila semua dokumen sudah disediakan, isi borang pendaftaran, barulah anda boleh mendaftar dengan syarikat unit amanah dan mendaftar tarikh exam serta kelas persediaan untuk exam (kelas 1 hari) yang dijalankan dlm Bahasa Malaysia atau English.
Penting diingatkan bahawa, anda mesti lulus periksa yang dijalankan oleh FIMM untuk anda layak bergelar perunding unit amanah berlesen. Jangan bimbang, anda akan diajar bagaimana untuk menjawab soalan exam ini di kelas nanti.
Semua info di atas penting bagaimana nak mendaftar. Tentang bagaimana nak cari clients dan bagaimana nak buat sales/ jualan, saya sendiri akan coach anda dari A - Z. Saya akan berkongsi dengan anda apa sahaja ilmu yang saya ada untuk anda start business ini. Paling penting, daftar sebagai agen dulu.
Hubungi nama2 yg tertera di bawah .jika perlu penjelasan lanjut atau berminat untuk menceburi bidang unit amanah. Ramai yang telah berjaya mencapai 'DREAM' atau 'IMPIAN' mereka. Mengapa tidak ANDA?
MARSITA MAHMUD
HP 0194585365
mmud64@yahoo.com
SYED MOHD SAIFUL
HP 0194260775
mr.syedmohd@yahoo.com
NOOR AZRINA JASMI
HP 0198207712
iena_3012@yahoo.com
NASIRUDDIN
HP 0195770520
HURHANANI
0199411392
NOR SUHANIS
HP 0123318071
anisu_san@yahoo.com.my
SYUHADA OMAR
HP 0124795897
norsyuhada05@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan