SIRI 1
Pelaburan Unit Amanah atau Amanah Saham sebenarnya bukan asing kepada rakyat Malaysia. Bagaimanapun masih ramai yang keliru dengan jenis-jenis pelaburan unit amanah ini. Bagi ramai kaum bumiputera mereka telah terbiasa dengan skim-skim Amanah Saham yang dikendali dan dipromosikan oleh syarikat milik kerajaan.
Jadi, apabila sesetengah rakyat kita baru mendengar istilah berbeza iaitu unit amanah/mutual fund/unit trust mereka menjadi hairan & takut. Sedangkan industri ini telah dimulakan oleh syarikat swasta untuk menguruskan wang persaraan para pekerja, menurut undang-undang di Britain sejak lebih 100 tahun dahulu. Lebih-lebih lagi apabila mereka mendengar sepintas lalu yang kebanyakan unit amanah yang diuruskan oleh syarikat swasta dan bank ada turun naik harga unit dan pulangannya - ada laju ada pelahan.
Lantas ramai juga yang merasakan ia adalah 'main saham @ stock market'. Tidak kurang juga ada yang merasakan pelaburan unit amanah merugikan kerana ada turun, tidak naik sahaja selalunya. Jadi, ada baiknya kita mengetahui jenis-jenis pelaburan amanah saham itu, kerana semuanya adalah amat baik untuk masa depan para pelabur.
Jika tidak, masakan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menjadikan unit amanah sebagai instrumen pelaburan. Malah untuk apa Akta Suruhanjaya Sekuriti digubal? Dan mengapa negara-negara maju lebih awal sejak lebih 80 tahun dahulu menjadikan pelaburan unit amanah sebagai instrumen utama untuk kewangan masa depan depan rakyat mereka?
Dan, bagaimana adanya data dan terkumpul dana unit amanah sebanyak RM73 Trillion di seluruh dunia (data setakat Mac 2010) hingga menjadikan ia sebagai dana kewangan terkumpul kedua terbesar di dunia selepas dana persaraan pusat (pencen & gratuiti) yang dikumpul oleh kerajaan negara-negara di dunia ini.
Kebanyakan skim unit amanah atau amanah saham yang dikendalikan oleh syarikat kerajaan adalah dari jenis Modal Tetap serta Berobjektifkan keuntungan daripada Pendapatan Tahunan melalui Agihan (atau lebih dikenali sebagai Dividen).
Oleh itu, para pelabur akan membeli unit-unit saham amanah pada harga tetap (tidak berubah mengikut prestasi Bursa Saham), misalnya RM1 setiap unit. Dengan kata lain harga beli unit saham dengan harga menjualnya semula pada masa depan adalah sama.
Ibaratnya begini, katakan anda melabur dengan membeli 3 buah rumah pada harga RM100,000 setiap buah dengan jumlah modal RM300,000 dan oleh kerana harga setiap unit rumah itu telah dijanjikan tidak akan berubah, maka anda akan secara otomatik perlu menjualnya semula kepada pengurus pelaburan hartanah di masa depan dengan harga RM100,000 juga setiap unit rumah. Anda akan dapat modal anda semula, itulah yang diistilahkan sebagai Pelaburan Modal Tetap.
Bagaimanapun, dalam konteks amanah saham oleh kerana wang anda itu dilaburkan dalam syarikat-syarikat tertentu yang memberikan dividen kepada para pelabur mereka, serta sememang objektif dana itu untuk memberikan dividen, maka pelabur akan diberikan dividen tahunan mengikut tahap untung dan rugi syarikat-syarikat tersebut. Inilah yang dikatakan sebagai Pelaburan Berojektifkan Pendapatan Tahunan.
Dana Bermodal Tetap ini telah dikategorikan sebagai dana berisiko sederhana.
Dalam kaedah pelaburan, setiap tahap risiko menggambarkan tahap pulangan atau keuntungannya. Jika dana sederhana, bermakna pulangan daripada pelaburan ke dalam dana itu juga adalah sederhana. Berapa peratuskan yang dimaksudkan sederhana? Purata pulangan setahun antara 5% hingga 11% dikira sebagai pulangan sederhana daripada pelaburan ke dalam dana jenis risiko sederhana.
Apa maksud purata pulangan setahun? Bagaimana purata pulangan dikira?
Setiap pelaburan memberikan pulangan yang berbeza-beza pada satu-satu tahun. Contohnya, jika anda melabur wang anda ke dalam dana kategori sederhana seperti ASB, ASW, ASM dan yang lain-lain seperti diuruskan oleh berpuluh syarikat amanah saham di Malaysia, ada tahun pulangannya 6%, ada tahun pulangannya 8% dan ada juga 11%. Katakan anda melabur untuk tempoh 10 tahun, bermakna anda menjual semua unit-unit saham anda selepas 10 tahun melabur. Berapakan jumlah kadar pulangan/keuntungan (Total Return) untuk selama 10 tahun itu. Katakan anda melabur RM100,000 dan apabila anda jual semula unit, anda memperolehi pulangan RM170,000. Ini bermakna Total Return daripada pelaburan 10 tahun anda ialah 70%. Itu bermakna purata setahun pelaburan dalam dana risiko sederhana anda ialah 7% setahun.
Mungkinkah anda mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada pelaburan ke dalam dana/skim pelaburan kategori sederhana itu? INGAT! setiap tahap risiko menggambarkan tahap pulangannya. Bagi dana sederhana, purata pulangannya ialah antara 5% hingga 11%.
Berbaloikan jika anda melabur dalam dana/skim sederhana?
Ya, berbaloi bagi pelabur yang sukakan pulangan sederhana.
Mungkin tidak berbaloi bagi pelabur yang lebih agresif dan sukakan pulangan yang lebih tinggi.
Dan, ia mungkin amat menguntungkan bagi pelabur konservatif (pelabur yang amat takut risiko - pelabur jenis 'biar tak untung daripada rugi').
Apapun saya berikan justifikasi mudah untuk membantu anda menilai sama ada pelaburan dalam dana sederhana itu berbaloi atau tidak.
Kita mesti selalu ingat bahawa harga dan nilai barangan serta perkhidmatan tidak mungkin langsung akan turun. Ia hanya ada satu arah, iaitu naik lebih mahal dari tahun ke tahun. Itulah inflasi. Purata inflasi di Malaysia ialah 3% setahun. Jadi, jika purata pulangan setahun pelaburan anda ialah 7%, maka untung bersih atau kuasa bersih wang anda ialah 4% setahun. Pulangan 7% ditolak dengan 3% inflasi = 4%. Itulah kuasa sebenar wang anda pada masa depan. Anda tidak rugi melabur, cuma ia terpulang kepada nilai diri anda. Jika 4% itu bagus, maka baguslah. Yang penting nilai wang anda tidak 'ditelan' oleh inflasi. Dengan melabur anda telah berjaya melawan inflasi. Wang anda lebih berkuasa untuk membantu anda memiliki sesuatu di masa depan.
.
(PERHATIAN: Hampir semua dana/skim pelaburan BERMODAL TETAP adalah tidak patuh SYARIAH & dihukum sebagai Shubhah - sila rujuk kumpulan terbesar & paling berwibawa yang menilai & menetukan kepatuhan hukum syariah dalam hal ehwal pelaburan iaitu Majlis Penasihat Syariah Seruhanjaya Sekuriti & Ahli-ahli Penasihat Syariah Skim Unit Amanah Malaysia)