Ahad, 10 Jun 2012


Kerjaya Unit Trust atau Takaful (Insurans)



Sejak kebelakangan ini saya menerima maklumbalas daripada pengunjung blog ini yang berminat untuk menceburi kerjaya dalam industri unit trust. Biasanya saya juga ditanya oleh mereka (dan juga dalam pertemuan dengan orang lain di luar sana) kenapa saya memilih menjadi ejen unit trust dan tidak menjual takaful / insurans. [Sebenarnya saya juga menjual takaful, tetapi dalam bentuk term cover yang diaturkan oleh syarikat saya]. Ini memang persoalan yang menarik dan susah untuk tidak ‘bias’ bila berbicara mengenainya. Untuk makluman semua, dahulunya saya bermula dengan menjual takaful dan kini saya memasarkan unit trust pula, jadi saya tahu bagaimana rasanya berada dalam industri yang seakan-akan sama tetapi banyak perbezaan. Saya cuba membentangkan hujah saya secara objektif agar semua pembaca mendapat manfaat.
Persamaan
Sebelum kita menjenguk tentang perbezaan dan berbahas mana yang lebih baik antara keduanya, baik kita tinjau dulu persamaan yang ada.

1) Medan Latihan Keusahawanan Yang Praktikal

Robert Kiyosaki, penulis terkenal buku ‘Rich Dad, Poor Dad’ & ‘Business School’ pernah menyebut dalam tulisannya bahawa jika seseorang mahu berkecimpung dalam dunia keusahawanan mereka patut bermula dengan menyertai organisasi direct sales (MLM) atau agensi jualan seperti insurans. Di sini peserta akan diajar selok belok perniagaan dan pemasaran secara praktikal mengikut sistem yang terbukti berkesan. Kelebihan menceburi bidang sales terutamanya adalah menguji kemampuan kita menjual ‘idea’ kita terlebih dahulu sebelum menjual barang atau perkhidmatan yang ditawarkan. Selain itu ada beberapa faktor tambahan yang menyebabkan bidang sales adalah permulaan yang baik, antaranya:-
  • Kos memasuki yang murah. Bagi industri unit trust, anda hanya perlu sekitar RM250 untuk bermula.
  • Kos overhead yang rendah. Hanya bil telefon, kos petrol dan kadangkala belanja minum teh bersama pelanggan.
  • Risiko rendah.Sekiranya gagal untuk meneruskan perniagaan ini, anda boleh berhenti sahaja tanpa menjejaskan kewangan dan reputasi anda.
  • Anda terlibat dalam ‘kerja murni’ yang mengajak orang awam membuat sesuatu yang baik seperti menyimpan untuk dana persaraan, memberi perlindungan kewangan kepada keluarga mereka.
  • Anda menyumbang secara positif kepada perkembangan ekonomi bangsa dan negara.
  • Sistem operasi yang telah terbukti berkesan sepanjang masa. Anda tidak perlu untuk berfikir dan mencipta cara mengendalikan perniagaan ini. Manual perniagaan telah tersedia dan ada konsultan perniagaan yang sedia membantu anda berjaya. Anda seolah-olah memasuki industri perniagaan francise tetapi tidak perlu membayar fee yang mahal.
Majoriti yang menyertai industri sales tidak kekal selama-lamanya dalam bidang ini. Ada yang berhenti kerana tidak sesuai, tetapi ramai juga yang beralih kepada bidang perniagaan yang lebih besar dan berjaya selepas itu. Modal kewangan dan ‘contact’ yang mereka bina semasa dalam industri sales dahulu adalah modal utama mereka meneruskan kerjaya keusahawanan.

2) Menggunakan struktur Sistem Agensi

Dalam sistem agensi, peserta diklasifikasi kepada tiga kumpulan utama iaitu ejen, supervisor (ketua unit) dan ketua agensi. Ejen adalah pangkat asas apabila seseorang menyertai sesebuah agensi. Mereka hanya boleh naik pangkat ke tahap seterusnya apabila memenuhi kuota productiviti dan pengalaman yang ditetapkan oleh pihak syarikat. Semua orang dilayan secara adil tanpa mengira latarbelakang pendidikan atau taraf sosial mereka. Semua berdasarkan ‘merit’, kriteria yang sangat penting dalam dunia perniagaan kapitalis.
Perbezaan
Seterusnya kita fokus kepada tajuk asal posting ini iaitu perbandingan antara kerjaya dalam bidang unit trust dan insurans.

1) Hanya satu peperiksaan

Untuk bermula memasarkan unit trust, seseorang ejen hanya perlu menduduki dan lulus Computerised Unit Trust Examination (CUTE)
Ejen insurans kena memduduki minimum 3 jenis peperiksaan sekiranya mahu bergerak aktif dan memaksimumkan potensi perniagaan mereka.
  1. PCEIA – Pre Contract Examination for Insurance Agent
  2. CEILLI – Certificate Examination In Investment Linked Life Insurance
  3. Peperiksaan dalaman berkaitan pemasaran Takaful (diadakan oleh pihak Syarikat)

2) Pasaran yang tersedia

Di sini saya merujuk kepada ahli pencarum KWSP yang hampir kesemuanya layak melabur dalam unit trust. Golongan pekerja swasta ini lebih mudah menyertai skim pelaburan unit trust kerana mereka tidak perlu mengeluarkan duit poket sendiri. Tambahan pula, melalui pelaburan unit trust mereka boleh menggandakan keuntungan pelaburan (ROI) melebihi 10% setahun berbanding pulangan sekitar 5% jika dibiarkan di KWSP.

3) Konsep BOSS

Di Public Mutual Bhd, syarikat memperkenalkan konsep BOSS iaitu Build-Own-Service-Sell. Tiga elemen yang pertama itu sudah biasa kita dengar, tetapi konsep Sell itu unik kepada Public Mutual. Apabila kita mencapai tahap ingin bersara, kita boleh menjual ‘perniagaan’ kita dan mendapat duit lump-sum. Ia seperti konsep syarikat dalam perniagaan konvensional, anda boleh jual atau berikan kepada orang lain atau waris yang dikehendaki.
4) Lebih menepati konsep financial planning CFP
Certified Financial Planning (CFP) Board menganjurkan pelanggan mereka menggunakan instrumen pelaburan seperti unit trust untuk mengumpul kekayaan jangka panjang, dan menganjurkan kita melanggan insurans (berbentuk term cover) untuk perlindungan diri, keluarga dan harta kita. Insurans hanya untuk kecemasan dan tidak praktikal untuk mengumpul kekayaan.

5) Situasi Win-Win-Win

Di dalam industri unit trust, kesemua tiga pihak (pelanggan, ejen dan syarikat) terlibat boleh menjadi kaya apabila pelaburan diurus dengan baik dan menjana keuntungan lumayan. Pelanggan tetap boleh menikmati perlindungan insurans pada kadar yang lebih murah.
Di dalam industri insurans, yang berpotensi menjadi kaya ialah ejen dan juga waris yang dinamakan di dalam polisi. Pelanggan yang mencarum biasanya tidak beroleh keuntungan seperti yang diharapkan, terutama bila dikira kos jualan dan kesan inflasi sepanjang tempoh penyertaan. [Rujuk entry saya yang bertajuk ‘Sales Charges’ yang tinggi untuk produk Investment-Linked]

6) Lebih mudah untuk capai pendapatan RM1,000 sebulan walaupun secara sambilan

Di dalam unit trust, jika seseorang ejen mahu menjana komisen RM1,000 sebulan, dia hanya perlukan jumlah jualan RM50,000 daripada portfolio ahli KWSP. Sasaran ini agak mudah bagi seseorang yang mahu bermula dalam ‘natural market’ mereka melainkan mereka telah ada reputasi buruk di kalangan ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara mara. Sesiapa sahaja yang bekerja dalam sektor swasta, berumur 18 tahun ke atas dan mencarum dalam KWSP adalah berpotensi sebagai pelanggan anda.
Kesimpulan.
Semua orang ada cara berfikir, bakat dan kecenderungan individu yang akan menentukan sama ada mereka sesuai menceburi industri insurans/takaful atau unit trust. Ramai juga yang terlibat dalam kedua-duanya tetapi memilih satu sebagai perniagaan utama. Saya belum pernah berjumpa dengan usahawan yang dominan dalam kedua-dua industri ini kerana ia perlukan mind-set yang berbeza dan agak berlawanan antara keduanya.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai industri unit trust, sila hubungi saya agar potensi keusahawanan di dalam diri anda itu diserlahkan segera. Jangan sia-siakan bakat, contact dan minat anda. Maklumat lanjut untuk menjadi UNIT TRUST CONSULTANT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan