11 Januari 2011
Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dalam bukunya Fiqh-Zakat mendefinisikan
saham sebagai kertas berharga yang diperniagakan dalam
transaksi-transaksi perdagangan khususnya di Bursa Malaysia.
|
- Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia, ianya mudah untuk dijadikan wang tunai dibandingkan dengan saham dalam syarikat yang tidak disenaraikan di Bursa Malaysia atau saham dalam koperasi.
- Saham yang dibeli dari wang sendiri sahaja dikira manakala bahagian yang dibeli melalui pinjaman hendaklah ditolak kerana dikira tidak sempurna milik.
Syarikat Yang Mengeluarkan Zakat Perniagaan
Saham yang disimpan di dalam syarikat yang membayar zakat perniagaan tidak perlu dizakatkan lagi.Saham-Saham Yang Tidak Disenaraikan
Saham jenis ini tidak mudah ditunaikan. Secara praktisnya, zakat hendaklah dikeluarkan ke atas jumlah dividen yang diterima.Mengira Zakat Atas Saham-Saham Yang Disenaraikan
- Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepada dua kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki melebihi setahun dan saham-saham yang dijualbeli untuk tempoh kurang daripada setahun.
- Bagi saham-saham berbentuk pelaburan jangka panjang (melebihi setahun) maka zakat dikira ke atas jumlah lot yang di pegang didarab dengan harga terendah seunit.
1. Contoh saham yang disimpan selepas setahun :-
Nama Saham | Bil Unit (A) RM |
Harga Terendah (B) RM |
Jumlah (A x B) RM |
---|---|---|---|
ABC | 20,000 | 1.50 | 30,000 |
DEF | 20,000 | 0.50 | 10,000 |
Jumlah Harga Terendah | 40,000 |
= RM 1,000
- Bagi saham-saham yang jualbeli sepanjang tahun, maka dikira 2.5% atas jumlah keuntungan saham setelah ditolak modal permulaannya.
2. Contoh saham yang dijual beli sepanjang tahun :-
2.5% x Keuntungan jualan saham ( Nilai Jualan Saham – Modal )Contoh:
a) Saham X: RM6,000 - RM2,000 | = RM4,000 |
b) Saham Y: RM8,000 - RM2,000 | = RM6,000 |
Jumlah Zakat | RM10,000 x 2.5% RM250 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan