Peningkatan kekayaan pelabur yang berminat untuk melabur dalam produk-produk
kewangan Islam dan perkembangan produk-profuk Pasaran Modal Islam akan
memperkukuhkan prospek pertumbuhan industri unit amanah Islam dalam jangka panjang.
Di Malaysia, permintaan untuk unit amanah Islam nyata semakin meningkat. Daripada
hanya dua buah dana Islam pada tahun 1993, bilangan dana-dana Islam dalam industri unit
amanah swasta di Malaysia telah bertambah kepada 146 buah pada hari ini. Setakat 30 Jun
2010, sektor dana Islam mempunyai nilai aset bersih (NAB) sebanyak RM26.37 bilion,
iaitu kira-kira 31 peratus daripada industri unit amanah swasta di Malaysia
1
.
Ciri-ciri Unit Amanah Islam
Ciri utama yang membezakan pengurusan dana Islam daripada pelaburan konvensional
ialah pematuhannya kepada undang-undang Syariah. Dana-dana Islam mesti mematuhi
aktiviti ekonomi yang patuh Syariah dan melabur hanya dalam syarikat-syarikat yang
memenuhi kehendak Syariah. Di samping itu, dana-dana Islam tidak boleh melabur dalam
bank-bank konvensional yang menawarkan produk dengan kadar faedah tetap tetapi boleh
melabur dalam sekuriti Islam dan institusi kewangan Islam. Dana-dana Islam juga mesti
menghindari daripada membuat pelaburan dalam syarikat-syarikat yang terlibat dalam
produk-produk yang dilarang oleh undang-undang Islam seperti arak, tembakau, daging
khinzir, perjudian dan pornografi.
Setelah menyingkirkan syarikat-syarikat dengan aktiviti perniagaan utama yang tidak
mematuhi keperluan Syariah, penyaring kuantitatif, dalam bentuk nisbah kewangan,
digunakan untuk memastikan syarikat patuh Syariah menjanakan pendapatannya dengan
sumber kewangan yang mencukupi dan tanpa hutang yang berlebihan. Selain itu, dana
Islam hanya boleh bergiat dalam pengumpilan melalui penggunaan instrumen kewangan
Islam dan tidak boleh mendapatkan atau menyediakan pinjaman konvensional mahupun
melabur dalam produk-produk berfaedah konvensional, termasuk sekuriti hutang
konvensional. Tunai yang dipegang oleh sesuatu dana hanya boleh dilaburkan dalam
produk pelaburan jangka pendek patuh Syariah, misalnya instrumen pasaran wang.
Daya Tahan Dana Islam
Oleh yang demikian, dana Islam didapati lebih berdaya tahan daripada unit amanah
konvensional kerana pulangannya lazimnya kurang meruap. Sementara itu, melabur
menurut “etika” ini juga menawarkan kelebihan lain. Sebagai contohnya, dana Islam tidak
begitu terjejas oleh skandal yang melanda syarikat-syarikat seperti Enron dan WorldCom
beberapa tahun dahulu kerana kunci kira-kira syarikat tersebut yang amat berkeumpilan
menghindari dana-dana Islam daripada melabur dalamnya. Tambahan pula, penyaring
kuantitatif menambahkan lagi sifat berdaya tahan dana Islam kerana jika kadar faedah naik
1
Lipper, 9 Julai 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan