Selasa, 11 Oktober 2011

PEMURATAAN KOS RINGGIT(DDI)


Pemurataan Kos Ringgit 

“Sepanjang pemerhatian saya selama 60 tahun ini di Wall Street, orang 
tidak berjaya meramalkan apa yang akan terjadi dalam pasaran 
saham.”  
– Benjamin Graham, pengarang “The Intelligent Investor” 
Melabur akan menjadi begitu mudah kalaulah kita boleh meramalkan bilakah masa 
terbaik untuk membeli atau menjual. Walau bagaimanapun, meramalkan masa yang 
sesuai untuk melabur dalam pasaran adalah mustahil dan ramai yang telah mengalami 
kerugian besar kerana mencubanya dan gagal. Salah satu cara untuk mengharungi naik 
turun pasaran saham yang sentiasa berlaku ini ialah dengan menggunakan kaedah 
pemurataan kos ringgit.  Kaedah ini memastikan kita mendapat faedah daripada pulangan 
sejarah yang mantap yang ditunjukkan dalam jangka panjang dan melindung nilai kesan 
kemerosotan dan sedikit aliran menurun dalam jangka pendek.  

Pemurataan kos Ringgit merupakan satu  teknik pelaburan yang bertujuan untuk 
mengurangkan pendedahan kepada risiko  yang berkaitan dengan membuat satu 
pembelian tunggal yang besar dengan melaburkan jumlah tetap dalam pelaburan tertentu 
(misalnya, unit amanah) pada selang masa yang tetap (sama ada bulanan atau suku 
tahunan), tanpa menghiraukan harga unitnya. Sebagai contoh, anda boleh memilih untuk 
memindahkan RM500 hingga RM1,000 daripada gaji anda kepada dana unit amanah 
ataupun anda boleh membuat pelaburan sebanyak RM1,500 atau RM3,000 setiap suku 
tahun. Jumlah dan kekerapan pelaburan anda bergantung pada sumber kewangan dan 
matlamat masa depan anda.  
Bagaimana Pemurataan Kos Dolar Berfungsi 
“Simpan sedikit simpan selalu – pemurataan kos dolar (ringgit) berkesan jika anda 
terus menggunakannya.”  
– Paul Clitheroe, “Ten Key Steps to Wealth”, 2002. 
Untuk menjelaskan pemurataan kos dolar secara mudah, katakan anda mahu menyimpan 
RM12,000 setiap tahun untuk tabung  persaraan anda. Daripada melaburkan jumlah ini 
sekali gus dan menanggung risiko memasuki pasaran ketika harganya melambung, anda 
mengambil keputusan untuk melaburkan sebanyak RM1,000 dalam dana unit amanah 
setiap bulan seperti yang ditunjukkan dalam carta berikut: 
      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan