Bolehkah kita mengambil duit keuntungan selepas melabur melalui KWSP bila perlu?
- Tidak boleh. Segala keuntungan akan dimasukkan semula ke akaun 1 KWSP. Anda boleh mengecapi keuntungan itu apabila telah mencapai umur persaraan atau umur yang boleh mengeluarkan semua duit KWSP.
2. Apa untungnya melabur dengan duit KWSP, sedangkan kita tidak boleh mengelurkan keuntugan tersebut?
- Untungnya adalah bila hari tua anda. Peraturan itu telah ditetapkan oleh KWSP. Anda tidak perlu risau. Jika anda tidak melabur pun duit tersebut tidak boleh dikeluarkan untuk kegunaan biasa. Jadi apa salahnya anda menggunakan duit tersebut untuk mengambil keuntungan bagi menambahkan duit sediada demi masa tua kita.Fikirkanlah.
3. Orang islam boleh melabur ker dalam Unit Amanah?
- Boleh. Ini kerana terdapat lebih kurang 21 dana termasuk yang terbaru dilancarkan pada 16/11/2010 yang menepati syariah Islam untuk pelabur yang mementingkan halal dan haram duit pelaburan mereka.
4. Jika tukar fund yang kita ada sekarang ke fund baru, ada fee ker?
- Ada. Rm25 sekali tukar. Sebaiknya, anda perlu tunggu lebih kurang 3 tahun melabur dalam satu-satu fund bagi menentukan fund tersebut baik atau tidak untuk anda. jangan terburu-buru tiada penetapan hati. Sabar mau banyak. Ingan Pelaburan Unit Amanah adalah jangka panjang bukan untuk kaut untung segera.
5. Bagaimana cara untuk tambah pelaburan?
–> Anda boleh guna Mesin ATM jika ada akaun PB.
–> Boleh guna online. Perlu isi borang dulu. Borang boleh minta di kaunter public bank/public mutual.
–> Potongan terus dari akaun anda untuk Akaun Maybank, BSN dan PB.Maybank ada charge RM1 sekali transaksi.
–> Boleh bayar juga di kaunter PB. Minta borang bank in public mutual kat kaunter PB.
6. Kalau saya berminat untuk melabur lebih dari 1 dana, boleh ker?
- Boleh. Tak ada masalah. Janji pelaburan minimum RM1000 setiap dana. Untuk pengetahuan anda, satu dana anda akan dapat 1 akaun nombor bagi dana tersebut. Jika anda buka 5 dana, anda akan ada 5 akaun nombor.
7. Jika saya buka pelaburan dengan minimum RM1000, lepas itu saya tak tambah duit. Boleh hangus/lesap ker duit tersebut?
- Insyallah tidak. Jika anda melabur sekali, lepas itu tak melabur lagi. itu kita panggil pelaburan pukal. Hilang semua tu tidak la. Tapi kalau kurang tu ada kemungkinan kerana Unit Amanah ni berdasarkan harga turun-naik dan yuran-yuran tertentu. Kalau labur RM1000 tetiba jadi RM800 ker tu perkara biasa mungkin anda beli pada harga tinggi dan jual pada harga rendah dan kos yuran yang perlu di tanggung. Tetapi kebanyakan la jika labur RM1000 paling kurang dalam 3 tahun dah lebih dari RM1000. Tertakluk pada pasang surut harga UNit dan agihan tahunan.
8. Saya pernah melabur melalui Perunding Unit Amanah, tetapi saya tidak pernah jumpa dia atau dia mungkin tidak dapat dihubungi lagi. Apa patut saya lakukan?
- Datang/hubungi cawangan Public Mutual berdekatan dengan anda. Dapatkan nama consultant tersebut. Sekiranya consultant sudah tidak aktif, Public Mutual akan memberi fail anda ke Supervisor atau Agency Manager perunding anda bernaung. Tidak perlu risau kerana perunding hanyalah orang perantaraan anda sahaja, wang anda tidak akan dibawa lari dan masih lagi selamat bersama Public Mutual.
9. Bagaimana kaedah untuk saya pantau perkembangan pelaburan saya?
- Anda boleh lihat di public mutual online. ada harga terkini dipaparkan. Boleh juga lihat sisipan akhbar. boleh bertanya kepada perunding anda atau call pusat khidmat pelanggan public mutual.
10. Adakah Kita Membeli Unit Trust daripada Perunding /Consultant?
- Tidak. Tiada wang yang perlu anda berikan kepada perunding untuk melabur dalam unit trust. Anda perlu sendiri bank-in ke akaun unit trust anda. Tiada penipuan disini.(urusniaga pelabur dan perunding).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan