Pemurataan Kos Ringgit
“Sepanjang pemerhatian saya selama 60 tahun ini di Wall Street, orang
tidak berjaya meramalkan apa yang akan terjadi dalam pasaran
saham.”
– Benjamin Graham, pengarang “The Intelligent Investor”
Melabur akan menjadi begitu mudah kalaulah kita boleh meramalkan bilakah masa
terbaik untuk membeli atau menjual. Walau bagaimanapun, meramalkan masa yang
sesuai untuk melabur dalam pasaran adalah mustahil dan ramai yang telah mengalami
kerugian besar kerana mencubanya dan gagal. Salah satu cara untuk mengharungi naik
turun pasaran saham yang sentiasa berlaku ini ialah dengan menggunakan kaedah
pemurataan kos ringgit. Kaedah ini memastikan kita mendapat faedah daripada pulangan
sejarah yang mantap yang ditunjukkan dalam jangka panjang dan melindung nilai kesan
kemerosotan dan sedikit aliran menurun dalam jangka pendek.
Pemurataan kos Ringgit merupakan satu teknik pelaburan yang bertujuan untuk
mengurangkan pendedahan kepada risiko yang berkaitan dengan membuat satu
pembelian tunggal yang besar dengan melaburkan jumlah tetap dalam pelaburan tertentu
(misalnya, unit amanah) pada selang masa yang tetap (sama ada bulanan atau suku
tahunan), tanpa menghiraukan harga unitnya. Sebagai contoh, anda boleh memilih untuk
memindahkan RM500 hingga RM1,000 daripada gaji anda kepada dana unit amanah
ataupun anda boleh membuat pelaburan sebanyak RM1,500 atau RM3,000 setiap suku
tahun. Jumlah dan kekerapan pelaburan anda bergantung pada sumber kewangan dan
matlamat masa depan anda.
Bagaimana Pemurataan Kos Dolar Berfungsi
“Simpan sedikit simpan selalu – pemurataan kos dolar (ringgit) berkesan jika anda
terus menggunakannya.”
– Paul Clitheroe, “Ten Key Steps to Wealth”, 2002.
Untuk menjelaskan pemurataan kos dolar secara mudah, katakan anda mahu menyimpan
RM12,000 setiap tahun untuk tabung persaraan anda. Daripada melaburkan jumlah ini
sekali gus dan menanggung risiko memasuki pasaran ketika harganya melambung, anda
mengambil keputusan untuk melaburkan sebanyak RM1,000 dalam dana unit amanah
setiap bulan seperti yang ditunjukkan dalam carta berikut: