Kata orang, Jika ada kemahuan, di situ ada jalannya. Sekiranya kita mahukan sesuatu maka kita pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehinya. Tidak kira perkara itu susah atau senang, pastinya kita bekerja tanpa jemu untuk mendapatkannya. Akhirnya kita berjaya mendapatnya. Walaupun kadang kala perkara tersebut nampak terlalu susah atau mustahil pada peringkat awalnya. Itulah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Di dalam kumpulan saya, ramai yang menjadi perunding part time sahaja. Maksudnya mereka mempunyai pekerjaan tetap yang lain,juga ada yang masih lagi menuntut d pusat pengajian tinggi tapi juga menjadikan perunding unit amanah ini sebagai kerjaya sambilan. tapi mereka juga dapat melakukan bisnis ini dengan jayanya walaupun ada juga yang memberi alasannya ialah sibuk dan tidak ada masa.
Percaya atau tidak jika saya katakan itu cuma alasan dan bila terlalu berkali-kali menyatakannya, maka anda sendiri percaya bahawa yang anda sememangnya sibuk dan tiada masa untuk sesuatu yang lain.
Untuk itu saya ingin berkongsi satu cerita mengenai seorang perunding yang baru saja saya kenali,tapi saya kagum dengannya. Beliau telah hampir tiga tahun menjadi perunding, itu pun secara sambilan sahaja. Pekerjaan tetap beliau ialah seorang jurutera disebuah syarikat minyak di Malaysia. Beliau bukan hanya bertugas di satu tempat,kadang2 ke brunai,miri,labuan,sudan juga bintulu. Beliau seorang yang sangat sibuk, meeting di sana-sini, sentiasa melawat ke banyak tempat operasi.
Sebagai perunding, beliau berada di tahap Agency Supervisor (AS). Walaupun sibuk dengan tugas rasmi syarikatnya, beliau masih berjaya membuat jualan yang banyak dan pastinya lebih besar berbanding perunding sepenuh masa. Waktu lapang dan hari minggunya penuh dengan temu janji bersama pelanggan. Kini beliau sedang giat membina asas pelanggan yang cukup besar. Percaya atau tidak, setakat ini pendapatannya sebagai perunding melebihi Rm10,000. Itu baru part time, Ini belum termasuk Bonus Hujung Tahun dan Career Benefit lagi. Anda boleh kira sendiri, berapa yang dia perolehi. Dia juga telah layak untuk lawatan keluar negara tahun hadapan.
Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah, kenapa tidak kita bina kemahuan yang tinggi di dalam diri kita untuk mencapai sesuatu. Fokus dengan apa yang sedang kita lakukan. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Percayalah, masa akan menentukan bila kita akan mendapatinya.marilah kita sama-sama merebut peluang yang ada......(itulah 2 perkataan yang beliau ingatkan saya BINA KEMAHUAN YANG TINGGI dan FOKUS)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan