Selasa, 28 Jun 2011

ZAKAT PELABURAN UNIT AMANAH


Sebagai seorang pelabur Muslim, adalah menjadi suatu kewajipan kepada kita untuk membayar zakat pelaburan sekiranya pelaburan tersebut memenuhi syarat-syarat yang telah digariskan oleh Islam. Sebelum itu, mari kita lihat istilah-istilah yang bakal ditemukan di dalam artikel ini, iaitu:
  • Nisab = Nilai semasa bagi 85 gram emas. Kadar nisab semasa boleh dirujuk di mana-mana pejabat pungutan zakat.
  • Haul = Tempoh yang melayakkan sesuatu harta itu dizakatkan. Untuk zakat simpanan dan zakat pelaburan saham, haul yang dimaksudkan adalah satu tahun kalendar hijriah, iaitu dari 1 Muharram hingga 30 Zulhijjah (354 hari).
1. Zakat Caruman Berkanun
Caruman berkanun seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Kumpulan Wang Simpanan Guru (KWSG) dan lain-lain caruman berkanun ialah wang caruman milik individu yang dicarum sepanjang tempoh perkhidmatan.
Syarat wajib zakatnya adalah sama dengan syarat wajib zakat pendapatan atau wang simpanan. Syarat ‘Sempurna Milik’ akan dipenuhi sebaik sahaja wang tersebut dikeluarkan. Oleh itu zakat diwajibkan setelah caruman tersebut dikeluarkan.
Kaedah Pengiraan Zakat Caruman Berkanun
1. Kaedah Pertama
Zakat wajib dikeluarkan pada hari wang caruman diterima. Kadarnya adalah 2.5%.
Contoh:
Wang Caruman yang dikeluarkan daripada KWSP & LTAT = RM40,000.00
Zakat yang dikenakan = RM40,000.00 x 2.5% = RM1,000.00
2. Kaedah Kedua
Zakat wajib dikeluarkan apabila cukup haulnya iaitu setahun setelah penerimaannya berdasarkan Mazhab Syafie.
(Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-5 yang bersidang pada 16-17 November 1982).
Contoh:
Jumlah Wang Caruman di KWSP & LTAT = RM10,000.00
Jumlah Zakat yang dikenakan = RM10,000.00 x 2.5% = RM250.00
Ringkasannya, caruman berkanun seperti KWSP, LTAT dan KWSG merupakan satu skim simpanan sebahagian dari hasil gaji pekerja dan kemudian dicampur dengan sumbangan majikan. Wang caruman ini tidak boleh dikeluarkan sesuka hati kerana tujuan wang caruman adalah untuk pelaburan dan dimanfaatkan selepas persaraan. Zakatnya diwajibkan apabila dikeluarkan dan cukup nisab serta haulnya.
2. Zakat Saham
Saham adalah wang modal yang dilaburkan dalam perniagaan sesebuah syarikat dan seumpamanya. Perniagaan saham dilaksanakan berpandukan harga saham dalam pasaran semasa bukan atas nilai saham asal semasa belian. Oleh itu, zakat dikenakan pada kadar nilai saham tersebut.
Jenis-jenis saham
Saham terbahagi kepada dua iaitu :
1. Saham berbentuk simpanan, seperti Saham Amanah Saham Bumiputera (ASB), Saham Amanah Saham Nasional (ASN), Dana Unit Amanah, Sijil Simpanan Premium dan lain-lain.
2. Saham berbentuk Jual beli / Perdagangan seperti saham Tenaga Nasional Berhad (TNB), Saham Petronas, dan lain-lain saham yang didagangkan di Bursa Malaysia.
Saham-saham yang tidak disenaraikan di Bursa Malaysia
Saham jenis ini tidak mudah dijadikan tunai. Secara praktiknya, zakat hendaklah dikeluarkan atas jumlah dividen yang diterima.
Saham-saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia
Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepada dua kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki di hujung haul dan saham yang dijual beli sepanjang haul. Bagi saham-saham yang masih dimiliki selepas cukup haul, maka pengiraan zakat ialah 2.5%. Sekiranya nilai saham lebih rendah daripada kos belian maka gunakan nilai pasaran.
Kaedah Pengiraan Zakat Saham
i. Pemilik Saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepadadua kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki di hujung haul dan saham-saham yang dijualbeli sepanjang haul.
ii. Bagi saham-saham yang masih dimiliki selepas cukup haul, maka pengiraan zakat ialah 2.5% atas harga terendah antara harga pasaran dan harga belian.
Contoh:-
Harga Belian = RM1.00 (seunit), Harga Pasaran = RM2.00 (seunit)
Jumlah saham yang dimiliki = 200 lot [1 lot = 1000 unit]
Jumlah unit yang dimiliki = 200,000
Jumlah yang dikenakan zakat = RM1.00 x 200,000 = RM200,000 x 2.5%
Zakat yang dikenakan = RM5,000
Bagi saham yang dijual beli sepanjang haul maka zakatnya dikira 2.5% atas nilai jualan saham-saham tersebut setelah ditolak kos pembelian dan melebihi nisab.
Contoh:
Jumlah nilai jualan saham – kos belian
RM 500,000 – RM 400,000 = RM100,000
Zakat yang dikenakan = RM100,000 x 2.5% = RM 2,500
Ringkasnya, zakat saham yang masih dalam simpanan dikira antara nilai kos belian atau pasaran (mana yang lebih rendah) dan zakat atas saham-saham yang dijual beli sepanjang tahun dikira atas keuntungan jual beli saham tersebut.
Sumber:


Selasa, 14 Jun 2011

BAGAIMANA SIMPANAN BOLEH BERGANDA

Unit Trust (ekuiti) sifatnya lebih agresif dari simpanan Tabung Haji, ASB dan sebagainya. Ada potensi untuk naik lebih banyak dan potensi untuk rugi banyak juga sebenarnya jika tidak kena caranya. Ada yang kata pelaburan Unit Trust untuk jangka masa panjang lebih menguntungkan dari simpanan tetap lain. Kenyataan ini benar bagi sesetengah pelaburan unit trust yang cekap diuruskan seperti sesetengah unit trust dalam Public Mutual, berdasarkan sejarah yang lepas. Tetapi bagaiamana akan datang? Hakikatnya Allah saja yang tahu.
Bagaimana jika kita boleh mengambil kesempatan dari sifat agresif unit trust public mutual misalnya ( fund yang diiktiraf oleh penasihat syariah) iaitu kita boleh membeli sewaktu rendah dan menjual sewaktu tinggi sebelum harganya jatuh? Bila harganya baru mula jatuh, kita bertukar (switching) kepada unit trust yang kurang berisiko seperti dalam money market dan islamic bond.
Ia (beli rendah jual tinggi) mungkin sukar dilakukan tetapi tidak mustahil. Alhamdulillah setelah mempunyai pengalaman analisa teknikal selama 10 tahun, Ianya telah berjaya mencipta kaedah analisa teknikal untuk menentukan waktu yang baik untuk membeli dan menjual unit trust, tanpa perlu membuat ramalan apa akan terjadi esok, lusa, bulan depan dan tahun depan.
Kaedah  ini sebenarnya memerlukan perisian berharga ribuan ringgit atau/dan kos langganan data yang boleh mencecah ratusan ringgit sebulan. Dan yang paling penting sekali sebenarnya ialah ilmu dan pengalaman.
Tugas seorang agen unit trust paling minima membantu yang lain membuka akaun/memulakan pelaburan. Bagi public mutual, Pelaburan dan tranksaksi seterusnya boleh dibuat sendiri oleh pelanggan melalui telefon (telemutual), online banking (pbebanking) bagi pemegang akaun bank public mutual untuk penambahan, melalui internet (publicmutualonline) ataupun dengan pergi sendiri ke public bank/public mutual.
Agen yang mempunyai kaedah seperti yang di gunakan insyaAllah dapat memberi nilai yang lebih berharga kepada pelanggan kerana mereka benar-benar mempunyai keupayaan untuk berkongsi ilmu masa yang terbaik untuk membeli dan switching. Mereka yang mempunyai ilmu sebegini dan amanah tidak hanya akan menyuruh pelanggan mereka membeli pada bila-bila masa saja, kerana mereka sedar ada masa yang sesuai dan ada masa yang tidak.
Mereka tidak hanya inginkan komisen saja, tetapi kepuasan pelanggan mereka membawa erti yang besar juga.
Walaupun seperti yang disebutkan, kaedah yang di gunakan sukar atau mahal untuk digunakan oleh kebanyakan orang, tetapi sebagai unit trust consultant insyaAllah boleh berkongsi pandangan dengan pelanggan  waktu yang terbaik untuk membeli dan menjual. Ia adalah ‘win-win’ situation.
Apabila anda telah menggandakan simpanan anda, adakah anda terfikir pada waktu tersebut, bukankah baik jika anda dapat berkongsi ilmu ini dengan lebih ramai dan anda tidak akan rugi apa-apa pun.
Baik, ramai yang bertanya betulkah melalui unit trust boleh dapat keuntungan 20%, 30%, 40% setahun seperti diwawarkan oleh sesetengah orang? Sebenarnya ini tidak tepat.
Hakikatnya ada waktu pasaran saham tidak begitu memberangsangkan, ada waktu ia agak rancak naik, dan ada waktunya ia menjunam jatuh. Ramai yang mengatakan mereka banyak untung dengan unit trust, tetapi hakikatnya kebanyakkan mereka untung (banyak) hanyak sewaktu pasaran saham naik, dan mereka hilang keuntungan tersebut sewaktu pasaran harga turun.
Contohnya,, sewaktu bulan September 2010, pasaran saham sedunia sedang naik, malah bursa Malaysia juga sedang rancak naik. Sebelumnya ia berehat, kiranya sekitar April 2010 hingga Ogos/September 2010. Dan sebelumnya ia agak meningkat juga bermula penghujung 2008.
Tahun 2008 amnya pasaran saham menjunam, begitu jugalah dengan unit trust equity yang kebanyakkannya bergerak selari dengan bursa saham. Begitulah pergerakan bursa saham ada turun naiknya. Malah dalam tahun 2005-2006 pasaran saham tidak bergerak begitu cergas. Ingat tahun 1997? Krisis pasaran saham, matawang asia di mana pasaran saham turun sehingga 80%? Hujung tahun 1998 hingga awal 2000 pula komposit Kuala Lumpur bergerak naik sehingga lebih 4 kali ganda.
Disinilah pentingnya ilmu menganalisa pasaran saham bagi menyelamatkan keuntungan. Pasaran saham tidak naik dalam masa sehari dan turun dalam masa sehari. Ia adalah kitaran berbulan dan adakalanya bertahun. 
Penganalisa yang paling selamat ialah mereka yang dapat menganalisa saham sewaktu ia mula naik dan turun, iaitu bila kitaran bermula tanpa perlu membuat ramalan/spekulasi atau mengikut khabar angin. Jika kebanyakkan khabar angin, ramalan, spekulasi itu benar, sudah tentu ramai yang untung, tetapi hakikatnya tidak. Mereka yang hanya menganalisa penanda aras pasaran saham insyaAllah dapat memaksimakan keuntungan dan meminimakan kerugian.
Ada beberapa kaedah “selamat” dalam unit trust seperti dollar cost averaging dan kaedah sasaran. Ramai yang selesa dengan kaedah-kaedah ini. Tetapi bagi yang ingin memaksimakan keuntungan bolehlah cuba menghabiskan masa bertahun-tahun mempelajari analisa teknikal dan sanggup rugi untuk mendapatkan pengalaman ataupun mencari agen yang telah melalui pengalaman tersebut.
Tetapi agen yang pakar bagaimanapun, tidak dapat membawa manfaat kepada anda jika anda terlalu berhati-hati sehingga takut untuk melabur. Sekurang-kurangnya cuba dan lihat dulu dengan pelaburan EPF. Sekurangnya wang di EPF itu boleh dialihkan kepada sumber yang diyakini halal insyaAllah.