seronok jadi perunding unit amanah ni...kita dapat tolong orang untuk selesa dalam hidup 
Kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah adalah kerjaya yang hebat dan menarik.
Perunding Unit Amanah adalah kerjaya yang
 secara langsung berkhidmat membina status kewangan yang lebih baik 
untuk apa sahaja tujuan sama ada kepada para pelabur atau diri perunding
 sendiri.
Hakikat tetap hakikat, manusia sentiasa 
hidup dengan naluri untuk menjadi lebih baik. Semua insan mahukan status
 kewangan yang lebih baik.
Bagaimana kita boleh membantu ramai orang BERSARA SEBAGAI JUTAWAN?
Cuba kita bayangkan, selepas berhempas 
pulas selama 25 hingga 30 tahun berkhidmat untuk majikan, ramai orang 
hanya mendapat RM50,000 hingga RM200,000 sahaja ganjaran apabila pencen –
 sama ada daripada KWSP atau Gratuity. Penjawat awam pula mendapat 
bayaran pencen kurang 50% daripada gaji akhir mereka untuk digunakan 
menampung seluruh kehidupan yang semakin mencabar dan mahal dalam iklim 
negara yang semakin maju. Adakalanya mereka perlu menjalani hidup 
persaraan selama 20 tahun lagi. Adakah mereka perlu bekerja semula atau 
meminta-minta?
Mereka adalah antara golongan sasaran yang perlu kita bantu. Apa kata anda cuba bantu mereka dengan kisah berikut:
Zul 
talah mendapat pendedahan dan idea untuk melabur dalam amanah saham 
daripada seorang Perunding Unit Amanah semasa umurnya 24 tahun. Apabila 
beliau mula bekerja pada umur 25 tahun, beliau telah memulakan rancangan
 pelaburannya untuk membina kewangan masa depan yang kukuh. Zul telah 
menyimpan RM5,000 daripada gaji yang diperolehi selama 10 bulan pertama 
ia bekerja (Simpan RM500/sebulan). Lalu dia membuka akaun pelaburan 
Amanah Saham dengan syarikat pengurusan dana amanah saham terbesar dan 
No. 1 di Malaysia. Dia telah membuka akaun dana agresif yang berpotensi 
memberikan purata pulangan 12% setahun untuk pelaburan jangka panjang. 
Kemudian Zul juga telah membuat pelaburan tambahan setiap bulan sebanyak
 RM250 melalui Arahan Potongan (Standing Instruction) dari bank di mana 
gajinya dibayar terus ke akaun amanah sahamnya. Dia melakukannya selama 
15 tahun atau 180 bulan iaitu sehingga umurnya 40 tahun. Waktu itu, Zul 
telahpun mengumpulkan RM50,000 (RM250 X 180 + RM5,000) modal pelaburan 
dalam akaun amanah sahamnya. Nilai pelaburannya (modal + 
keuntungan/kerugian = Nilai Aset Bersih) telah meningkat menjadi 
RM146,350.70. Atas nasihat Perunding Unit Amanah, Zul telah 
memberhentikan disiplin menambah pelaburan bulanan sebanyak RM250 tadi. 
Beliau hanya membiarkan sahaja pelaburannya terus diuruskan oleh 
syarikat pengurus dana amanah saham No.1 di Malaysia itu sehingga 
umurnya mencapai 60 tahun. Sebagai pegawai kerajaan, Zul memilih untuk 
bersara pada usia 60 tahun. Sebaik sahaja bersara, beliau telah pergi ke
 syarikat pengurus dana amanah saham lalu menjual semua unit pelaburan 
dalam akuan amanah sahamnya itu. Zul telah memperolehi sebanyak 
RM1,411,741.75.
Oleh
 kerana Zul sememangnya seorang pelabur yang bijak, dia telah mengambil 
RM1,000,000.00 (RM 1 juta) sahaja untuk digunakan memenuhi keperluan 
persaraannya. Sementara RM411,741.75 lagi dilaburkan semula ke dalam 
dana amanah saham. Ia adalah untuk merancang sekali lagi kewangannya 
bagi tempoh 6 tahun akan datang kerana beliau tahu modal yang dilaburkan
 sebanyak RM411,741.75 itu akan berganda 2 kali menjadi RM812,705.21 
pada umurnya 66 tahun nanti. Jumlah itu boleh beliau gunakan untuk 
kehidupan seterusnya atau mewasiatkannya.
Inilah yang boleh berlaku kepada semua 
orang muda yang berusia sekitar 20-an. Hanya didik dan nasihati mereka 
menggunakan modal permulaan RM5,000 kemudian mendisplinkan diri dengan 
melabur RM250 sebulan untuk menjadikan jumlah modal RM50,000 sahaja. 20 
tahun kemudiannya mereka adalah jutawan dan pesara yang hidup dengan 
penuh keselesaan. Khidmat mereka selama 25 atau 30 tahun untuk majikan 
mereka menjadi amat berbaloi. Sebahagian gaji mereka yang kecil itu 
telah berkhidmat untuk mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan