Selasa, 1 Oktober 2013

Riba: Definisi dan Jenis-jenis Riba

Riba: Definisi dan Jenis-jenis Riba

Isu riba’ merupakan isu yang penting dalam kehidupan seharian bagi seorang Muslim. Ia mungkin sudah difahami oleh sebahagian Muslim, tapi tidak dihayati untuk meninggalkannya. Riba’ merupakan suatu larangan yang bersifat mutlak oleh Allah SWT. 

Apa itu Riba’?

Apa Jenis-jenis Riba’?

Apa hukuman bagi orang yang degil untuk meninggalkan amalan Riba’?

Apa itu Riba’?

Takrifan ringkas riba’ ialah merupakan sebarang tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh dan tambahan dalam pertukaran barangan tertentu (barang ribawi)(1). 

Ia merangkumi merangkumi riba daripada hutang (riba ad-Duyun)  dan riba melalui pertukaran barangan ribawi (riba al-Buyu’).

Apa pula Riba’ ad-Duyun dan riba al-Buyu’?



A) Riba’ ad-Duyun
Riba jenis ini adalah riba’ yang muncul dari hutang. Ia merupakan lebihan yang terhasil disebabkan tempoh. Ia terbahagi kepada dua iaitu:


a) Riba al-Qardh: Iaitu sebarang manfaat tambahan yang disyaratkan ke atas pemberian jumlah pinjaman pokok. Syarat ini dibuat pada awal kontrak pinjaman. Ia dikenakan oleh pemberi pinjam kepada yang meminjam. 

Sebagai contoh, Ahmad ingin meminjam RM1,000 daripada Mohd. Tetapi Mohd menetapkan syarat bahawa Ahmad wajib membayar semula hutang tersebut sebanyak RM1,200. Lebihan RM200 merupakan riba ad-Duyun jenis al-Qardh.



b) Riba al-Jahiliyyah: Merupakan kadar atau sebarang manfaat tambahan lebih dari jumlah pokok, yang dikenakan oleh pemberi pinjam kepada peminjam akibat si peminjam gagal membayar pada tempoh yang telah dipersetujui.  

Sebagai contoh, Mohd bersetuju memberi pinjaman kepada Ahmad sebanyak RM500 dan dikehendaki membayar kembali satu bulan dari sekarang. Tetapi sekiranya Ahmad gagal membayar hutang Mohd sebelum atau pada 1 bulan yang telah ditetapkan, maka Ahmad dikehendaki membayar pada Mohd sebanyak RM600. Lebihan sebanyak RM100 merupakan riba’ ad_Duyun jenis al-Jahiliyyah.



B) Riba’ al-Buyu’
Riba’ jenis ini pula muncul daripada jual beli barangan ribawi. Ia merupakan ketidaksamaan pada berat atau kuantiti pertukaran 2 barang ribawi atau pertukaran tersebut dibuat secara tangguh.



a) Riba’ an-Nasa’: Ia merupakan jual beli atau pertukaran 2 barangan riwabi yang sama jenis dan pertukaran tersebut dibuat secara tangguh (tidak sempurna dalam 1 masa).

Sebagai contoh, Aminah membeli emas seberat 6 gram dengan harga RM1,000 secara tangguh (maknanya, ambil emas hari ini, bayarnya bulan depan). Riba an-Nasa' juga disebut sebagai riba an-Nasiah.

b) Riba al-Fadhl: Merupakan jual beli atau pertukaran antara 2 barangan ribawi yang sama jenis dengan berbeza kadar berat (jika dijual dengan timbang) atau kuantiti (jika dijual secara bilangan kuantiti)

Sebagai contoh, Menukar 10 gram emas (jenis 916) dengan 12 gram emas (jenis kualiti 750). Pertukaran jenis ini adalah haram kerana sepatutnya kedua-duanya mesti sama timbangan (contoh: 10 gram atau 12 gram). Perbezaan kualiti tidak memberikan kesan kepada hukum.


Terdapat 2 syarat yang wajib dipenuhi agar terhindar daripada riba al-Fadhl dan riba’ an-Nasa’, iaitu:

i) Mesti sama berat atau kuantiti nya (walau berbeza kualiti dan harganya).


ii) Transaksi pertukaran mesti dilakukan dalam satu masa atau satu majlis (maksudnya, pembeli dan penjual tidak boleh beredar sebelum menyerahkan barang pertukaran).

Apa Ancaman Bagi Orang Islam Yang Mengamalkan Riba’?

A) Allah dan RasulNya Mengisytiharkan Peperangan ke atas Pemakan dan Pemberi Riba.

Firman Allah swt:

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.  Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Surah al-Baqarah: 278-279)  


Ini merupakan ancaman keras dari Allah. Bahkan merupakan ayat cabaran dari Allah bagi sesiapa yang degil dan engkar dengan perintahNya. Imam Abu Hanifah pernah berkata;” Ini adalah ayat al-Quran yang paling menakutkan.”

Tinggalkan riba jika kamu benar-benar mengaku sebagai hamba Allah.

B) Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.
Firman Allah swt:


“Allah menghancurkan keberkatan kerana riba’ dan menambahkan keberkatan daripada sedekah.” (al-Baqarah: 276)

C) Seperti berzina dengan Ibu Bapa Sendiri.


Nabi saw Bersabda:


“Riba’ mempunyai 72 pintu. Riba’ yang paling ringan dosanya ialah seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.”
(Riwayat at-Tabrani, 7/158; al_Hakim, Sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim)

Mari kita buka mata dan hati, betapa beratnya ancaman Allah terhadap orang yang mengamalkan riba dalam kehidupan seharian.

D) Lebih berat Daripada 36 Kali Berzina.
Nabi saw bersabda:


” Satu dirham riba’ yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali.” (Riwayat Ahmad dan Ad-Dar Qutni)

E) Salah Satu Daripada 7 Dosa Besar.
Nabi saw bersabda:


” Jauhilah 7 dosa besar; syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan riba’, makan harta anak yatim, lari dari medan peperangan(kerana takut), dan menuduh perempuan yang suci berzina(tanpa saksi adil).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Fahami apa itu riba’, jenis-jenisnya dan apa ancaman yang datang dari Allah dan Rasulnya bagi sesiapa yang mangamalkan riba’ dalam kehidupan meraka. Semak semula, dari mana sumber pendapatan kita selama ini. Semoga kehidupan kita bebas riba dan larangan-larangan yang lain.

Nota: (1) Barangan ribawi adalah berkaitan dengan hadis Nabi saw yang bermaksud: “Apabila ditukar emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus(pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual belilah kamu sebagaimana disukai.” (Riwayat Muslim nombor 4039, nombor hadis, 11/9)


Read more: http://www.unit-amanah-islam.com/#ixzz2gX2X8aT6

Isnin, 18 Februari 2013

BANTU MEREKA JADI LEBIH KAYA

 seronok jadi perunding unit amanah ni...kita dapat tolong orang untuk selesa dalam hidup 
 
Kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah adalah kerjaya yang hebat dan menarik.
Perunding Unit Amanah adalah kerjaya yang secara langsung berkhidmat membina status kewangan yang lebih baik untuk apa sahaja tujuan sama ada kepada para pelabur atau diri perunding sendiri.
Hakikat tetap hakikat, manusia sentiasa hidup dengan naluri untuk menjadi lebih baik. Semua insan mahukan status kewangan yang lebih baik.
 
Bagaimana kita boleh membantu ramai orang BERSARA SEBAGAI JUTAWAN?
 
Cuba kita bayangkan, selepas berhempas pulas selama 25 hingga 30 tahun berkhidmat untuk majikan, ramai orang hanya mendapat RM50,000 hingga RM200,000 sahaja ganjaran apabila pencen – sama ada daripada KWSP atau Gratuity. Penjawat awam pula mendapat bayaran pencen kurang 50% daripada gaji akhir mereka untuk digunakan menampung seluruh kehidupan yang semakin mencabar dan mahal dalam iklim negara yang semakin maju. Adakalanya mereka perlu menjalani hidup persaraan selama 20 tahun lagi. Adakah mereka perlu bekerja semula atau meminta-minta?
Mereka adalah antara golongan sasaran yang perlu kita bantu. Apa kata anda cuba bantu mereka dengan kisah berikut:
 
Zul talah mendapat pendedahan dan idea untuk melabur dalam amanah saham daripada seorang Perunding Unit Amanah semasa umurnya 24 tahun. Apabila beliau mula bekerja pada umur 25 tahun, beliau telah memulakan rancangan pelaburannya untuk membina kewangan masa depan yang kukuh. Zul telah menyimpan RM5,000 daripada gaji yang diperolehi selama 10 bulan pertama ia bekerja (Simpan RM500/sebulan). Lalu dia membuka akaun pelaburan Amanah Saham dengan syarikat pengurusan dana amanah saham terbesar dan No. 1 di Malaysia. Dia telah membuka akaun dana agresif yang berpotensi memberikan purata pulangan 12% setahun untuk pelaburan jangka panjang. Kemudian Zul juga telah membuat pelaburan tambahan setiap bulan sebanyak RM250 melalui Arahan Potongan (Standing Instruction) dari bank di mana gajinya dibayar terus ke akaun amanah sahamnya. Dia melakukannya selama 15 tahun atau 180 bulan iaitu sehingga umurnya 40 tahun. Waktu itu, Zul telahpun mengumpulkan RM50,000 (RM250 X 180 + RM5,000) modal pelaburan dalam akaun amanah sahamnya. Nilai pelaburannya (modal + keuntungan/kerugian = Nilai Aset Bersih) telah meningkat menjadi RM146,350.70. Atas nasihat Perunding Unit Amanah, Zul telah memberhentikan disiplin menambah pelaburan bulanan sebanyak RM250 tadi. Beliau hanya membiarkan sahaja pelaburannya terus diuruskan oleh syarikat pengurus dana amanah saham No.1 di Malaysia itu sehingga umurnya mencapai 60 tahun. Sebagai pegawai kerajaan, Zul memilih untuk bersara pada usia 60 tahun. Sebaik sahaja bersara, beliau telah pergi ke syarikat pengurus dana amanah saham lalu menjual semua unit pelaburan dalam akuan amanah sahamnya itu. Zul telah memperolehi sebanyak RM1,411,741.75.
 
Oleh kerana Zul sememangnya seorang pelabur yang bijak, dia telah mengambil RM1,000,000.00 (RM 1 juta) sahaja untuk digunakan memenuhi keperluan persaraannya. Sementara RM411,741.75 lagi dilaburkan semula ke dalam dana amanah saham. Ia adalah untuk merancang sekali lagi kewangannya bagi tempoh 6 tahun akan datang kerana beliau tahu modal yang dilaburkan sebanyak RM411,741.75 itu akan berganda 2 kali menjadi RM812,705.21 pada umurnya 66 tahun nanti. Jumlah itu boleh beliau gunakan untuk kehidupan seterusnya atau mewasiatkannya.
 
Inilah yang boleh berlaku kepada semua orang muda yang berusia sekitar 20-an. Hanya didik dan nasihati mereka menggunakan modal permulaan RM5,000 kemudian mendisplinkan diri dengan melabur RM250 sebulan untuk menjadikan jumlah modal RM50,000 sahaja. 20 tahun kemudiannya mereka adalah jutawan dan pesara yang hidup dengan penuh keselesaan. Khidmat mereka selama 25 atau 30 tahun untuk majikan mereka menjadi amat berbaloi. Sebahagian gaji mereka yang kecil itu telah berkhidmat untuk mereka.

Selasa, 4 September 2012

COMPOUND INTEREST



Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana dengan hanya melabur di dalamunit amanah, seseorang itu boleh menjadi jutawan? Jawapannya,compound interest! Berikut merupakan sebuah artikel yang telah ditulis oleh Dr. Irfan Khairi suatu ketika dahulu yang telah disesuaikan untuk bacaan kita. Moga Allah memberikan hidayahNya kepada kita semua untuk sama-sama kita manfaatkan ilmu yang dapat membantu kita menjadi Muslim Mukmin yang hebat, berharta, dan pemurah kepada saudara-saudara kita yang lain.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Compound Interest – Senjata Jutawan

Daripada : Dr. Irfan Khairi
Sering saya ditanya “Apakah rahsia untuk menjadi kaya?”. Apakah perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan kita menjadi jutawan?
Jawapannya amat mudah- infact, ianya bukan lagi rahsia oleh kerana di dalam apa jua buku kewangan peribadi di dunia, sudah pasti terdapat satu bab menceritakan cara ini. Cara yang 100% sekiranya digunakan akan menjadikan kita jutawan. Ya, anda juga boleh menjadi jutawan sekiranya mengikut cara ini. Tidak kira latar belakang pendidikan kita, tidak kira tahap intelegent kita, tidak kira apa kepakaran kita, terdapat satu cara yang akan memastikan seseorang itu menjadi jutawan. Namun, tidak ramai yang benar-benar mengambil kesempatan ini!!.
Caranya bukanlah cara cepat kaya… tetapi, cara pasti kaya. Hendak tahu apakah caranya? Izinkan saya jelaskan dengan satu gambaran…
Bayangkan seorang bayi apabila dilahirkan, pada setiap hari, ibunya meletakkan RM 1 ke dalam tabung untuk bayi tersebut. Sehari satu ringgit. Sebulan jumlahnya menjadi RM 30. Setahun, jumlahnya menjadi RM 365. Teruskan simpanan kedalam tabung bayi tersebut dan ketika bayi itu berumur 40 tahun, jumlah yang terkandung didalam tabung tersebut adalah RM 14,600.
Wang yang disimpan tidak berkembang. Mungkin tabung yang digunakan perlu upgrade menjadi tabung yang lebih besar. Tetapi, let’s face it… RM 14,600 dari simpanan selama 40 tahun bukanlah jumlah yang besar.
Sekarang, bayangkan sekiranya wang tersebut di simpan di dalam unit simpanan yang memberi pulangan interest sebanyak 12% setahun dan RM 1 di simpan setiap hari sejak dilahirkan. Wang yang sepatutnya hanya RM 14,600 kini menjadi RM 352,943.18 selepas 40 tahun.
RM 352,943.18 ??? Dari mana datangnya lagi RM338,343?
Ini adalah jawapan kepada soalan bagaimana hendak menjadi kaya dengan pasti. Penambahan RM 338,343 tersebut datangnya dari kuasa faedah terkumpul atau Compound Interest.
Compound interest adalah alat yang paling utama yang memberi kekayaan kepada orang-orang kaya di dunia. Elbert Einstein pernah di tanya mengenai compound interest. Jawapan yang diberikan olehnya amat mudah. Katanya,compund interest adalah “the greatest invention of all time”.
Sememangnya contoh saya mengenai bayi di atas agak tidak lojik. Takkan pula seorang ibu boleh memasukkan RM1 setiap hari sehingga umur bayi tersebut 40 tahun. Tetapi, contoh saya tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa walau betapa kecilnya simpanan kita, sekiranya dilaburkan pada jangka panjang, ia akan menjadi amat besar!!
Saya mempunyai kenalan yang tahu mengambil kesempatan di atas kuasa compound interest. Mereka adalah pasangan suami isteri sederhana. Pendapatan suami adalah RM 2,500. Pendapatan isteri juga RM 2,500. Mereka hidup dengansederhana dan tidak boros. Sehinggakan, segala perbelanjaan untuk menampung hidup dibayar oleh suami- kediaman, kereta, makan minum dan segala keperluan dibayar oleh suami. Manakala, gaji isteri disimpan ke dalam unit amanah yang memberi pulangan 12% (Kini di Malaysia, pulangan 12% adalah agak biasa sekiranya anda membuat rujukan di syarikat-syarikat Mutual Funds).
Pasangan tersebut sebenarnya adalah di dalam jalan yang akan membawa mereka menjadi jutawan!!
Bagaimana?
Dengan menyimpan RM 2,500 setiap bulan dan diberi pulangan 12% atas simpanan mereka, katakan mereka mulakannya pada umur 25 tahun (kahwin muda). Sebelum umur mereka mencecah 45 tahun, kekayaan mereka berjumlah RM 2,439,315.77. Ya, hampir RM 2.5 juta! Dan ini dengan hanya menganggap gaji isteri yang disimpan langsung tidak naik selama 20 tahun tersebut. Pasangan tersebut mencapai status jutawan pada umur 38 tahun!! Kesemua ini adalah hasil kuasacompound interest!
(Kalkulator bagaimana nilai ini diperolehi boleh dirujuk di sini)
Sekiranya anda tidak teruja dengan angka-angka ini, biar saya jelaskan lagi mengenai kuasa compound interest dan apakah kunci kejayaan compound interest. Kunci untuk compound interest adalah MULAKAN DENGAN CEPAT!!. Sekiranya anda berlengah memulakan simpanan anda, kesan compound interest diperlambatkan.
Perhatikan senario ini. Zahid menyimpan RM 200 setiap bulan sejak mula bekerja pada umur 20 tahun. Asri pula lambat mengambil tindakan. Asri mula menyimpan pada umur 27 tahun. Tetapi, Asri menyimpan RM 400 setiap bulan. Dua kali ganda lebih dari Zahid.
Mari kita lihat apabila mereka berdua menjangkau umur 38 tahun…
Simpanan pelaburan Zahid adalah RM 115,124.39
Simpanan pelaburan Asri pula adalah RM 108,758.34 – walaupun Asri menyimpan dua kali ganda dari pada Zahid.
Ini menunjukkan keputusan Zahid melabur awal – walaupun sedikit jelas memberi pulangan yang lebih berbanding dengan Asri yang mengambil keputusan melabur lewat – walaupun dua kali ganda!!
Sekarang, mungkin antara pembaca mengeluh “… tapi Irfan- menunggu 20 tahun adalah masa yang lama! Menunggu 15 tahun adalah masa yang lama untuk mencapai kekayaan.”

Anggap compound interest sebagai alat untuk menjadi kaya!!

Walaupun mungkin mengambil masa yang lama, namun, ia adalah cara yang PASTI. Teringat saya tentang cerita sang arnab dan kura kura, di mana arnab dengan pantas dan bongkak memulakan perlumbaan. Tetapi, di akhir perlumbaan, sang kura-kura yang perlahan yang tersenyum riang memenangi perlumbaan!
Buat pesanan akhir, tanya diri sendiri.
“Bolehkah anda menyimpan RM10 setiap hari mulai hari ini ke dalam akaun pelaburan yang memberi pulangan 12% setahun?”
Jika boleh, tuan-tuan dan puan-puan, dalam masa 30 tahun, anda juga adalah seorang JUTAWAN!!
Salam cemerlang!
Nota: Untuk melipat kali gandakan pendapatan melaluicompound interest, tambahkan hasil pendapatan anda, mungkin dari memulakan perniagaan secara sambilan dan gabungkannya dengan pendapatan melalui compound interestini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Isnin, 3 September 2012

CARA UNTUK MELABUR



Anda boleh mula melabur di dalam unit amanah melalui 4 cara iaitu:
1. pelaburan secara lump sum
2. pelaburan secara simpanan bulanan
3. pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP
4. meminjam untuk melabur
Bagi pelabur yang mempunyai sejumlah wang terkumpul, pelaburan secara lump-sum adalah yang terbaik. Sepanjang tempoh pelaburan yang dicadangkan (3-30 tahun), modal di awal pelaburan tadi akan mengalami pertumbuhan dengan memperolehi keuntungan daripada agihan (distribution), dan juga pertumbuhan modal (iaitu kenaikan harga semasa unit amanah).
Apabila berlaku jualan semula unit / penebusan unit oleh pelabur, pelabur akan mendapat 2 jenis keuntungan:
1.keuntungan daripada perbezaan harga jual dan harga belian unit amanah;
2.keuntungan daripada agihan (distribution) yang disokong oleh kelebihan compound interest ke atas agihan yang diperolehi pada setiap tahun, dengan syarat agihan tersebut dilaburkan semula sebagai modal tambahan.
Contoh, jika anda memulakan pelaburan dengan modal RM10,000 dan menerima agihan sebanyak 8 sen/unit pada nilai seunit saham RM 1.00 seunit, keuntungan yang diperolehi adalah RM 0.08 x 10, 000 unit = RM 800 dan jika anda laburkan semula agihan tadi, maka modal bagi tahun berikutnya menjadi RM 10,800. Jika hal ini berterusan i.e. agihan sebanyak 8%/tahun selama 30 tahun dilaburkan semula setiap tahun, maka modal RM 10,000 tadi akan menjadi RM100,626.57!!
Bagi pelabur yang tidak mempunyai sejumlah wang yang besar sebagai modal permulaan, pelaburan secara simpanan bulanan adalah yang terbaik. Ia adalah cara yang ideal, berdisiplin dan berguna bagi tujuan mengumpul wang untuk digunakan pada masa yang diperlukan. Dengan membuat pelaburan tetap secara bulanan untuk suatu tempoh tertentu, anda tidak perlu risau dengan turun naik harga unit amanah, kerana kos belian akan dipuratakan sepanjang anda melabur. Ini adalah teknik yang dipanggil pemurataan kos-ringgit (ringgit-cost averaging).
Sebagai contoh, jika anda melabur RM100 sebulan selama 30 tahun, dengan compound interest 8%/tahun dikompaun secara bulanan,anda akan mempunyai RM150,030 pada 30 tahun akan datang!!
Sebagai tambahan kepada pelaburan secara lump-sum dan pelaburan tetap bulanan, ahli KWSP juga boleh melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP.

Pengeluaran untuk pelaburan adalah dibenarkan kepada ahli yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM5,000 melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1, dan belum mencapai umur 55 tahun. Untuk ahli yang layak, mereka boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan ini di dalam unit amanah melalui pengurus dana luaran yang dilantik oleh Kementerian Kewangan.
Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak melebihi 20 peratus dari jumlah simpanan yang melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1. Pelaburan secara terus adalah tidak dibenarkan. Anda juga tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang anda sendiri. Pengeluaran pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh permohonan terakhir diluluskan, tertakluk kepada jumlah baki yang mencukupi di dalam Akaun 1.
Walaupun terdapat kemudahan untuk membuat pinjaman untuk melabur (seperti Pinjaman ASB), harus diingai bahawa terdapat RISIKO yang hadir bersama dengan pinjaman, iaitu KADAR FAEDAH yang dikenakan oleh syarikat pemberi pinjam. Kadar faedah inilah yang boleh menyebabkan anda RUGI serta tidak mencapai potensi keuntungan pelaburan secara optimum.

Isnin, 18 Jun 2012

ZAKAT SAHAM


     



Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dalam bukunya Fiqh-Zakat mendefinisikan saham sebagai kertas berharga yang diperniagakan dalam transaksi-transaksi perdagangan khususnya di Bursa Malaysia.
  • Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia, ianya mudah untuk dijadikan wang tunai dibandingkan dengan saham dalam syarikat yang tidak disenaraikan di Bursa Malaysia atau saham dalam koperasi.
  • Saham yang dibeli dari wang sendiri sahaja dikira manakala bahagian yang dibeli melalui pinjaman hendaklah ditolak kerana dikira tidak sempurna milik.

Syarikat Yang Mengeluarkan Zakat Perniagaan

Saham yang disimpan di dalam syarikat yang membayar zakat perniagaan tidak perlu dizakatkan lagi.

Saham-Saham Yang Tidak Disenaraikan

Saham jenis ini tidak mudah ditunaikan. Secara praktisnya, zakat hendaklah dikeluarkan ke atas jumlah dividen yang diterima.

Mengira Zakat Atas Saham-Saham Yang Disenaraikan

  • Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepada dua kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki melebihi setahun dan saham-saham yang dijualbeli untuk tempoh kurang daripada setahun.
  • Bagi saham-saham berbentuk pelaburan jangka panjang (melebihi setahun) maka zakat dikira ke atas jumlah lot yang di pegang didarab dengan harga terendah seunit.

1. Contoh saham yang disimpan selepas setahun :-

Nama Saham Bil Unit (A)
RM
Harga Terendah (B)
RM
Jumlah (A x B)
RM
ABC 20,000 1.50 30,000
DEF 20,000 0.50 10,000
Jumlah Harga Terendah 40,000
Zakat = RM40,000 x 2.5%
= RM 1,000
  • Bagi saham-saham yang jualbeli sepanjang tahun, maka dikira 2.5% atas jumlah keuntungan saham setelah ditolak modal permulaannya.

2. Contoh saham yang dijual beli sepanjang tahun :-

2.5% x Keuntungan jualan saham ( Nilai Jualan Saham – Modal )
Contoh:
a) Saham X: RM6,000 - RM2,000 = RM4,000
b) Saham Y: RM8,000 - RM2,000 = RM6,000
Jumlah Zakat RM10,000 x 2.5%
RM250

Ahad, 10 Jun 2012


Kerjaya Unit Trust atau Takaful (Insurans)



Sejak kebelakangan ini saya menerima maklumbalas daripada pengunjung blog ini yang berminat untuk menceburi kerjaya dalam industri unit trust. Biasanya saya juga ditanya oleh mereka (dan juga dalam pertemuan dengan orang lain di luar sana) kenapa saya memilih menjadi ejen unit trust dan tidak menjual takaful / insurans. [Sebenarnya saya juga menjual takaful, tetapi dalam bentuk term cover yang diaturkan oleh syarikat saya]. Ini memang persoalan yang menarik dan susah untuk tidak ‘bias’ bila berbicara mengenainya. Untuk makluman semua, dahulunya saya bermula dengan menjual takaful dan kini saya memasarkan unit trust pula, jadi saya tahu bagaimana rasanya berada dalam industri yang seakan-akan sama tetapi banyak perbezaan. Saya cuba membentangkan hujah saya secara objektif agar semua pembaca mendapat manfaat.
Persamaan
Sebelum kita menjenguk tentang perbezaan dan berbahas mana yang lebih baik antara keduanya, baik kita tinjau dulu persamaan yang ada.

1) Medan Latihan Keusahawanan Yang Praktikal

Robert Kiyosaki, penulis terkenal buku ‘Rich Dad, Poor Dad’ & ‘Business School’ pernah menyebut dalam tulisannya bahawa jika seseorang mahu berkecimpung dalam dunia keusahawanan mereka patut bermula dengan menyertai organisasi direct sales (MLM) atau agensi jualan seperti insurans. Di sini peserta akan diajar selok belok perniagaan dan pemasaran secara praktikal mengikut sistem yang terbukti berkesan. Kelebihan menceburi bidang sales terutamanya adalah menguji kemampuan kita menjual ‘idea’ kita terlebih dahulu sebelum menjual barang atau perkhidmatan yang ditawarkan. Selain itu ada beberapa faktor tambahan yang menyebabkan bidang sales adalah permulaan yang baik, antaranya:-
  • Kos memasuki yang murah. Bagi industri unit trust, anda hanya perlu sekitar RM250 untuk bermula.
  • Kos overhead yang rendah. Hanya bil telefon, kos petrol dan kadangkala belanja minum teh bersama pelanggan.
  • Risiko rendah.Sekiranya gagal untuk meneruskan perniagaan ini, anda boleh berhenti sahaja tanpa menjejaskan kewangan dan reputasi anda.
  • Anda terlibat dalam ‘kerja murni’ yang mengajak orang awam membuat sesuatu yang baik seperti menyimpan untuk dana persaraan, memberi perlindungan kewangan kepada keluarga mereka.
  • Anda menyumbang secara positif kepada perkembangan ekonomi bangsa dan negara.
  • Sistem operasi yang telah terbukti berkesan sepanjang masa. Anda tidak perlu untuk berfikir dan mencipta cara mengendalikan perniagaan ini. Manual perniagaan telah tersedia dan ada konsultan perniagaan yang sedia membantu anda berjaya. Anda seolah-olah memasuki industri perniagaan francise tetapi tidak perlu membayar fee yang mahal.
Majoriti yang menyertai industri sales tidak kekal selama-lamanya dalam bidang ini. Ada yang berhenti kerana tidak sesuai, tetapi ramai juga yang beralih kepada bidang perniagaan yang lebih besar dan berjaya selepas itu. Modal kewangan dan ‘contact’ yang mereka bina semasa dalam industri sales dahulu adalah modal utama mereka meneruskan kerjaya keusahawanan.

2) Menggunakan struktur Sistem Agensi

Dalam sistem agensi, peserta diklasifikasi kepada tiga kumpulan utama iaitu ejen, supervisor (ketua unit) dan ketua agensi. Ejen adalah pangkat asas apabila seseorang menyertai sesebuah agensi. Mereka hanya boleh naik pangkat ke tahap seterusnya apabila memenuhi kuota productiviti dan pengalaman yang ditetapkan oleh pihak syarikat. Semua orang dilayan secara adil tanpa mengira latarbelakang pendidikan atau taraf sosial mereka. Semua berdasarkan ‘merit’, kriteria yang sangat penting dalam dunia perniagaan kapitalis.
Perbezaan
Seterusnya kita fokus kepada tajuk asal posting ini iaitu perbandingan antara kerjaya dalam bidang unit trust dan insurans.

1) Hanya satu peperiksaan

Untuk bermula memasarkan unit trust, seseorang ejen hanya perlu menduduki dan lulus Computerised Unit Trust Examination (CUTE)
Ejen insurans kena memduduki minimum 3 jenis peperiksaan sekiranya mahu bergerak aktif dan memaksimumkan potensi perniagaan mereka.
  1. PCEIA – Pre Contract Examination for Insurance Agent
  2. CEILLI – Certificate Examination In Investment Linked Life Insurance
  3. Peperiksaan dalaman berkaitan pemasaran Takaful (diadakan oleh pihak Syarikat)

2) Pasaran yang tersedia

Di sini saya merujuk kepada ahli pencarum KWSP yang hampir kesemuanya layak melabur dalam unit trust. Golongan pekerja swasta ini lebih mudah menyertai skim pelaburan unit trust kerana mereka tidak perlu mengeluarkan duit poket sendiri. Tambahan pula, melalui pelaburan unit trust mereka boleh menggandakan keuntungan pelaburan (ROI) melebihi 10% setahun berbanding pulangan sekitar 5% jika dibiarkan di KWSP.

3) Konsep BOSS

Di Public Mutual Bhd, syarikat memperkenalkan konsep BOSS iaitu Build-Own-Service-Sell. Tiga elemen yang pertama itu sudah biasa kita dengar, tetapi konsep Sell itu unik kepada Public Mutual. Apabila kita mencapai tahap ingin bersara, kita boleh menjual ‘perniagaan’ kita dan mendapat duit lump-sum. Ia seperti konsep syarikat dalam perniagaan konvensional, anda boleh jual atau berikan kepada orang lain atau waris yang dikehendaki.
4) Lebih menepati konsep financial planning CFP
Certified Financial Planning (CFP) Board menganjurkan pelanggan mereka menggunakan instrumen pelaburan seperti unit trust untuk mengumpul kekayaan jangka panjang, dan menganjurkan kita melanggan insurans (berbentuk term cover) untuk perlindungan diri, keluarga dan harta kita. Insurans hanya untuk kecemasan dan tidak praktikal untuk mengumpul kekayaan.

5) Situasi Win-Win-Win

Di dalam industri unit trust, kesemua tiga pihak (pelanggan, ejen dan syarikat) terlibat boleh menjadi kaya apabila pelaburan diurus dengan baik dan menjana keuntungan lumayan. Pelanggan tetap boleh menikmati perlindungan insurans pada kadar yang lebih murah.
Di dalam industri insurans, yang berpotensi menjadi kaya ialah ejen dan juga waris yang dinamakan di dalam polisi. Pelanggan yang mencarum biasanya tidak beroleh keuntungan seperti yang diharapkan, terutama bila dikira kos jualan dan kesan inflasi sepanjang tempoh penyertaan. [Rujuk entry saya yang bertajuk ‘Sales Charges’ yang tinggi untuk produk Investment-Linked]

6) Lebih mudah untuk capai pendapatan RM1,000 sebulan walaupun secara sambilan

Di dalam unit trust, jika seseorang ejen mahu menjana komisen RM1,000 sebulan, dia hanya perlukan jumlah jualan RM50,000 daripada portfolio ahli KWSP. Sasaran ini agak mudah bagi seseorang yang mahu bermula dalam ‘natural market’ mereka melainkan mereka telah ada reputasi buruk di kalangan ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara mara. Sesiapa sahaja yang bekerja dalam sektor swasta, berumur 18 tahun ke atas dan mencarum dalam KWSP adalah berpotensi sebagai pelanggan anda.
Kesimpulan.
Semua orang ada cara berfikir, bakat dan kecenderungan individu yang akan menentukan sama ada mereka sesuai menceburi industri insurans/takaful atau unit trust. Ramai juga yang terlibat dalam kedua-duanya tetapi memilih satu sebagai perniagaan utama. Saya belum pernah berjumpa dengan usahawan yang dominan dalam kedua-dua industri ini kerana ia perlukan mind-set yang berbeza dan agak berlawanan antara keduanya.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai industri unit trust, sila hubungi saya agar potensi keusahawanan di dalam diri anda itu diserlahkan segera. Jangan sia-siakan bakat, contact dan minat anda. Maklumat lanjut untuk menjadi UNIT TRUST CONSULTANT

Khamis, 31 Mei 2012

Perbezaan Antara Pelaburan Saham dan Unit Trust



Bila sebut pelaburan, kebanyakan pengguna lebih mengaitkan unit trust seperti saham daripada ASB. Saya telah membincangkan perbezaan di antara unit trust dan ASB di sini. Benarkah unit trust seperti pelaburan saham? Mari kita lihat antara perbezaan saham dan unit trust yang dapat saya kaji :) (jika salah sila tegur ya). 

Saham: 
1) Sesuai untuk pelabur yang mempunyai profile very aggressive dan nak untung cepat. 
2) Sesuai untuk pelabur yang mempunyai hati waja & kental a.k.a mampu handle high risk. Pernah dengar ada org bunuh diri sebab main saham? Err..ada kan. So ada brani?? Hehe. 
3) Sesuai untuk pelabur yang mempunyai modal yang besar, no money no talk okay. Kena ada minimum dalam RM5k-RM10k. Kalau setakat RM1k-2k payah, susah nak dapat untung coz duit tersebut nak bayar komisen lagi. Nama pun “MAIN” saham. So sesuai utk org yang ada “DUIT BANYAK TAK TAU NAK BUAT APA” sahaja :p. Jadi kalau rugi takla ralat sgt, nak main-main jer. 
4) Boleh untung beratus% setahun, pun boleh rugi beratus% setahun. High risk high return la kan…. 

5) Apabila anda membeli satu saham sesebuah company, anda telah menjadi pemilik syarikat tersebut. Anda boleh mengundi (di dalam GAMS – General Annual Meeting of Shareholders) siapa mengemudi syarikat tersebut. 
6) High risk & tiada diversification of portfolio. Contohnya anda membeli saham syarikat ABC yang terlibat dalam bidang telekomunikasi. Sekiranya syarikat ini diwar2kan akan untung banyak
\sebab projek DEF, harga saham akan melonjak naik. Jika tibe2 timbul spekulasi syarikat ini makin rugi sebab projek DEF gagal dilaksanakan atau consumer boikot service, harga saham akan merundum jatuh. Kalau nak diversification anda kena beli lebih dari satu saham. So more money pls :). 
7) Harga berubah setiap minit! Dalam erti kata lain, very volatile. Harga boleh berubah banyak dalam masa sehari, apa lagi sebulan. Tapi yang bagus, anda boleh beli bila harga rendah, jual harga tinggi. Boleh untung dalam masa sejam sahaja, rugi pun sama. 
8) Anda boleh mengupah broker saham atau bermain sendiri. Tetapi jika bermain sendiri, anda harus mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, melakukan banyak kajian tentang syarikat tersebut, pasaran dan sebagainya. Ada pelbagai jenis2 saham. Yang paling penting kena ada masa untuk monitor naik dan jatuh harga saham tersebut. 
9) Ada financial tools atau facilities yang percuma untuk monitor saham, tapi ada juga yang kena bayar dalam seratus lebih sebulan. Kena pandai buat technical analysis sket. 
10) Nak beli/jual lot kena ada buyer and seller. Tak boleh beli/jual sesuka hati. Cthnya jika saham anda dah untung 40% pun, jika tade org nak beli, anda tak boleh jual & exit.  
11) Ada charges seperti broker fees, clearing fees and stamp duty. Sila semak harga sendiri. 
12) Kalau pandai main saham mmg boleh jadi jutawan dalam masa singkat!

Unit Trust: 
1) Sesuai untuk pelabur yang mempunyai profile moderate (sederhana) dan baru mencuba untuk melabur dalam intsrumen pelaburan yang lebih menguntungkan drp ASB, EPF, Tabung Haji and etc. 
2) Sesuai untuk pelabur yang sabar dan mempunyai matlamat keuntungan jangkamasa panjang. Pernah dengar ada org bunuh diri sebab unit trust? Err..rasa mcm tade. 
3) Sesuai untuk sesiapa sahaja kerana minimum pelaburan adalah RM1,000 sahaja. Budak kecik pun dah leh kutip duit raya & menabung banyak ni (^_~). 
4) Minimum keuntungan setahun berdasarkan prestasi dana ekuiti sekitar 8-12%. Tetapi sekiranya anda masuk pada harga rendah dan market sedang mencanak naik, keuntungan boleh BANYAK lagi. Cthnya saya pernah monitor prestasi satu dana Islamik selama 8 bulan (Nov 2008-July 2009), keuntungan dalam 30%. Dalam masa yang sama juga saya suka-suka monitor satu dana conventional, keuntungan dalam 80%! Gelap mata jap (*_*)... aisshh..tak bleh, haram! Unit trust adalah moderate risk, so moderate return compared with pelaburan saham. 
5) Apabila anda membeli unit trust, anda membeli dana (fund), bukannya satu saham. Anda bukan pemilik syarikat tersebut dan tiada kuasa mengundi. Satu dana diwakili oleh minimum sekitar 30 saham eikuiti dan juga bond/money market daripada syarikat2 lain. Contohnya dengan membeli dana A, anda membeli saham Petronas (Oil & Gas), TM (telekomunikasi), TNB (electricity), IOI (plantation), Nestle (consumer products) dan sebagainya. Oleh itu risikonya adalah moderate kerana mempunyai pelbagai portfolio. Sekiranya salah satu company ini mengalami kesukaran, prestasi company2 lain boleh menampung sebarang perubahan harga. Pernah terjadi Syarikat besar XYZ rugi berbillion sebab Projek XXX mereka tergendala (alaaa…yang jadi tahun 2010 ni, sampai tukar management). Tetapi dana yang company ni terlibat langsung tak terjejas. 
6) Harga berubah setiap hari, tetapi perubahan hanya berapa sen jer...selalunya 2 digit terakhir. Harga setiap hari tersebut adalah purata harga bersih berpuluh saham di dalam dana tersebut. Dalam erti kata lain, volatile (harga naik turun)…tetapi tak se-volatile saham yang berubah setiap minit. Keuntungan boleh dilihat dalam masa lebih kurang 3-6 bulan (kalau masa beli market baru tgh naik dan naik) atau 3 tahun ke atas (kalau market tgh turun naik dan anda mengaplikasikan strategy switching atau top-up/DAC) 
7) Anda boleh mengupah consultant atau melabur sendiri. Tetapi jika melabur sendiri, anda harus mempunyai ilmu pengetahuan tentang unit trust dan strategy melabur. Terdapat pelbagai jenis dana. Yang paling penting kena ada masa jugak untuk monitor harga dana. 
8) Anda boleh monitor harga dan melihat past performance untuk benchmark secara percuma. Tetapi untuk software2 lain lebih canggih dan mudah, hanya consultant sahaja boleh beli dan pakai. 
9) Anda boleh beli dan jual sesuka hati. Boleh beli selagi fund size belum penuh dan belum tutup (sebab pengagihan dividend) dan jual anytime kerana company (Public Mutual) akan beli dari anda. Tidak perlu buyer atau seller.   
10) Ada charges seperti investment fees (ekuiti 5.5%) dan management fees (1.5%). 
11) Unit trust juga menguntungkan apabila anda melabur untuk long term, 5 tahun ke atas. Semakin lama semakin kurang risiko (hingga 0% risiko kerugian) dan keuntungan bertambah. Selain capital gain, keuntungan juga boleh diperolehi melalui dividend dan pemberian unit split. 
12) Unit trust juga boleh jadi jutawan, tetapi bergantung pada jumlah pelaburan anda dan selama mana anda boleh commit untuk melabur. Saya akan share satu article dari NST bagaimana menjadi jutawan di usia 55 tahun (anda atau anak anda). 

Kesimpulan: 

Bagi saya unit trust adalah seperti kacukan main saham + ASB/EPF/Tabung Haji. Untung, tetapi tidaklah untung banyak seperti saham, tetapi untung lebih banyak drp ASB/EPF/Tabung Haji. Risiko, tetapi tidaklah berisiko seperti saham, dan pelaburan selamat bila dilabur untuk jangkamasa panjang. Kedua2nya mempunyai pelaburan Islamik atau conventional. Sekian, mekasih :).