Selasa, 28 Jun 2011

ZAKAT PELABURAN UNIT AMANAH


Sebagai seorang pelabur Muslim, adalah menjadi suatu kewajipan kepada kita untuk membayar zakat pelaburan sekiranya pelaburan tersebut memenuhi syarat-syarat yang telah digariskan oleh Islam. Sebelum itu, mari kita lihat istilah-istilah yang bakal ditemukan di dalam artikel ini, iaitu:
  • Nisab = Nilai semasa bagi 85 gram emas. Kadar nisab semasa boleh dirujuk di mana-mana pejabat pungutan zakat.
  • Haul = Tempoh yang melayakkan sesuatu harta itu dizakatkan. Untuk zakat simpanan dan zakat pelaburan saham, haul yang dimaksudkan adalah satu tahun kalendar hijriah, iaitu dari 1 Muharram hingga 30 Zulhijjah (354 hari).
1. Zakat Caruman Berkanun
Caruman berkanun seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Kumpulan Wang Simpanan Guru (KWSG) dan lain-lain caruman berkanun ialah wang caruman milik individu yang dicarum sepanjang tempoh perkhidmatan.
Syarat wajib zakatnya adalah sama dengan syarat wajib zakat pendapatan atau wang simpanan. Syarat ‘Sempurna Milik’ akan dipenuhi sebaik sahaja wang tersebut dikeluarkan. Oleh itu zakat diwajibkan setelah caruman tersebut dikeluarkan.
Kaedah Pengiraan Zakat Caruman Berkanun
1. Kaedah Pertama
Zakat wajib dikeluarkan pada hari wang caruman diterima. Kadarnya adalah 2.5%.
Contoh:
Wang Caruman yang dikeluarkan daripada KWSP & LTAT = RM40,000.00
Zakat yang dikenakan = RM40,000.00 x 2.5% = RM1,000.00
2. Kaedah Kedua
Zakat wajib dikeluarkan apabila cukup haulnya iaitu setahun setelah penerimaannya berdasarkan Mazhab Syafie.
(Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-5 yang bersidang pada 16-17 November 1982).
Contoh:
Jumlah Wang Caruman di KWSP & LTAT = RM10,000.00
Jumlah Zakat yang dikenakan = RM10,000.00 x 2.5% = RM250.00
Ringkasannya, caruman berkanun seperti KWSP, LTAT dan KWSG merupakan satu skim simpanan sebahagian dari hasil gaji pekerja dan kemudian dicampur dengan sumbangan majikan. Wang caruman ini tidak boleh dikeluarkan sesuka hati kerana tujuan wang caruman adalah untuk pelaburan dan dimanfaatkan selepas persaraan. Zakatnya diwajibkan apabila dikeluarkan dan cukup nisab serta haulnya.
2. Zakat Saham
Saham adalah wang modal yang dilaburkan dalam perniagaan sesebuah syarikat dan seumpamanya. Perniagaan saham dilaksanakan berpandukan harga saham dalam pasaran semasa bukan atas nilai saham asal semasa belian. Oleh itu, zakat dikenakan pada kadar nilai saham tersebut.
Jenis-jenis saham
Saham terbahagi kepada dua iaitu :
1. Saham berbentuk simpanan, seperti Saham Amanah Saham Bumiputera (ASB), Saham Amanah Saham Nasional (ASN), Dana Unit Amanah, Sijil Simpanan Premium dan lain-lain.
2. Saham berbentuk Jual beli / Perdagangan seperti saham Tenaga Nasional Berhad (TNB), Saham Petronas, dan lain-lain saham yang didagangkan di Bursa Malaysia.
Saham-saham yang tidak disenaraikan di Bursa Malaysia
Saham jenis ini tidak mudah dijadikan tunai. Secara praktiknya, zakat hendaklah dikeluarkan atas jumlah dividen yang diterima.
Saham-saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia
Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepada dua kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki di hujung haul dan saham yang dijual beli sepanjang haul. Bagi saham-saham yang masih dimiliki selepas cukup haul, maka pengiraan zakat ialah 2.5%. Sekiranya nilai saham lebih rendah daripada kos belian maka gunakan nilai pasaran.
Kaedah Pengiraan Zakat Saham
i. Pemilik Saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepadadua kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki di hujung haul dan saham-saham yang dijualbeli sepanjang haul.
ii. Bagi saham-saham yang masih dimiliki selepas cukup haul, maka pengiraan zakat ialah 2.5% atas harga terendah antara harga pasaran dan harga belian.
Contoh:-
Harga Belian = RM1.00 (seunit), Harga Pasaran = RM2.00 (seunit)
Jumlah saham yang dimiliki = 200 lot [1 lot = 1000 unit]
Jumlah unit yang dimiliki = 200,000
Jumlah yang dikenakan zakat = RM1.00 x 200,000 = RM200,000 x 2.5%
Zakat yang dikenakan = RM5,000
Bagi saham yang dijual beli sepanjang haul maka zakatnya dikira 2.5% atas nilai jualan saham-saham tersebut setelah ditolak kos pembelian dan melebihi nisab.
Contoh:
Jumlah nilai jualan saham – kos belian
RM 500,000 – RM 400,000 = RM100,000
Zakat yang dikenakan = RM100,000 x 2.5% = RM 2,500
Ringkasnya, zakat saham yang masih dalam simpanan dikira antara nilai kos belian atau pasaran (mana yang lebih rendah) dan zakat atas saham-saham yang dijual beli sepanjang tahun dikira atas keuntungan jual beli saham tersebut.
Sumber:


Selasa, 14 Jun 2011

BAGAIMANA SIMPANAN BOLEH BERGANDA

Unit Trust (ekuiti) sifatnya lebih agresif dari simpanan Tabung Haji, ASB dan sebagainya. Ada potensi untuk naik lebih banyak dan potensi untuk rugi banyak juga sebenarnya jika tidak kena caranya. Ada yang kata pelaburan Unit Trust untuk jangka masa panjang lebih menguntungkan dari simpanan tetap lain. Kenyataan ini benar bagi sesetengah pelaburan unit trust yang cekap diuruskan seperti sesetengah unit trust dalam Public Mutual, berdasarkan sejarah yang lepas. Tetapi bagaiamana akan datang? Hakikatnya Allah saja yang tahu.
Bagaimana jika kita boleh mengambil kesempatan dari sifat agresif unit trust public mutual misalnya ( fund yang diiktiraf oleh penasihat syariah) iaitu kita boleh membeli sewaktu rendah dan menjual sewaktu tinggi sebelum harganya jatuh? Bila harganya baru mula jatuh, kita bertukar (switching) kepada unit trust yang kurang berisiko seperti dalam money market dan islamic bond.
Ia (beli rendah jual tinggi) mungkin sukar dilakukan tetapi tidak mustahil. Alhamdulillah setelah mempunyai pengalaman analisa teknikal selama 10 tahun, Ianya telah berjaya mencipta kaedah analisa teknikal untuk menentukan waktu yang baik untuk membeli dan menjual unit trust, tanpa perlu membuat ramalan apa akan terjadi esok, lusa, bulan depan dan tahun depan.
Kaedah  ini sebenarnya memerlukan perisian berharga ribuan ringgit atau/dan kos langganan data yang boleh mencecah ratusan ringgit sebulan. Dan yang paling penting sekali sebenarnya ialah ilmu dan pengalaman.
Tugas seorang agen unit trust paling minima membantu yang lain membuka akaun/memulakan pelaburan. Bagi public mutual, Pelaburan dan tranksaksi seterusnya boleh dibuat sendiri oleh pelanggan melalui telefon (telemutual), online banking (pbebanking) bagi pemegang akaun bank public mutual untuk penambahan, melalui internet (publicmutualonline) ataupun dengan pergi sendiri ke public bank/public mutual.
Agen yang mempunyai kaedah seperti yang di gunakan insyaAllah dapat memberi nilai yang lebih berharga kepada pelanggan kerana mereka benar-benar mempunyai keupayaan untuk berkongsi ilmu masa yang terbaik untuk membeli dan switching. Mereka yang mempunyai ilmu sebegini dan amanah tidak hanya akan menyuruh pelanggan mereka membeli pada bila-bila masa saja, kerana mereka sedar ada masa yang sesuai dan ada masa yang tidak.
Mereka tidak hanya inginkan komisen saja, tetapi kepuasan pelanggan mereka membawa erti yang besar juga.
Walaupun seperti yang disebutkan, kaedah yang di gunakan sukar atau mahal untuk digunakan oleh kebanyakan orang, tetapi sebagai unit trust consultant insyaAllah boleh berkongsi pandangan dengan pelanggan  waktu yang terbaik untuk membeli dan menjual. Ia adalah ‘win-win’ situation.
Apabila anda telah menggandakan simpanan anda, adakah anda terfikir pada waktu tersebut, bukankah baik jika anda dapat berkongsi ilmu ini dengan lebih ramai dan anda tidak akan rugi apa-apa pun.
Baik, ramai yang bertanya betulkah melalui unit trust boleh dapat keuntungan 20%, 30%, 40% setahun seperti diwawarkan oleh sesetengah orang? Sebenarnya ini tidak tepat.
Hakikatnya ada waktu pasaran saham tidak begitu memberangsangkan, ada waktu ia agak rancak naik, dan ada waktunya ia menjunam jatuh. Ramai yang mengatakan mereka banyak untung dengan unit trust, tetapi hakikatnya kebanyakkan mereka untung (banyak) hanyak sewaktu pasaran saham naik, dan mereka hilang keuntungan tersebut sewaktu pasaran harga turun.
Contohnya,, sewaktu bulan September 2010, pasaran saham sedunia sedang naik, malah bursa Malaysia juga sedang rancak naik. Sebelumnya ia berehat, kiranya sekitar April 2010 hingga Ogos/September 2010. Dan sebelumnya ia agak meningkat juga bermula penghujung 2008.
Tahun 2008 amnya pasaran saham menjunam, begitu jugalah dengan unit trust equity yang kebanyakkannya bergerak selari dengan bursa saham. Begitulah pergerakan bursa saham ada turun naiknya. Malah dalam tahun 2005-2006 pasaran saham tidak bergerak begitu cergas. Ingat tahun 1997? Krisis pasaran saham, matawang asia di mana pasaran saham turun sehingga 80%? Hujung tahun 1998 hingga awal 2000 pula komposit Kuala Lumpur bergerak naik sehingga lebih 4 kali ganda.
Disinilah pentingnya ilmu menganalisa pasaran saham bagi menyelamatkan keuntungan. Pasaran saham tidak naik dalam masa sehari dan turun dalam masa sehari. Ia adalah kitaran berbulan dan adakalanya bertahun. 
Penganalisa yang paling selamat ialah mereka yang dapat menganalisa saham sewaktu ia mula naik dan turun, iaitu bila kitaran bermula tanpa perlu membuat ramalan/spekulasi atau mengikut khabar angin. Jika kebanyakkan khabar angin, ramalan, spekulasi itu benar, sudah tentu ramai yang untung, tetapi hakikatnya tidak. Mereka yang hanya menganalisa penanda aras pasaran saham insyaAllah dapat memaksimakan keuntungan dan meminimakan kerugian.
Ada beberapa kaedah “selamat” dalam unit trust seperti dollar cost averaging dan kaedah sasaran. Ramai yang selesa dengan kaedah-kaedah ini. Tetapi bagi yang ingin memaksimakan keuntungan bolehlah cuba menghabiskan masa bertahun-tahun mempelajari analisa teknikal dan sanggup rugi untuk mendapatkan pengalaman ataupun mencari agen yang telah melalui pengalaman tersebut.
Tetapi agen yang pakar bagaimanapun, tidak dapat membawa manfaat kepada anda jika anda terlalu berhati-hati sehingga takut untuk melabur. Sekurang-kurangnya cuba dan lihat dulu dengan pelaburan EPF. Sekurangnya wang di EPF itu boleh dialihkan kepada sumber yang diyakini halal insyaAllah.

Selasa, 31 Mei 2011

SEDIAKAN SIMPANAN UNTUK PELAJARAN ANAK ANDA

Sediakan hadiah yang terbaik untuk anak anda dengan PLAN PELAJARAN

Pendidikan bukanlah persiapan untuk hidup,pendidikan adalah KEHIDUPAN. Pendidikan adalah kunci untuk membuka pintu emas kebebasan.....

Kita semua inginkan yang terbaik untuk anak kita,ini termasuklah memberi pendidikan yang terbaik supaya mereka mempunyai permulaan yang memanfaatkan dalam masyarakat yang kompetitif ini.
Namun anda perlu bersedia untuk menanggung kos universiti yang semakin melambung tinggi.Oleh itu anda perlu menabung pada usia muda anak anda bahkan sebelum anak2 anda memulakan pendidikan mereka.

Tahukah anda dengan hanya menabung sebanyak RM100 untuk 1 bulan selama 18 tahun anda akan mendapat RM66000 lebih.......

AMBILLAH TINDAKAN HAR INI SEBELUM ANDA TERLAMBAT
Untuk keterangan lanjut hubungi kami


MAHMUD 019-4585365
SYUHADA OMAR 012-4795897
NASIRUDIN 019-5770520
(kedah,perlis,p.pinang)

NOOR AZRINA 019-8207712 / 013-2144947
(melaka,n.sembilan,johor,pahang)

SYED MOHD 019-4260775
(perak,selangor,kelantan,terengganu)

NUR HANANI 019-9411392
(miri)

NUR SUHANIS 012-3318071
(labuan,k.kinabalu)

MASYUMI 0139883958
(bintulu,terengganu)

NORHAFIZAH 0194496794
(perak)


TAHUKAH ANDA?


Harga minyak MELAMBUNG 40%, harga barang makanan, harga bahan api, gas, elektrik dan tenaga, tol, tambang dan bermacam-macam lagi harga dipasaran sekarang semakinMENINGKAT hari demi hari. Hidup rakyat Malaysia kini semakin dihimpit kerisauan dan kegelisahan. Dalam keadaan sebegini tiada siapa yang boleh membantu kita malahan kerajaan sendiri tidak mampu untuk berbuat apa-apa, maka ia hanya terletak kepada DIRI ANDA SENDIRI untuk MERUBAHNYA. Anda MESTI bertindak SEKARANG dengan melabur di dalam UNIT TRUST, pelaburan yang menjamin masa hadapan anda. Pasti ANDA TIDAK AKAN MENGHADAPI MASALAH DI KEMUDIAN HARI!!
# Ramai rakyat Malaysia kini tertipu dengan pelaburan-pelaburan yang haram di sisi undang-undang Malaysia, dengan harapan mendapat keuntungan yang besar dalam jangka masa yang singkat. Sedangkan kerajaan telah membuka ruang dan platform pelaburan yang sah.
# 
Anda  boleh  memaksimumkan wang KWSP anda melalui pelaburan dalam unit trust? Pulangan KWSP tahun lepas hanya 5%. Tapi pulangan unit trust tahun lepas ada yang mencecah33%. Oleh itu jangan lepaskan peluang ini. Bahkan anda juga boleh membuat pelaburan dalam unit trust dengan nilai pelaburan permulaan yang rendah.

Jika anda melabur = RM2,000 >>> Untung = 20% setahun, dalam masa 20 tahun, duitpelaburan RM2,000 anda akan menjadi = RM2,000 x (1 + 20%)20 = RM76,675.20SUNGGUH LUMAYAN!!

# Jumlah kos pengajian degree di IPTA = RM 25,000 manakala kadar inflasi semasa = 3.5%. Katakan anda mempunyai anak berumur 2 tahun, dlm masa 15 tahun lagi dia akan melanjutkan pelajaran ke IPTA..! Jumlah kos pengajian degree di IPTA tahun 2022 = RM25,000.00 x (1 + 0.035)^15 = RM41,883.70 Oleh itu, ELAKKAN masalah kewangan ini berlaku kepada diri anda kelak!...

Jika anda benar-benar ingin menikmati pulangan lumayan dari sistem penjanaan wang untuk masakini dan akan datang, inilah pelaburan yang sah disisi undang-undang malaysia. Mulakan langkah pelaburan bijak anda dengan Pelaburan UnitTrust.

Khamis, 19 Mei 2011

KERJAYA SEBAGAI PERUNDING UNIT AMANAH






Apa itu Perunding Unit Amanah
Perunding Unit Amanah atau Unit Trust Consultant (UTC) bermaksud individu yang berdaftar dengan Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia atau Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) untuk memasarkan dan mengedarkan dana unit amanah.
Kelebihan menjadi Perunding Unit Amanah
Dengan menjadi seorang perunding unit amanah:
1. Anda Sebagai Pemilik Perniagaan (Business Owner)
Tiada siapa yang boleh menghalang anda membina kumpulan dan membangunkan perniagaan anda dengan strategi perniagaan anda sendiri.
2. Anda Menentukan Gaji Anda Sendiri
Anda mempunyai kebebasan untuk menentukan pendapatan anda sendiri. Dengan potensi pasaran begitu luas yang masih belum diterokai, anda mampu memperolehi pendapatan sehingga 6 angka sebulan.
3. Anda Mempunyai Waktu Kerja Yang Anjal (Flexible)
Anda tidak terikat dengan waktu kerja dari pukul 8.00 pagi – 5 petang. Anda boleh menentukan waktu perniagaan anda sendiri dan bila anda nak bercuti/rehat. Anda tidak perlu risau tentang ‘punch card’, permohonan cuti, cuti sakit dan sebagainya. Anda juga boleh memilih sama ada anda ingin menjadikan perniagaan ini separuh masa mahupun sepenuh masa.
4. Anda Boleh Mula dengan Modal Permulaan Rendah
Anda hanya perlu modal di antara RM200 – RM250 sahaja untuk menjadi konsultan unit amanah, dengan potensi pendapatan tiada had bergantung kepada usaha anda.
5. Anda Boleh Memperolehi Pendapatan Lumayan
Pendapatan lumayan termasuk pendapatan pasif & bonus tahunan, percutian keluar negara percuma dan ditanggung sepenuhnya, insentif insurans percuma, subsidi pinjaman rumah/kereta/komputer, subsidi yuran pelajaran, dsb.
Kelayakan sebagai Perunding Unit Amanah
Setiap calon yang memenuhi syarat-syarat berikut ini berhak untuk mendaftar sebagai Perunding Unit Trust (UTC):
  • Berumur 21 tahun atau lebih;
  • Memiliki kelayakan minimum Pangkat 3 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), atau yang setara, seperti yang ditetapkan oleh FIMM;
  • Harus jujur, berkelakuan baik dan bereputasi baik. Selain itu, calon tersebut juga harus menunjukkan kecekapan, kehandalan dan tahap integriti yang tinggi. Dalam hal ini, calon mestilah tidak pernah:
    • ditemui oleh mahkamah atau pihak berkuasa lain yang kompeten, bertindak curang atau tidak jujur, atau
    • dihukum kerana suatu kesalahan jenayah; atau
    • dicela atau ditegur oleh, atau ditolak atau dilucutkan dari keahlian sebuah pendaftaran profesional atau badan perdagangan, atau lesen peraturan, atau perjanjian serupa telah ditolak atau dibatalkan; dan
  • Setelah memenuhi syarat-syarat, calon hendaklah lulus Ujian Berkomputer Unit Amanah (CUTE) sebelum dibenarkan untuk memasarkan dan mengedarkan unit amanah. Seseorang yang tidak memenuhi syarat-syarat asas tidak akan didaftarkan untuk mengikuti CUTE.

MERANCANG PERSARAAN MELALUI PELABURAN UNIT AMANAH









Ramai yang menganggap bahawa dengan menabung sahajakita sudah boleh menampung kehidupan selepas bersara nanti. Sama ada kita menabung di dalam akaun simpanan biasa (seperti akaun Wadiah, Tabung Haji) ataupunsimpanan KWSP. Namun, statistik menunjukkan bahawa simpanan KWSPtersebut akan habis dalam tempoh 2-3 tahun sahaja. Mengapa berlaku sedemikian?
Kita sering terlupa kesan inflasi terhadap perancangan kewangan kita yang boleh menyebabkan ramai orang miskin selepas bersara. Menabung adalah tabiat yang baik, tetapi kadar pulangannya (atau keuntungannya) seringkali tidak boleh mengatasi kadar inflasi. Jika menabung sahaja, pulangan yang anda dapat mungkin sekitar 3-4% setahun, akan tetapi, kadar inflasi boleh naik sehingga melebihi 6%!. Ini bermakna, nilai duit kita di dalam akaun simpanan tersebut tidak bertambah, sebaliknya semakin berkurangan!
Oleh sebab itu, kita digalakkan melaburkan duit kita, dan bukannya sekadar menyimpan di dalam akaun simpanan biasa sahaja. Ada banyak instrumen pelaburan di pasaran, seperti pelaburan unit amanah, saham, hartanah, komoditi, derivatif dan lain-lain lagi. Tetapi, pelaburan yang manakah yang paling sesuai dengan anda?
Jika anda adalah pencarum KWSP, anda sebenarnya boleh memanfaatkanSkim Pelaburan Ahli KWSP yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia. Ini kerana, akaun KWSP adalah suatu akaun simpanan, dan sudah tentu ia tidak dapat memberikan pulangan yang tinggi. Dengan adanya skim ini, pencarum boleh mengeluarkan sebahagian simpanan mereka untuk dilaburkan ke dalampelaburan unit amanah yang diluluskan.
En. Ooi Kok Hwa, seorang kolumnis akhbar The Star, pernah menulis sebuahartikel menarik mengenai perancangan persaraan menggunakan simpanan menarik mengenai . Beliau merupakan seorang perunding kewangan profesional di Malaysia. Kajian beliau mengambil kira perkara-perkara berikut:
  • purata umur memulakan pekerjaan ialah pada 25 tahun;
  • bersara pada umur 55 tahun (selepas 30 tahun bekerja);
  • purata tempoh kehidupan selepas bersara adalah 20 tahun (boleh hidup sehingga umur 75 tahun);
  • gaji permulaan RM 1,500 dengan 2 bulan bonus setahun;
  • kenaikan gaji tahunan adalah 8% setahun;
  • kadar pulangan KWSP adalah 5% setahun,
  • jumlah caruman KWSP adalah 23% setahun (11% pekerja, 12% majikan);
  • kadar inflasi adalah 3% setahun;
Daripada kajian tersebut, gaji akhir yang akan diterima pada umur 55 tahun ialah RM13,976. Dengan gaji akhir tersebut, simpanan KWSP mampu bertahan selama 20 tahun sekiranya kita berbelanja 1/3 daripada gaji akhir, atau 33% (RM4,612) sebulan.
Persoalannya:
  • berapa kos kehidupan selepas bersara, sekiranya inflasi lebih daripada 3%?
  • boleh atau tidak kita mendapat bonus sehingga 2 bulan gaji setahun?
  • boleh atau tidak kita mendapat kenaikan gaji 8% setahun?
  • boleh atau tidak kita mendapat pendapatan 5% setahun selepas bersara?
  • boleh atau tidak kita kekal dengan berbelanja sekadar 1/3 daripada gaji akhir selepas bersara, jika kesemua perkara di atas tidak berlaku?
Itu belum mengambilkira:
  • pelan pendidikan anak-anak;
  • takaful perlindungan diri dan anak-anak;
  • menyediakan tempat tinggal dan pengangkutan;
  • melangsaikan apa jua baki pinjaman/hutang sebelum bersara!!

Isnin, 16 Mei 2011

UNIT AMANAH - PELBAGAI IMPIAN, 1 PELABURAN

Pelaburan Unit Amanah direkabentuk untuk mengatasi hampir semua cabaran dalam ekonomi dan kewangan.
Antara cabaran yang mampu diatasi dengan pelaburan unit amanah ialah:
1. Inflasi/kenaikan harga atau penyusutan nilai wang;
2. Pulangan daripada simpanan/deposit yang rendah;
3. Wang untuk kehidupan selepas bersara yang tidak mencukupi;
4. Wang untuk pengajian tinggi anak-anak yang tidak mencukupi; dan
5. Kekurangan wang untuk memulakan pemilikan harta tanah.

Untuk itu, unit amanah dapat membantu kita melaburkan sebahagian daripada wang/modal secara lebih profesional dan agresif untuk memenuhi hampir semua impian masa depan kita.
Antara impian/tujuan kewangan masa depan yang boleh dicapai menerusi pelaburan unit amanah ialah:
1. Mengatasi inflasi di masa depan - kemampuan/kuasa membeli kita lebih tinggi berbanding kenaikan harga barang setiap tahun;
2. Menikmati pulangan yang lebih tinggi 2 hingga 5 kali ganda berbanding simpanan biasa;
3. Menyediakan wang sara hidup yang mencukupi untuk tempoh lebih 30 tahun selepas bersara tanpa perlu merendahkan/mengurangkan gaya hidup/biaya bulanan;
4. Mengumpul kekayaan lebih pantas;
5. Menyediakan wang biaya hidup dan yuran pendidikan tinggiyang mencukupi untuk sepanjang tempoh pengajian anak-anak;
6. Menyediakan modal pemilikan rumah dan harta tanah;
7. Menyediakan modal asas atau pengembangan perniagaan;
8. Memperolehi semula wang bayaran pinjaman perumahan;
9. Menyediakan wang menunaikan umrah/haji 2 kali lebih banyak;
10. Menyediakan wang pelancongan/ziarah yang selesa;
11. dan pelabagai tujuan kewangan masa depan.

Unit amanah menyediakan semua kategori pelaburan yang sesuai untuk semua jenis profil pelabur seperti berikut:
1. Dana KONSERVATIF (purata pulangan setahun 2% - 6%)
2. Dana SEDERHANA (purata pulangan setahun 6% - 12%)
3. Dana AGRESIF (purata pulangan setahun 12% - 15%)

Jika anda berminat untuk mengatasi semua cabaran ekonomi, menikmati pulangan pelaburan yang lebih baik serta mencapai segala impian kewangan masa depan anda, sila hubungi perunding-perunding kami. Perundingan dan nasihat adalah percuma. Kami akan membantu anda merancang dan memulakan pelaburan secara tepat untuk mencapai impian jangka sederhana dan jangka panjang (5 tahun ke atas) anda.

MARSITA BINTI MAHMUD                                      
HP 0194585365
Email:mmud64@yahoo.com
NASIRUDDIN BIN HASHIM
HP 0195770520  
Email:din_sl@yahoo.com

SYED MOHD SAIFUL BIN SYED HAMZAH
HP:0194260775
Email:mr.syedmohd@yahoo.com

NOOR AZRINA BINTI JASMI
HP:0198207712
Email:iena_3012@yahoo.com

NOR SUHANIS BINTI SEMAN
HP:anisu_san@yahoo.com.my

NUR HANANI BINTI HUSSIN
HP 0199411392
Email:hanani_0305@yahoo.com