Rabu, 9 Mac 2011

MULAKAN BISNIS DALAM UNIT AMANAH

MULAKAN BISNIS DALAM UNIT AMANAH.


 As salam
hari ini saya ingin kongsi dengan anda bagaimana untuk memulakan bisnis unit amanah......  kepada  sesiapa yang berminat untuk jadi konsultan atau 'Perunding Unit Amanah' sebagai sumber income part time atau full time,boleh hubungi email atau talipon sahabat2 saya seperti yang tertera di bawah......


Alhamdulillah, ramai juga yang bertanya ingin tahu bagaimana nak mulakan atau macam mana nak jadi konsultant. Terima kasih pada mereka-mereka yang bertanya. Bagi membantu mereka, saya cuba beri info ringkas di sini bagaimana nak mulakan business unit trust ini. Paling elok kalau saya dapat jumpa mereka-mereka ini, sit down dan discuss. Banyak benda yang boleh dikongsi. Tapi sayang, ramai juga yang berasal dari luar kedah, jadi ada baiknya kalau dapat kongsi melalui blog saya ini.


Baiklah, perniagaan unit amanah ini sebenarnya mudah sahaja dan modal permulaan amatlah rendah. Mudah bukan bermaksud terlalu senang sehingga anda tidak perlu berusaha dan tunggu clients datang menyerah diri. Bukan itu maksud saya. Anda masih perlu keluar untuk mencari prospek dan jumpa seberapa ramai prospek di luar sana. Mudah bermaksud, bila kita mula buat business ini, kita tidak perlu nak sediakan premis perniagaan, staf, sistem komputer, pengiklanan dan bermacam-macam lagi. Hampir semua benda yang perlu untuk mulakan business telah disediakan oleh syarikat. Kita hanya perlu buat aktiviti yang boleh tambah leads (potential prospects) atau prospek sahaja dan servis existing clients yang ada serta tambah product knowledge dan sales skills sahaja. Mudahkan.. kita amalkan konsep 'leverage'..


Sebelum saya beritahu apa syarat asas untuk menjadi konsultan atau perunding unit amanah, anda mesti ada 3 ciri-ciri yang paling penting dalam diri anda iaitu:

1. Anda betul-betul 'MAHU'

2. Anda betul-betul 'SANGGUP'

3. Anda seorang yang 'BOLEH DIAJAR' .


Kalau anda seorang  yang terpelajar sekali pun kalau 3sifat diatas tiada dlm diri anda, ini akan menghalang untuk anda maju dalam business unit amanah ini. Ciri-ciri lain termasuklah anda mesti sentiasa positif dan mempunyai matlamat untuk mencapai apa yang anda mahu atau impikan.


Syarat untuk menjadi perunding unit amanah:-


1. Min lulus SPM

2. Warganegara Malaysia

3. Berumur 21 tahu keatas

4. Tidak ada rekod jenayah


Dokumen-dokumen yang perlu untuk semasa mendaftar:-


1. Gambar berukuran passport 6 keping

2. Salinan IC

3. Salinan sijil akademik tertinggi (min SPM)

4. Salinan akaun simpanan Public Bank

5. Bayaran untuk yuran pendaftaran dan peperiksaan RM250

6. Bayaran untuk kelas CUTE (Computerized Unit Trust Exam) RM10


Bila semua dokumen sudah disediakan, isi borang pendaftaran, barulah anda boleh mendaftar dengan syarikat unit amanah dan mendaftar tarikh exam serta kelas persediaan untuk exam (kelas 1 hari) yang dijalankan dlm Bahasa Malaysia atau English.


Penting diingatkan bahawa, anda mesti lulus periksa yang dijalankan oleh FIMM untuk anda layak bergelar perunding unit amanah berlesen. Jangan bimbang, anda akan diajar bagaimana untuk menjawab soalan exam ini di kelas nanti.


Semua info di atas penting bagaimana nak mendaftar. Tentang bagaimana nak cari clients dan bagaimana nak buat sales/ jualan, saya sendiri akan coach anda dari A - Z. Saya akan berkongsi dengan anda apa sahaja ilmu yang saya ada untuk anda start business ini. Paling penting, daftar sebagai agen dulu.


Hubungi nama2 yg tertera di bawah .jika perlu penjelasan lanjut atau berminat untuk menceburi bidang unit amanah. Ramai yang telah berjaya mencapai 'DREAM' atau 'IMPIAN' mereka. Mengapa tidak ANDA?

MARSITA MAHMUD
HP 0194585365
mmud64@yahoo.com

SYED MOHD SAIFUL
HP 0194260775
mr.syedmohd@yahoo.com

NOOR AZRINA JASMI
HP 0198207712
iena_3012@yahoo.com

NASIRUDDIN
HP 0195770520

HURHANANI
0199411392

NOR SUHANIS
HP 0123318071
anisu_san@yahoo.com.my

SYUHADA OMAR
HP 0124795897
norsyuhada05@yahoo.com

Selasa, 8 Mac 2011

PINJAMAN ASB BERBALOI KA?

Salam pembaca 
Saya rasa tertarik dan nak bagi juga pandangan tentang perkara ini…walaupun dah banyak sangat perkara ni bincangkan dalam forum dan diperdebatkan baik dan buruknya, tak kurang pula yang sediakan formula, kiraan dan unjuran serta prestasi lalu ASB ni..
Persoalannya Pinjaman Untuk ASB, Berbaloikah?” 

Tapi dalam blog saya kali ini, tidaklah saya bercadang untuk ulas perkara tersebut semula.
Cumanya nak bagi pandangan tentang perkara ini dari sudut pandangan dan fikiran saya.
Bagi saya, adalah lebih baik anda simpan sendiri daripada membuat pinjaman ASB, jika sekiranya :-
Anda mempunyai AZAM yang kuat untuk melihat wang simpanan anda terus berkembang biar sehingga mencapai matlamat sasaran anda.. sebagai contoh nak target sampai had maksima RM200K kemudian lepas tu…biarkan ianya terus berkembang..
Jangan diusik walaupun satu sen pun…!
Masalahnya ramai yang tidak merancang kewangan dengan betul…akibatnya;
Apabila jumlah simpanan ASB mereka dah mula berkembang, NAFSU dan Kemahuan mereka turut berkembang untuk membelanjakannya…
Kesudahannya, matlamat tak tercapai…
Pi Mai Pi Mai Tang Tu…!
masalah nya simpanan dalam asb mudah untuk di keluarkan dan dividennya sedikit benar.......bila sampai matlamat kita jumlah yang di kumpul tidak dapat mengatasi inflasi...........
Inilah modal utama kakitangan bank gunakan untuk pengaruhi customer mereka supaya buat pinjaman pelaburan ASB dengan mereka..katanya;
“Kalau anda simpan sendiri(potongan gaji atau simpan secara berkala), nanti dah cukup banyak wang simpanan ASB, anda boleh keluarkan jumlahnya…!
Tetapi jika anda buat pinjaman, sijil pelaburan tersebut tidak boleh ditebus selagi belum tamat tempoh pembiayaannya…! Kalau simpan RM100K pinjam 10 tahun, pada tahun ke 10 anda dah ada RM100K…dividen yang diterima setiap tahun jangan diusik, ini akan membantu mengurangkan ansuran wang dari poket anda bagi bayaran berikutnya..”(erks..! ini pun sama juga, siapa boleh jamin ada tak usik bayaran dividen tersebut ;) ! )
Jika anda simpan sendiri dalam ASB, tetapkannya sebagai Tabung Pesaraan anda. Simpan dan lupakannya..kalau dah sampai masanya barulah buka buku simpanan ASB…
Itulah objektif asalnya – untuk sediakan Tabungan bagi kaum bumiputera yang ‘fail’ sikit bab tabung menabung ni…tapi bab pecah tabung ni memang cukup HEBAT! :)
Yang penting rancang dulu wang anda. Sediakan dana -dana khusus untuk menampung keperluan dan kemahuan anda secara tersusun. .
Jangan usik, kacau dan ganggu wang tabungan ASB anda!
Jadi untuk mencapai matlamat kita kena cari lah inisiatif lain yang dapat memberi pulangan yang lebih dari asb.....makanya eloklah di simpan diPUBLIC MUTUAL.......pelaburan  syariah yang dapat beri pulangan yang lebih...........
INGAT! Tak boleh diusik…kalau diusik meranalah masa depan persaraan anda :(
Salam kekayaan, hubungi kami seperti no talipon yang tertera di bawah ..........

Isnin, 7 Mac 2011

SIMPANAN HARI TUA ANDA

DENGAN PELABURAN BIJAK BERLANDASKAN SYARIAH

perlindungan insuran takaful percuma


PELABURAN DAN MATLAMAT KEWANGAN 
-Pelaburan itu perlu untuk melawan inflasi..
-ringgit akan bekerja untuk anda dalam pelaburan..
-jangkamasa dan risiko pelaburan diselaraskan dengan matlamat kewangan anda..
Matlamat kewangan merupakan persediaan dalam pencapaian kewangan yang boleh memelihara kesejahteraan hidup sepanjang hayat..pencapaiaan sesuatu matlamat kewangan boleh dibahagikan mengikut tempoh masa seperti berikut :-

*jangkamasa pendek - tabung kecemasan..
*jangkamasa sederhana – membeli kereta,menunaikan haji,pendidikan tinggi anak-anak..
*jangkamasa panjang – habis bayar rumah,cukup modal jadi usahawan,cukup simpanan apabila bersara..

Kesemua matlamat memerlukan sejumlah wang yang agak besar..bagi orang yang biasa seperti kita ini nampaknya tiada langkah lain lagi kecuali menabung..untuk mencapai sesuatu matlamat kewangan menabung sahaja tidak mencukupi kerana nilai wang boleh menurun kerana inflasi..

INFLASI
Antara faktor yang boleh mngubah nilai wang anda ialah inflasi..wang yang lebih banyak diperlukan untuk membeli benda yang sama pada ketika masa yg lain..seperti sepuluh tahun selepas atau dua puluh tahun selepas..
Contoh : pada tahun 1960-an berbekalkan wang saku 15sen seorang murid boleh membeli segelas air dan mungkin satu atau dua biji
Kueh..tetapi pada masa kini untuk membeli benda yang sama dengan wang RM1 baru mencukupi..

Bayangkan kita menyimpan wang bernilai RM10,000 dengan menyorok bawah katil selama 15tahun..kesan inflasi telah menurunkan nilai wang tersebut..jadual dibawah menunjukkan penurunan atau kesan kuasa beli unutk kadar inflasi..


Kadar inflasi
Peratus pengurangan(%)
Nilai setara
0%
0%
RM 10000
3%
-35%
RM 6410
5%
-52%
RM 4807
7%
-64%
RM 3623


-Untuk melawan inflasi,wang tabungan mesti lah aktif bekerja..ini boleh dicapai jika tabungan itu ada unsur pelaburan..
-pelaburan bermakna wang kita boleh dimanfaatkan untuk menjana aktiviti ekonomi..nilai wang itu akan meningkat selaras dengan
Peningkatan nilai pelaburan kita..
-Bagi mencapai matlamat kewangan itu tentu sekali kita mahu memilih pelaburan yang kadar keuntungannya melebihi kadar inflasi..
Contoh yang dapat kita lihat disini ialah pelaburan melalui PUBLIC MUTUAL..sejarah telah membuktikan bahawa dengan pelaburan
Jangka masa sederhana dan panjang mampu member pulangan yang lebih baik..malah antara yang terbaik dalam kateroginya.. 



MARSITA MAHMUD
0194585365
PERUNDING UNIT AMANAH PUBLIC MUTUAL

DANA SYARIAH DIDAPATI LEBIH BERDAYA TAHAN

PENINGKATAN kekayaan pelabur yang berminat melabur dalam produk-produk kewangan Islam dan perkembangan produk-produk Pasaran Modal Islam akan memperkukuhkan prospek pertumbuhan industri unit amanah Islam dalam jangka panjang. Di Malaysia, permintaan untuk unit amanah Islam nyata semakin meningkat. Daripada hanya dua buah dana Islam pada tahun 1993, bilangan dana-dana Islam dalam industri unit amanah swasta di Malaysia telah meningkat kepada 146 buah pada hari ini. Setakat 30 Jun 2010, sektor dana Islam mempunyai nilai aset bersih (NAB) sebanyak RM26.37 bilion, iaitu kira-kira 31 peratus daripada industri unit amanah swasta di Malaysia.

Ciri-ciri Unit Amanah Islam
Ciri utama yang membezakan pengurusan dana Islam daripada pelaburan konvensional ialah pematuhannya kepada undang-undang Syariah. Dana-dana Islam mesti mematuhi aktiviti ekonomi yang patuh Syariah dan melabur hanya dalam syarikat-syarikat yang memenuhi kehendak Syariah. Di samping itu, dana-dana Islam tidak boleh melabur dalam bank-bank konvensional yang menawarkan produk dengan kadar faedah tetap tetapi boleh melabur dalam sekuriti Islam dan institusi kewangan Islam. Dana-dana Islam juga mesti menghindari daripada membuat pelaburan dalam syarikat-syarikat yang terlibat dalam produk-produk yang dilarang oleh undang-undang Islam seperti arak, tembakau, daging khinzir, perjudian dan pornografi.

Setelah menyingkirkan syarikat-syarikat dengan aktiviti perniagaan utama yang tidak mematuhi keperluan Syariah, penyaring kuantitatif, dalam bentuk nisbah kewangan, digunakan untuk memastikan syarikat patuh Syariah menjanakan pendapatannya dengan sumber kewangan yang mencukupi dan tanpa hutang yang berlebihan. Selain itu, dana Islam hanya boleh bergiat instrumen kewangan Islam dan tidak boleh mendapatkan atau menyediakan pinjaman konvensional mahupun melabur dalam produk-produk berfaedah konvensional, termasuk sekuriti hutang konvensional. Tunai yang dipegang oleh sesuatu dana hanya boleh dilaburkan dalam produk pelaburan jangka pendek patuh Syariah, misalnya instrumen pasaran wang.

Daya Tahan Dana Islam
Oleh yang demikian, dana Islam didapati lebih berdaya tahan daripada unit amanah konvensional kerana pulangannya lazimnya kurang meruap. Sementara itu, melabur menurut “etika” ini juga menawarkan kelebihan lain. Sebagai contohnya, dana Islam tidak begitu terjejas oleh skandal yang melanda syarikat-syarikat seperti Enron dan WorldCom beberapa tahun dahulu kerana dana-dana Islam dihindari daripada melabur dalamnya. Selain itu, penyaring kuantitatif menambahkan lagi sifat berdaya tahan dana Islam kerana jika kadar faedah naik dalam suasana inflasi yang semakin meningkat, pelaburan dalam syarikat-syarikat akan mencatatkan prestasi yang cemerlang.

Penyucian Keuntungan
Adakalanya sekuriti patuh Syariah tertentu akan diklasifikasikan semula sebagai sekuriti tidak patuh Syariah. Ini mungkin disebabkan oleh syarikat menukar atau mengembangkan operasinya yang boleh menyebabkan aktiviti yang dilarang oleh undang-undang Syariah mencapai paras yang tidak dapat diterima. Sebagai contohnya, restoran atau hotel mungkin mengambil keputusan untuk mula menghidangkan arak atau daging khinzir di premis mereka. Dalam hal ini, Penasihat Syariah akan memerlukan sekuriti itu dilupuskan sekiranya nilai pasarannya melebihi kos pelaburan asal pada hari pengumuman.

Maka syarikat pengurusan dana perlu menyucikan atau membersihkan keuntungan yang dibuat oleh dana-dana Islam dengan mengenal pasti keuntungan yang dijana oleh aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan serta menyalurkan jumlah berkenaan kepada badan-badan amal yang diluluskan oleh Penasihat Syariah. Pelabur boleh mengetahui bagaimana pengurus-pengurus dana menyucikan perolehan daripada dana Islam mereka dalam prospektus masing-masing.

Majlis Penasihat Syariah

Bagi melindungi kepentingan pelabur, Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah menubuhkan Majlis Penasihat Syariah (SACSC) untuk mengawal selia dana-dana Islam di Malaysia. SACSC bertanggungjawab melayani pertanyaan dan cadangan-cadangan yang berkaitan dengan bidang ini serta membuat pengumuman untuk menggalakkan inovasi dalam industri ini.

Selain itu, SC juga membenarkan pendaftaran penasihat tempatan dan asing bagi dana unit amanah dan sekuriti Islam demi memastikan pengurus-pengurus dana dapat memanfaatkan kepakaran Syariah mereka. Di samping memastikan operasi dan pelaburan dana mematuhi keperluan Syariah, penasihat Syariah juga berjumpa dengan pengurus dana sekali-sekala untuk menjawab pertanyaan dan memberikan nasihat.

n Rencana ini disumbangkan oleh Public Mutual Berhad, syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia.

PERANAN PENASIHAT SYARIAH

PERANAN PENASIHAT SYARIAH
ZI Shariah Advisory Services Sdn. Bhd. (“ZI Shariah”) adalah Penasihat Syariah kepada dana yang disenaraikan di dalam PUBLIC MUTUAL. Sebagai Penasihat Syariah, peranan ZI Shariah ialah untuk memastikan operasi dan pelaburan dana mematuhi keperluan Syariah. Penasihat Syariah mengkaji semula pelaburan dana setiap bulan
bagi memastikan kepatuhan terhadap keperluan Syariah pada setiap masa dan mengadakan mesyuarat dengan Pengurus setiap suku tahun untuk mengkaji semula dan memberi nasihat berhubung kepatuhan dana terhadap keperluan Syariah. Untuk pelaburan dalam kedua-dua dana ekuiti patuh Syariah dan sukuk domestik, deposit berdasarkan Syariah, instrumen pasaran wang Islam dan Instrumen Boleh Niaga Islam, penapisan pelaburan ini adalah berdasarkan kepada “Senarai Sekuriti Patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti,” senarai sukuk yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti, senarai instrumen pasaran wang Islam yang disediakan
oleh Bank Negara Malaysia; dan senarai deposit/penempatan berdasarkan Syariah yang disediakan oleh Pengurus pada setiap bulan seperti yang diperlukan oleh Penasihat Syariah bagi memastikan semua penempatan adalah menurut Syariah. Untuk pelaburan dana di dalam sekuriti asing, rujukan dibuat melalui indeks pasaran beriktikaf
dan/atau tertakluk kepada proses kajian semula yang melibatkan kedua-dua analisis kuantitatif dan kualitatif oleh Penasihat Syariah. Tanggungjawab akhir untuk memastikan kepatuhan syariah dana dalam semua aspek berkaitan terletak pada Pengurus sepenuhnya

TANGGUNGJAWAB PENASIHAT SYARIAH
Selaras dengan Garis Panduan SS, peranan Penasihat Syariah ialah:
1.Memastikan bahawa dana amanah saham berdasarkan Syariah (“Dana”) diurus dan ditadbirkan menurut prinsip Syariah;

2.Menyediakan kepakaran dan bimbingan untuk Dana dalam semua perkara dari perspektif prinsip Syariah,termasuk surat ikatan dan prospektus Dana, struktur dan proses pelaburannya, dan operasi serta hal-ehwal pentadbiran yang lain;

3.Merujuk kepada SS yang mungkin merujuk kepada Majlis Penasihat Syariah apabila terdapat sebarang kekaburan atau ketidakpastian berhubung sebarang pelaburan, instrumen, sistem, prosedur dan/atau proses;

4.Meneliti laporan kepatuhan Dana sebagaimana yang disediakan oleh pegawai pematuhan pengurus, laporan urus niaga yang disediakan oleh atau diluluskan oleh pemegang amanah, dan laporan-laporan lain yang dianggap perlu untuk memastikan bahawa pelaburan dana sejajar dengan prinsip Syariah;

5.Menyediakan laporan untuk disertakan dalam laporan interim dan tahunan Dana yang mengesahkan sama ada dana telah diurus dan ditadbirkan mengikut prinsip Syariah;

6.Memastikan bahawa Dana mematuhi, garis panduan, peraturan atau keputusan yang dikeluarkan oleh SS, berhubung perkara berkenaan Syariah;

7.Menyemak dan memberi khidmat nasihat berhubung bahan promosi Dana;

8.Membantu dan menghadiri mesyuarat “ad-hoc” yang diadakan oleh SS dan/atau pihak berkuasa lain yang relevan

MAKLUMAT UMUM TENTANG ZI SHARIAH
ZI Shariah Advisory Services Sdn. Bhd. (“ZI Shariah”) ditubuhkan pada April 2007 untuk menyediakan khidmat nasihat berkenaan undang-undang Islam kepada klien di Malaysia dan luar negara. Ia bertujuan untuk memenuhi keperluan untuk penawaran nasihat berkaitan Syariah yang tersendiri dan berpengetahuan terutamanya di dalam
bidang perbankan dan kewangan Islam serta pengurusan kekayaan.ZI Syariah telah menerima pengiktirafan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai Pensihat Syariah yang diluluskan untuk penerbitan sukuk.ZI Syariah mempunyai pengalaman berkenaan sebagai Penasihat Syariah untuk dana dan pelaburan patuh Syariah:
-Menasihati sebuah syarikat pengurusan aset yang berpengkalan di Hong kong berkenaan penubuhan dana pelaburan patuh Syariah.
-Menasihati sebuah entiti yang berpangkalan di Dubai berkenaan penawaran produk kewangan Islam.
-Menasihati(sedangberlangsung) sebuah syarikat Jordan berkenaan sukuk yg melibatkan aset Jordan.
-Menasihati(sedang belangsung) sebuah institusi kewangan Jepun berkenaan cadangan struktur sukuk Jepun yang melibatkan aset sokongan Malaysia.
-Menasihati (sedang berlangsung) sebuah entiti yang berpangkalan di Dubai berkenaan penubuhan dana ekuiti patuh Syariah persendirian.
-Menasihati pihak berkuasa undang-undang antarabangsa berkenaan perkhidmatan kewangan Islam.
-Menasihati berkenaan terbitan sukuk berdaulat pertama di negara Asia Tenggara. Menyediakan latihan khusus bagi pegawai dan peserta-peserta industri lain ke atas kewangan Islam, terutamanya sukuk.
-Menasihati bank Islam antrabangsa berkenaan wakaf mengenai peluang pelaburan diMalaysia.
-Merangka (sedang berlangsung) piawaian untuk pentadbiran Syariah dan penyeliaan institusi kewangan Islam untuk AAOIFI.

Pada 1 April 2010, ZI Shariah mempunyai tenaga kerja seramai 12 orang. ZI Shariah merupakan Penasihat Syariah kepada 27 dana pada 1 April 2010.

Lembaga Pengarah
Dato’ Dr Nik Norzrul Thani - Pengarah
Megat Hizaini Hassan - Pengarah
Dr Aida Othman - Pengarah
Ahmad Ab Hamid - Pengarah

MELABUR DI PUBLIC MUTUAL

MELABUR DALAM SAHAM AMANAH
-Saham amanah dapat mengurangkan risiko pelaburan..mudah dibeli..mudah dijual serta diurus oleh pengurus-pengurus dana yang Professional..

-kadar pulangan saham amanah merangkumi 2perkara iaitu pembayaran dividen /agihan dan juga kenaikan harga saham amanah Itu sendiri..berbeza dengan ASB yang tiada pulangan bagi kenaikan harga sesuatu saham amanah..jadi,untuk menikmati hasil Dari kenaikan harga sudah tentu la lebih bijak jika kita membeli,menambah pelaburan pada harga rendah..rasionalnya disini Bukan sahaja dapat meningkatkan unit dana kita malah jika berlaku kenaikan harga kita sudah beroleh keuntungan..

-saham amanah merupakan satu pelaburan berkelompok..ini boleh dibuat kerana dana yang mencukupi telah dikumpul oleh Ramai individu..

-pengumpulan ini memberi kekuatan pelaburan yang ketara berbanding dengan pelaburan yang mampu dilaksanakan oleh pelabur Individu yang biasa..

-kepelbagaian pelaburan dapat mengimbangi risiko dan kadar keuntungan..dahulunya ini hanya mampu dilaksanakan oleh individu-individu yang betul-betul kaya sahaja..kini dengan saham amanah,manusia biasa juga mampu unutk melabur dalam pelaburan Jangka panjang yang boleh member keuntungan yang lebih berbanding dengan menyi mpan didalam bank biasa sahaja..

KOS YANG RENDAH
-Sebagai pelabur individu kita memang tidak mampu membeli pelbagai jenis saham untuk mengurangkan risiko pelaburan..

-kita seharusnya mempunyai pilihan untuk memilih saham amanah yang mampu dibeli dan bersesuaian dengan matlamat Kewangan kita..

-kini kita boleh membuka akaun hanya dengan modal serendah RM1000 sahaja..dan pelaburan tambahan minima RM100..

-di PUBLIC MUTUAL juga sudah banyak saham amanah yang berlandaskan syariah yang boleh menjadi pilihan pelabur muslim..

PENGURUS DANA
-Saham amanah diuruskan oleh pengurus dana yang professional yang dilantik dan dikawalselia oleh pemegang amanah yang Bertauliah..dan tertakluk kepada undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Sekuriti..

-pengurus dana yang professional itu perlu untuk mengurus dan melaksanakan transaksi jualbeli pada masa,jenis,jumlah sekuriti yang Sesuai bagi mencapai matlamat saham amanah yang dikendalikannya..

MUDAH TUNAI
-saham amanah bukan sahaja mudah dibeli tetapi mudah juga dijual..ini berbeza dengan saham biasa yang memerlukan tawaran harga yang sesuai serta penglibatan broker saham yang tertentu..anda boleh memantau prestasi dana-dana amanah PUBLIC MUTUAL melalui akhbar-akhbar tempatan harian yang memberikan maklumat:-
*harga belian-iaitu harga untuk menjual balik saham amanah anda
*harga jualan-iaitu harga untuk membeli saham amanah tersebut..
*nilai aset bersih – iaitu nilai terkini pelaburan anda..

DIVIDEN
-Pengurus dana akan menerima dividen daripada pelaburan yang telah dibuat dalam saham ataupun bon..dividen ini diagihkan pula kepada pemegang saham amanah seperti kita ini dalam bentuk tunai yang juga dikenali sebagai dividen/agihan atau dalam bentuk saham amanah tambahan..

PERUBAHAN HARGA SAHAM

-Kita boleh mendapat keuntungan tanbahan apabila harga saham amanah meningkat lebih tinggi daripada harga belian kita..ini boleh ditunaikan dengan menjual saham amanah tersebut.
-bagi yang bijak sudah tentu akan memulakan atau menambah pelaburan pada harga rendah..dengan cara itu keuntungan daripada kenaikan harga dapat kita perolehi dengan cepat..itulah kelebihan PUBLIC MUTUAL..kita boleh mendapat keuntungan dari 2saluran..

SAYA KEHABISAN PELANGAN?

Salam Sejahtera,
 
Amat setuju, Referral memang dah terbukti keberkesanannya. Saya amalkan sehingga sekarang. Saya nak tambah sikit dengan tips .
 
Apa yang anda perlu buat sekarang ialah selama 2 tahun kita bekerja keras siang dan malam untuk 50/50 untuk dikongsi (CASH/EPF). Secara tidak lansung, masuk tahun ke-3 sahaja, jualan EPF akan datang secara menggolek/sendiri dan bagaimana untuk pelanggan yang melabur dengan CASH ? Aaa ini rahsianya:
 
1. Galakkan pelabur-pelabur yang sedia ada membuat top-up or regular investement. Walaupun dangan minimum $100 sebulan, itu ada salah satu punya pendapatan kita. Konsepnya: sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Target 10 customers sebulan (jika anda 200 customers), berapa banyak anda akan perolehi ? Never ending income.
 
2. Start recruiting untuk overriding-nya. Menarik jugak hasilnya. Masa yang sesuai sebab banyak yang dapat VSS & jobless.
 
3. Konsep JUAL SAHAJA & JANGAN PEDULI ORANG LAIN KATA masa ekonomi meleset ataupun tidak. Apa guna Dollar Costs Averaging formula/resipi yang kita belajar ?Gunakan & pasti pelanggan-pelanggan akan berjaya.
 
4. Masa sekarang, dah ada untung untuk dana-dana yang baru dilaburkan 2-3 bulan lepas oleh pelanggan-pelanggan kita. So, print out & gunakan semasa anda membuka kaunter atau semasa berjumpa customer. Tetapi ingat, jangan janji pulangan yang singkat ... sekurang-kurangnya 3 tahun dari tairkh pelaburan. Insya-Allah, hidup anda selamat.
 
5. Gunakan fund performance & pocket calculator. Memang mujarab.
 
6. Sekurang-kurangnya sebulan sekali. Buka kaunter untuk mempromosi PM. .
 
Wassalam