Khamis, 12 Januari 2012

MENGELAKKAN KESILAPAN BIASA DALAM MELABUR

 
Semua orang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Sebagai pelabur, kita 
perlu belajar daripada kesilapan pelaburan kita dengan mengenali kesilapan itu dan 
membuat penyesuaian yang sewajarnya kepada disiplin pelaburan kita.   

Ramai orang melabur tanpa mempelajari secukupnya tentang proses pelaburan atau 
produk-produk pelaburan yang berlainan dan tanpa mempertimbangkan apa yang mereka 
mahu mencapai sebenarnya dalam jangka  panjang. Pelabur semacam ini selalunya 
bertindak balas negatif kepada kemeruapan jangka pendek pasaran, mendengar nasihat 
mereka yang mendakwa diri mereka pakar, memasuki pasaran pada masa yang tidak sesuai 
dan akhirnya menanggung kerugian yang bertimbun.    

Berikut adalah di antara kesilapan biasa yang dibuat oleh pelabur yang boleh menjejaskan 
prestasi portfolio mereka: 

1.  Tidak menyediakan dana kecemasan sebelum melabur 
Melabur tanpa sebarang peruntukan dana  kecemasan umpama berakit tanpa jaket 
keselamatan. Sebelum  memasuki pasaran, pelabur dinasihatkan supaya memperuntukkan 
sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan  perbelanjaan sebagai persediaan bagi 
menghadapi kecemasan kewangan (seperti kehilangan pekerjaan) atau masalah aliran tunai 
yang tidak diduga. Tujuan utama penampan tunai ini ialah untuk memberikan kestabilan 
fiskal dan emosi semasa dilanda kemelutan ekonomi peribadi.  

2.  Pemasaan pasaran 
Walaupun pasaran mungkin bergerak secara kitaran, namun ini tidak bermakna kita boleh 
menentukan bila kita hendak masuk dan keluar dari pasaran pada paras terendah dan paras 
tertingginya masing-masing. Pelabur yang berpengalaman dan berjaya seperti Warren 
Buffett tidak menggunakan kaedah pemasaan pasaran kerana kaedah  ini selalunya tidak 
berkesan. Oleh itu, pelabur individu akan dapat mengelak daripada menanggung kerugian 
besar jika mereka tidak mencuba memasakan pasaran. Bahkan, memandangkan 
pengalaman mereka yang terhad dalam memahami pasaran kewangan, pelabur individu 
lebih baik memfokus kepada melabur dalam unit amanah untuk jangka panjang.   

3.  Berlengah-lengah 
Pelabur tidak harus menangguh apabila melabur kerana permulaan awal boleh membawa 
banyak perbezaan dalam pulangan yang berpotensi diraih kerana tempoh masa yang lebih 
panjang membolehkan pulangan berganda atas feadah berfungsi dengan efektif. Sementara 
itu, lebih lama anda tunggu untuk memulakan  pelaburan anda, lebih banyak wang yang 
perlu anda laburkan untuk mendapatkan pulangan yang sama dengan orang yang mula 
melabur lebih awal.  

 4.  Mengambil terlalu banyak risiko atau terlalu sedikit 
Oleh sebab risiko dan pulangan adalah seiring, maka tahap risiko yang anda ambil semasa 
melabur boleh menentukan pulangan yang mungkin diterima. Namun begitu, ada orang 
yang mengambil terlalu banyak risiko dan ada pula yang terlalu sedikit. Pelabur yang 
mengambil risiko tinggi pada akhirnya menjadi spekulator dan sering melabur tanpa 
membuat penyelidikan terlebih dahulu. Pelabur yang terlalu konservatif pula mungkin 
menanggung risiko di mana inflasi menyusutkan kuasa beli mereka. Daripada semata-mata 
bergantung pada toleransi risiko anda untuk menentukan pelaburan anda, anda haruslah 
juga mengambil kira matlamat kewangan dan jangka masa pelaburan anda. 

5.  Kurang pempelbagaian 
Pempelbagaian adalah antara prinsip melabur yang paling asas ke arah portfolio pelaburan 
yang berkembang dan mantap. Namun begitu,  ramai pelabur cuai dan gagal mengikuti 
langkah ini sepenuhnya, sebaliknya mereka meletakkan semua telur (pelaburan) mereka ke 
dalam satu bakul (aset). Portfolio yang berpelbagai akan mematuhi semua komponen 
peruntukan aset – mengambil kira toleransi risiko, modal pelaburan yang sedia ada, jangka 
masa pelaburan dan perwajaran kelas aset portfolio semasa.   
                         
6.  Menjadi terlalu mengikut perasaan dalam membuat keputusan pelaburan 
Kebanyakan pelabur membenarkan emosi – terutamanya perasaan tamak dan takut – 
mendorong keputusan pelaburan mereka. Misalnya, pelabur yang terlalu mengikut 
perasaan akan terdorong untuk menjual pelaburan apabila harganya jatuh. Akibat terlalu 
mengikut perasaan dan gerak hati mereka, ramai pelabur yang menjual pada harga rendah 
dan membeli pada harga tinggi di pasaran.  Mereka sepatutnya menilai secara objektif 
sebab kejatuhan harga itu dan melihat sama ada ia disebabkan oleh keadaan pasaran yang 
lebih meluas.  

7.  Kurang penyelidikan 
Pelabur haruslah membuat penyelidikan  sebelum melabur. Pelaburan yang berjaya 
memerlukan masa dan usaha yang berterusan, termasuk melakukan penyelidikan pelaburan 
sendiri. Pelabur harus ingat bahawa prestasi sebuah pelaburan dahulu tidak semestinya 
memberi panduan untuk prestasi masa hadapan. 
  
8.  Panik semasa pasaran jatuh 
Apabila pasaran jatuh teruk, biasanya pelabur akan dikuasai oleh emosi mereka dan 
menyebabkan mereka menjual pelaburan mereka secara panik. Pelabur yang memegang 
pelaburan untuk jangka panjang tidak akan dipengaruhi oleh putaran pasaran saham ini. 
Sebaliknya, mereka mungkin melihat kelemahan pasaran sebagai peluang untuk membeli 
saham mewah di bawah nilai sebenarnya pada harga yang menarik.  Semua orang melakukan kesilapan dalam pelaburan mereka tetapi apa yang membezakan 
pemenang daripada orang yang kalah adalah mereka menggunakan apa yang mereka 
pelajari daripada kesilapan mereka. Kunci  kejayaan dalam pelaburan bukanlah mengelak 
daripada risiko sama sekali tetapi mengenali risiko yang diambil. Bagi mengelakkan 
kejutan yang kurang menyenangkan, buat penyelidikan anda. Tiada apa yang setanding 
dengan membaca prospektus dan menyemak  prestasi jangka panjang pelaburan. 
Sepertimana pengurus dana Amerika, Ronald  W. Roge, pernah berkata: “Orang meluru 
membeli meskipun mereka tidak faham apa  yang mereka beli. Orang membuat lebih 
banyak penyelidikan semasa mereka membeli peti ais atau perakam kamera video daripada 
semasa mereka melabur beribu-ribu dalam pasaran.”  
------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Jutawan Pun Buat Kesilapan (dan Belajar daripada Kesilapan itu) 
Benjamin Graham muflis sebanyak tiga kali  sebagai pelabur. Tetapi setiap kali beliau 
muflis, beliau mendokumentasikan dan mengkaji kegagalannya, dan beliau akhirnya dapat 
menyampaikan kebijaksanaan pelaburan ini  kepada ramai orang lain, termasuk Warren 
Buffett, yang kemudiannya pula belajar daripada kesilapan dan kegagalannya sendiri. 
Pada awal kerjaya Buffett, beliau tersilap  percaya bahawa beliau boleh menyelamatkan 
kilang tekstil yang hampir lingkup. Setelah terpaksa membubarkan operasi tekstilnya, 
Buffett belajar membayar untuk kualiti. Beliau mengubah syarikat yang hampir lingkup itu 
kepada perniagaan bernilai AS$140 bilion. 
Satu lagi contoh yang hebat ialah John Lasseter, dari syarikat  Pixar. Selepas tamat 
pengajian dari kolej, Disney mengambilnya bekerja sebagai kapten tunggangan Jungle 
Cruise di Disneyland. Kemudian, syarikat itu memberinya peluang bekerja sebagai 
juruanimasi, dan beliau segera menyedari kemampuan teknologi komputer baru untuk 
merevolusikan animasi.  
Namun begitu, Disney sangat  tidak tertarik dengan filemnya yang pertama sehinggakan 
beliau dibuang kerja serta-merta. Jadi, beliau terpaksa berusahakannya semula. Selepas 
memperhalusi proses-prosesnya, beliau menyertai sebuah syarikat yang kemudiannya 
dikenali sebagai Pixar, di mana beliau memenangi dua Anugerah Akademi dan 
menerbitkan beberapa buah filem hit ‘blockbuster’ termasuk Toy Story, A Bug’s Life, dan 
Cars. Ironiknya, beliau dan rakan kongsinya Steve Jobs kemudiannya menjual Pixar 
kepada Disney dengan harga AS$7.4 bilion (RM25.1 bilion). 
Pengajaran daripada kisah ini: sentiasa belajar daripada kesilapan anda. 

Selasa, 20 Disember 2011

UNIT AMANAH.....APA PILIHAN ANDA?

Pelaburan didalam Unit Amanah (Unit Trust) adalah suatu bentuk pelaburan jangkamasa sederhana/panjang yang berstruktur.Ianya tidak akan terlepas dari risiko semasa bagi setiap jenis pelaburan, risiko turun naiknya harga semasa pasaran.
Tindakan yang kita lakukan iuntuk mengimbangi risiko semasa mungkin akan memberikan kesan terhadap keuntungan dan kerugian semasa melabur di dalam Unit Amanah. Terdapat 3 kategori pelabur tersebut ialah :-
1. Pelabur kurang bijak :
 Biasanya pelabur ini akan panik melihat kejatuhan harga unit yang berlarutan selama beberapa hari. Malah, mereka akan bertambah risau dan takut mengalami kerugian yang besar apabila harga unit tersebut melepasi harga sewaktu mereka mula-mula membeli Unit Amanah tersebut.
Tindakan yang akan mereka lakukan ialah dengan menjual semua unit tersebut kerana menganggap Unit Amanah itu tidak menguntungkan dan pasaran yang tidak stabil. Oleh kerana mereka menjual semua unit tersebut, sudah tentu mereka mengalami kerugian. Contohnya :
Harga semasa beli RM0.2500 dan jual pada harga RM0.2327. Jumlah unit 40,000 unit.
Kos : RM0.2500 x 40,000 = RM10,000
Jual : RM0.2327 x 40,000 = RM9,308
Rugi : RM10,000 - RM9,308 = (RM692)

2. Pelabur bijak :
 Biasanya pelabur ini akan membiarkan pelaburan mereka dengan mengharapkan harga unit akan naik semula. Ini kerana pelaburan mereka adalah berjangka panjang (lebih dari 3 tahun).
Apabila harga naik semula pada aras yang lebih tinggi, mereka menjual semula unit tersebut untuk mendapatkan keuntungan walaupun ianya sedikit. Contohnya :
Harga semasa beli RM0.2500 dan jual pada harga RM0.2805. Jumlah unit 40,000 unit,
Kos : RM0.2500 x 40,000 unit = RM10,000
Jual : RM0.2805 x 40,000 unit = RM11,220
Untung kasar : RM11,220 - RM10,000 = RM1,220 (12.2%)

3. Pelabur paling bijak :
Pelabur ini biasanya akan mengambil kesempatan atas kejatuhan harga unit untuk menambah jumlah unit yang sedia ada. Ini bertujuan untuk merendahkan nilai kos seunit pada harga asal seterusnya memaksimumkan keuntungan di penghujung pelaburan.
Ini adalah konsep asas yang diamalkan oleh pelabur paling bijak iaitu “beli semasa harga rendah dan jual pada harga tinggi”.
Contohnya :-
Harga semasa beli RM0.2500 sebanyak 20,000 unit dan beli lagi pada harga RM0.2200 sebanyak 20,000 unit. Jual pada harga RM0.2805. Jumlah unit 40,000 unit.
Kos (1) : RM0.2500 X 20,000 unit = RM5,000
Kos (2) : RM0.2200 x 20,000 unit = RM4,400
Jumlah kos : RM9,400, harga purata seunit = RM0.2350
Jual : RM0.2805 x 40,000 unit = RM11,220
Untung : RM11,200 - RM9,400 = RM1,820 (18.2%)
Pilihan adalah ditangan ANDA !!!!!
 
 

Kelebihan melabur dalam unit amanah:
Mengikut kemampuan
Ini merupakan kelebihan
 

yang nyata sekali - tidak banyak kos diperlukan untuk melabur dalam dana amanah. Bagi pelaburan permulaan serendah RM1000, pelabur boleh membeli dana dan mendapat:


a)Kepelbagaian segeraPelabur dalam unit amanah berpeluang menyertai lebih banyak sekuriti berbanding dengan pelaburan yang dibuat secara persendirian. Dana drp peserta runcit akan dikumpulkan untuk menjadikan modal yang lebih besar dan boleh digunakan untuk membeli saham lebih banyak.
Risiko boleh dikurangkan dengan kepelbagaian. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperoleh di kaunter lain. Pelabur boleh terus mengurangkan risikonya dengan melabur dalam beberapa dana dan tidak terhad kepada satu dana sahaja.

b)Mudah tunaiPembelian dan penjualan unit amanah lebih mudah berbanding melabur terus dalam saham sesebuah syarikat di mana harga dan peluang untuk membuat urus niaga bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu.

c)Pengurusan profesional yang berterusan
Unit amanah diuruskan oleh kumpulan profesional. Pengurusan dana secara teratur dan berdasarkan fakta berbanding pelabur individu yang mungkin membuat pelaburan secara rambang. Keputusan pelaburan yang diambil oleh pengurus dana dibuat berdasarkan penyelidikan meluas dan kemahiran serta pengetahuan mereka yang mendalam didalam bidang ini.Pengawasan portfolio pelaburan dibuat secara berterusan berdasarkan maklumat yang telah diselidiki.

d)Peluang memiliki aset kewangan lebih meluas
Pengurus dana unit amanah boleh menjual beli produk pelaburan yang biasanya tidak berpeluang didekati oleh pelabur individu, seperti bon kerajaan dan bon korporat, yang mungkin dihadkan kepada pelabur institusi sahaja. Sebahagian daripada produk ini diniagakan dalam jumlah besar, dan ini mengehadkan kemampuan pelabur individu walaupun mereka diberikan peluang tersebut.

Kekurangan melabur dalam unit amanah:

a)Tertakluk kepada risiko pasaranMemandangkan unit amanah melabur dalam sekuriti boleh pasar, sudah tentu ia terdedah kepada pergerakan pasaran. Pempelbagaian dalam pelaburan boleh membantu mengurangkan risiko tetapi tidak dapat menghapuskan terus risiko. Harga unit amanah turun naik, dividen mungkin dibayar ataupun tidak, dan anda mungkin mendapat untung atau rugi apabila menjual unit itu.

b)Tidak sesuai bagi pelaburan jangka pendek
Unit amanah merupakan jentera pelaburan yang sesuai bagi pelaburan jangka sederhana hingga panjang. Ini kerana keuntungan daripada pelaburan dalam unit amanah tidak diperoleh segera. Seseorang boleh menjual unit yang dipegang apabila harga unit itu naik. Walau bagaimanapun, kenaikan harga, yang bergantung kepada pergerakan harga pasaran, biasanya lebih perlahan daripada pergerakan pasaran.
Kesan pempelbagaian berlaku secara dua hala iaitu risiko tertebar apabila pasaran mengalami kejatuhan, begitu juga ganjaran apabila pasaran meningkat. Dividen bagi unit amanah diberi secara berkala dan kesan pengkompaunan hanya dirasai dalam masa apabila keadaan ekonomi yang menguntungkan.

c)Tiada kawalan keatas pelaburanPelabur unit amanah membeli instrumen pelaburan besar-besaran, oleh itu mereka tidak mempunyai kawalan terhadap keputusan pelaburan yang dibuat oleh pengurus dana. Mereka tidak boleh memberitahu pengurus apakah saham yang hendak dibeli atau yang mana jangan dibeli, dan bila hendak dijual. Pengurus dana bertindak mengikut penasihatnya sendiri, bukannya pelabur. Pelabur hanya boleh memastikan bahawa objektif dan polisi pelaburan dana selaras dengan objektif mereka. Oleh itu, penting para pelabur membaca prospektus pelaburan secara teliti dan memilih pelaburan secara bijak.
Unit amanah semakin popular beberapa tahun kebelakangan ini. Ini kerana unit amanah merupakan jalan bagi pelabur kecil untuk meluaskan kepelbagaian pelaburan tanpa perlu had jumlah wang yang dilaburkan. Manfaatnya pula bukan setakat itu sahaja.
Tetapi, apakah unit amanah? Unit amanah merupakan skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada ramai pelabur yang berkongsi matlamat kewangan yang sama. Sebagai pertukaran kepada wang itu, dana menerbitkan unit kepada pelabur yang dikenali sebagai pemegang unit. Pemegang unit boleh menjual semula (iaitu menebus) unit mereka kepada dana, atau membeli (dan menjual) unit seterusnya.

Pengurusan dana
Dana diurus oleh sekumpulan pengurus profesional (dikenali sebagai syarikat unit amanah) yang akan melabur wang yang terkumpul dalam portfolio sekuriti seperti saham, bon dan instrumen pasaran wang atau lain-lain sekuriti yang dibenarkan untuk mencapai objektif dana. Disebabkan jumlah besar wang terkumpul, pengurus dana boleh mempelbagaikan pelaburan dan ini boleh meminimumkan risiko pelaburan.

Pendapatan 
Jumlah aset dana menentukan nilai dana dan harga dibayar oleh pemegang unit atau jumlah yang diterima apabila mereka menebus unit. Dana unit amanah memperoleh pendapatan daripada pelbagai pelaburan dalam bentuk dividen, pendapatan faedah dan perolehan modal. Pendapatan ini kemudian diagihkan kepada pemegang saham mengikut nisbah pegangan unit mereka, dalam bentuk dividen atau unit bonus.

Perlindungan untuk pemegang unit
Sebagai pemegang unit, perlindungan anda dalam unit amanah dipastikan melalui cara unit amanah itu dibentuk. Unit amanah sebenarnya satu amanah. Perlindungan terkandung dalam surat ikatan yang menyatakan kewajipan, tanggungjawab dan jangkaan tiga pihak dalam unit amanah iaitu:
Pemegang unit amanah yang memperuntukkan dana untuk pelaburan;
Syarikat unit amanah yang menyediakan pelaburan, perkhidmatan pentadbiran dan pemasaran;
Syarikat pemegang amanah yang memegang aset amanah bagi pihak pemegang unit.
Ada tiga sumber maklumat yang perlu anda kaji apabila memilih dana. Sumber tersebut ialah prospektus dana, surat ikatan amanah dan penyata kewangan yang mengandungi laporan tahunan dan interim yang boleh didapati secara percuma untuk semakan di premis pengurus dana.
MULAKAN LANGKAH SEKARANG JUGA UNTUK MERUBAH MASA DEPAN ANDA
NASIB ANDA TIDAK AKAN BERUBAH JIKA ANDA SENDIRI TIDAK MENGUBAHNYA
MENGIKUT KAJIAN SELEPAS BERSARA PADA UMUR 55 TAHUN :-
i) HANYA 1 % SAHAJA MENJADI JUTAWAN
ii) HANYA 5 % HIDUP MEWAH
iii) 34 % PESARA MEMPUNYAI WANG YANG HANYA CUKUP UNTUK HIDUP
iv) MANAKALA 60 % TERPAKSA BEKERJA LAGI UNTUK MENYARA HIDUP
ADAKAH ANDA MAHU MENGELAKKAN DIRI DARI TERGOLONG DALAM KUMPULAN 60 % ?
PELABURAN DIDALAM UNIT AMANAH MEMBERIKAN PULANGAN YANG LUMAYAN. MULAKAN LANGKAH PERTAMA ANDA 

Isnin, 12 Disember 2011

KEKAL TENANG WALAU PASARAN BERGOLAK


Dengan bangkitnya pasaran saham yang bergolak dalam beberapa bulan terakhir ini, 
para pelabur unit amanah mungkin tertarik sama ada untuk menjual atau membeli. 
Namun, para pelabur dinasihatkan supaya tetap tenang dan mempraktikkan 
pemurataan kos ringgit sebagai matlamat jangka panjang mereka. 

Apabila pasaran serantau dan global mengalami jualan panik pada bulan Ogos 2007 
dan baru-baru ini pada bulan Januari 2008, tahap keparahan  dan ketajaman 
pembetulan cukup besar untuk membuatkan para pelabur unit amanah bertanya pada 
diri sendiri sama ada mereka harus menebus sekarang untuk mengelakkan kerugian 
lagi atau membeli lebih banyak unit dengan harga yang rendah pada ketika ini. 
Bahkan, jika mereka mempraktikkan pemurataan kos ringgit, mereka tidak perlu 
bimbang dengan isu-isu seperti ini.
Pemurataan kos ringgit membolehkan para pelabur membeli lebih unit apabila harga jatuh dan membeli kurang unit ketika harga naik.

Semasa ketaktentuan pasaran terutamanya, para pelabur  individu harus kekal fokus 
pada matlamat pelaburan jangka panjang dan mengelakkan emosi mereka 
mempengaruhi keputusan pelaburan mereka. Pendekatan yang berdisiplin dan 
pelaburan sistematik adalah kunci kejayaan pelaburan jangka panjang.
Para pelabur unit  amanah adalah dinasihatkan untuk membeli dan memegang 
pelaburan mereka bagi jangka sederhana hingga panjang. Prinsip beli-dan-pegang 
adalah berdasarkan kepada konsep bahawa pelaburan yang baik akan menghasilkan 
pulangan yang menarik bagi jangka sederhana hingga panjang. Ini juga bermaksud, 
para pelabur boleh membezakan di antara pergerakan harian dalam pasaran dan nilai 
jangka panjang yang mendasari pelaburan mereka. Pengurus dana profesional 
membeli dan memegang untuk jangka masa sederhana hingga panjang kerana mereka 
bersedia untuk menunggu dengan sabar selama beberapa tahun agar pelaburan mereka 
mencapai nilai intrinsik atau wajar. Bagi pelabur unit amanah, strategi “beli-danpegang” juga boleh dilaksanakan dengan berpegang pada dana unit amanah yang 
terpilih selama sekurang-kurangnya tiga tahun.

Terdapat sesetengah pelabur yang percaya bahawa mereka boleh mencapai pulangan 
yang menakjubkan dengan menetapkan masa belian dan penebusan dana-dana ekuiti 
bagi mendapat keuntungan daripada pergerakan pasaran saham jangka pendek. Para 
pelabur tersebut tertarik untuk menetapkan masa pasaran terutamanya dalam 
persekitaran di mana pasaran ekuiti tidak menentu. Para pelabur yang ingin membuat 
keuntungan cepat di pasaran saham dengan bertukar dari satu dana ke satu dana lain 
akan sering mengalami kekecewaan. Strategi menetapkan masa yang sering 
disarankan oleh „pakar pelaburan‟ jarang berhasil. Ini adalah kerana pasaran saham 
memang tidak menentu dan tidak mungkin untuk diramalkan atas faktor-faktor 
domestik dan asing, yang mempengaruhi turun naik harga saham harian dan 
mingguan.
Para pelabur yang ingin mengambil pendekatan yang lebih aktif untuk pelaburan 
mereka dengan menetapkan masa pasaran akan terdedah kepada banyak risiko. Untuk 
mendapatkan keuntungan dari aliran pasaran jangka pendek, para pelabur tersebut 
perlu meramalkan aliran pasaran dan titik perubahan dengan tepat.Tanpa kemahiran yang sesuai untuk membezakan isyarat dan masa kemasukan dan 
keluar, penentuan masa pasaran mungkin tidak hanya mengakibatkan kehilangan 
peluang, tetapi juga berpotensi mengalami kerugian dengan cepat. Juga dengan 
frekuensi penukaran dana yang lebih tinggi, para pelabur perlu menanggung kos 
transaksi yang meningkat.
Para pelabur yang bimbang tentang ketaktentuan pasaran adalah dinasihatkan untuk 
mempraktikkan pemurataan kos ringgit kerana strategi ini membolehkan pelabur 
memfokuskan pada matlamat pelaburan jangka panjang dan tidak bimbang dengan 
tahap semasa pasaran. Pemurataan kos ringgit ialah hanya melabur satu jumlah wang 
yang tetap dalam satu aset kewangan (seperti dana unit amanah) pada tempoh waktu 
tetap (bulanan, suku tahunan, dua kali setahun) tanpa mengambil kira kitaran pasaran. 
Dengan melabur satu jumlah yang tetap pada tempoh waktu tetap, para pelabur boleh 
membeli lebih unit apabila pasaran lebih rendah dan kurang unit ketika pasaran 
menaik. Strategi ini akan menghasilkan kos purata pelaburan yang lebih rendah 
daripada purata harga pasaran pada tempoh tertentu.
Selain itu, para pelabur juga dinasihatkan untuk mengimbangi portfolio mereka secara 
tetap sekurang-kurangnya sekali setahun untuk memastikan peruntukan portfolio 
mereka mencerminkan objektif pelaburan dan profil risiko mereka. Jika harga saham 
menaik, pendedahan ekuiti pelabur meningkat melebihi tahap yang konsisten dengan 
toleransi risiko, dia boleh mengurangkan sebahagian dari dana ekuiti dan bertukar 
kepada dana bon atau pasaran wang untuk menyeimbangkan peruntukan aset yang 
sesuai. Mengekalkan sasaran peruntukan aset dapat mengurangkan risiko portfolio 
daripada menjadi terlalu tertumpu pada satu kelas aset tunggal.
Kesimpulannya, para pelabur unit amanah harus selalu memfokuskan untuk mencapai 
matlamat pelaburan jangka masa sederhana hingga panjang mereka. Amalan 
pemurataan kos ringgit dan mengimbangi portfolio secara tetap adalah cara yang 
berkesan untuk membantu pelabur tetap fokus pada jangka masa panjang dan 
mengelakkan mereka dari bertindak melulu terhadap pergerakan jangka pendek 
pasaran saham.

MEMAHAMI UNIT AMANAH ISLAM

 
Peningkatan kekayaan pelabur yang berminat untuk melabur dalam produk-produk 
kewangan Islam dan perkembangan produk-profuk Pasaran Modal Islam akan 
memperkukuhkan prospek pertumbuhan industri unit amanah Islam dalam jangka panjang. 
Di Malaysia, permintaan untuk unit amanah  Islam nyata semakin meningkat. Daripada 
hanya dua buah dana Islam pada tahun 1993, bilangan dana-dana Islam dalam industri unit 
amanah swasta di Malaysia telah bertambah kepada 146 buah pada hari ini. Setakat 30 Jun 
2010, sektor dana Islam mempunyai nilai aset bersih (NAB) sebanyak RM26.37 bilion, 
iaitu kira-kira 31 peratus daripada industri unit amanah swasta di Malaysia
1
.  
Ciri-ciri Unit Amanah Islam 

Ciri utama yang membezakan pengurusan dana Islam daripada pelaburan konvensional 
ialah pematuhannya kepada undang-undang Syariah. Dana-dana Islam mesti mematuhi 
aktiviti ekonomi yang patuh Syariah dan melabur hanya dalam syarikat-syarikat yang 
memenuhi kehendak Syariah. Di samping itu, dana-dana Islam tidak boleh melabur dalam 
bank-bank konvensional yang menawarkan produk dengan kadar faedah tetap tetapi boleh 
melabur dalam sekuriti Islam dan institusi kewangan Islam. Dana-dana Islam juga mesti 
menghindari daripada membuat pelaburan dalam syarikat-syarikat yang terlibat dalam 
produk-produk yang dilarang oleh undang-undang Islam seperti arak, tembakau, daging 
khinzir, perjudian dan pornografi.   

Setelah menyingkirkan syarikat-syarikat dengan aktiviti perniagaan utama yang tidak 
mematuhi keperluan Syariah, penyaring kuantitatif, dalam bentuk  nisbah kewangan, 
digunakan untuk memastikan syarikat patuh  Syariah menjanakan pendapatannya dengan 
sumber kewangan yang mencukupi dan tanpa hutang yang berlebihan. Selain itu, dana 
Islam hanya boleh bergiat dalam pengumpilan melalui penggunaan instrumen kewangan 
Islam dan tidak boleh mendapatkan atau menyediakan pinjaman konvensional mahupun 
melabur dalam produk-produk berfaedah konvensional, termasuk sekuriti hutang 
konvensional. Tunai yang dipegang oleh sesuatu dana hanya boleh dilaburkan dalam 
produk pelaburan jangka pendek patuh Syariah, misalnya instrumen pasaran wang. 
Daya Tahan Dana Islam 

Oleh yang demikian, dana Islam didapati  lebih berdaya tahan daripada unit amanah 
konvensional kerana pulangannya lazimnya  kurang meruap. Sementara itu, melabur 
menurut “etika” ini juga menawarkan kelebihan lain. Sebagai contohnya, dana Islam tidak 
begitu terjejas oleh skandal yang melanda syarikat-syarikat seperti Enron dan WorldCom 
beberapa tahun dahulu kerana kunci kira-kira  syarikat tersebut yang amat berkeumpilan 
menghindari dana-dana Islam daripada melabur dalamnya. Tambahan pula, penyaring 
kuantitatif menambahkan lagi sifat berdaya tahan dana Islam kerana jika kadar faedah naik 
                                                
1
 Lipper, 9 Julai 2010 

Selasa, 11 Oktober 2011

PEMURATAAN KOS RINGGIT(DDI)


Pemurataan Kos Ringgit 

“Sepanjang pemerhatian saya selama 60 tahun ini di Wall Street, orang 
tidak berjaya meramalkan apa yang akan terjadi dalam pasaran 
saham.”  
– Benjamin Graham, pengarang “The Intelligent Investor” 
Melabur akan menjadi begitu mudah kalaulah kita boleh meramalkan bilakah masa 
terbaik untuk membeli atau menjual. Walau bagaimanapun, meramalkan masa yang 
sesuai untuk melabur dalam pasaran adalah mustahil dan ramai yang telah mengalami 
kerugian besar kerana mencubanya dan gagal. Salah satu cara untuk mengharungi naik 
turun pasaran saham yang sentiasa berlaku ini ialah dengan menggunakan kaedah 
pemurataan kos ringgit.  Kaedah ini memastikan kita mendapat faedah daripada pulangan 
sejarah yang mantap yang ditunjukkan dalam jangka panjang dan melindung nilai kesan 
kemerosotan dan sedikit aliran menurun dalam jangka pendek.  

Pemurataan kos Ringgit merupakan satu  teknik pelaburan yang bertujuan untuk 
mengurangkan pendedahan kepada risiko  yang berkaitan dengan membuat satu 
pembelian tunggal yang besar dengan melaburkan jumlah tetap dalam pelaburan tertentu 
(misalnya, unit amanah) pada selang masa yang tetap (sama ada bulanan atau suku 
tahunan), tanpa menghiraukan harga unitnya. Sebagai contoh, anda boleh memilih untuk 
memindahkan RM500 hingga RM1,000 daripada gaji anda kepada dana unit amanah 
ataupun anda boleh membuat pelaburan sebanyak RM1,500 atau RM3,000 setiap suku 
tahun. Jumlah dan kekerapan pelaburan anda bergantung pada sumber kewangan dan 
matlamat masa depan anda.  
Bagaimana Pemurataan Kos Dolar Berfungsi 
“Simpan sedikit simpan selalu – pemurataan kos dolar (ringgit) berkesan jika anda 
terus menggunakannya.”  
– Paul Clitheroe, “Ten Key Steps to Wealth”, 2002. 
Untuk menjelaskan pemurataan kos dolar secara mudah, katakan anda mahu menyimpan 
RM12,000 setiap tahun untuk tabung  persaraan anda. Daripada melaburkan jumlah ini 
sekali gus dan menanggung risiko memasuki pasaran ketika harganya melambung, anda 
mengambil keputusan untuk melaburkan sebanyak RM1,000 dalam dana unit amanah 
setiap bulan seperti yang ditunjukkan dalam carta berikut: 
      

Ahad, 17 Julai 2011

COMPOUND INTEREST


Sering kita ditanya “Apakah rahsia untuk menjadi kaya?”. Apakah perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan kita menjadi jutawan?
Jawapannya amat mudah- infact, ianya bukan lagi rahsia oleh kerana di dalam apa jua buku kewangan peribadi di dunia, sudah pasti terdapat satu bab menceritakan cara ini. Cara yang 100% sekiranya digunakan akan menjadikan kita jutawan. Ya, anda juga boleh menjadi jutawan sekiranya mengikut cara ini. Tidak kira latar belakang pendidikan kita, tidak kira tahap intelegent kita, tidak kira apa kepakaran kita, terdapat satu cara yang akan memastikan seseorang itu menjadi jutawan. Namun, tidak ramai yang benar-benar mengambil kesempatan ini!!.
Caranya bukanlah cara cepat kaya… tetapi, cara pasti kaya. Hendak tahu apakah caranya? Izinkan saya jelaskan dengan satu gambaran…
Bayangkan seorang bayi apabila dilahirkan, pada setiap hari, ibunya meletakkan RM 1 ke dalam tabung untuk bayi tersebut. Sehari satu ringgit. Sebulan jumlahnya menjadi RM 30. Setahun, jumlahnya menjadi RM 365. Teruskan simpanan kedalam tabung bayi tersebut dan ketika bayi itu berumur 40 tahun, jumlah yang terkandung didalam tabung tersebut adalah RM 14,600.
Wang yang disimpan tidak berkembang. Mungkin tabung yang digunakan perlu upgrade menjadi tabung yang lebih besar. Tetapi, let’s face it… RM 14,600 dari simpanan selama 40 tahun bukanlah jumlah yang besar.
Sekarang, bayangkan sekiranya wang tersebut di simpan di dalam unit simpanan yang memberi pulangan interest sebanyak 12% setahun dan RM 1 di simpan setiap hari sejak dilahirkan. Wang yang sepatutnya hanya RM 14,600 kini menjadi RM 352,943.18 selepas 40 tahun.
RM 352,943.18 ??? Dari mana datangnya lagi RM338,343?
Ini adalah jawapan kepada soalan bagaimana hendak menjadi kaya dengan pasti. Penambahan RM 338,343 tersebut datangnya dari kuasa faedah terkumpul atau Compound Interest.
Compound interest adalah alat yang paling utama yang memberi kekayaan kepada orang-orang kaya di dunia. Elbert Einstein pernah di tanya mengenai compound interest. Jawapan yang diberikan olehnya amat mudah. Katanya,compund interest adalah “the greatest invention of all time”.
Sememangnya contoh saya mengenai bayi di atas agak tidak lojik. Takkan pula seorang ibu boleh memasukkan RM1 setiap hari sehingga umur bayi tersebut 40 tahun. Tetapi, contoh saya tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa walau betapa kecilnya simpanan kita, sekiranya dilaburkan pada jangka panjang, ia akan menjadi amat besar!!
Saya mempunyai kenalan yang tahu mengambil kesempatan di atas kuasa compound interest. Mereka adalah pasangan suami isteri sederhana. Pendapatan suami adalah RM 2,500. Pendapatan isteri juga RM 2,500. Mereka hidup dengansederhana dan tidak boros. Sehinggakan, segala perbelanjaan untuk menampung hidup dibayar oleh suami- kediaman, kereta, makan minum dan segala keperluan dibayar oleh suami. Manakala, gaji isteri disimpan ke dalam unit amanah yang memberi pulangan 12% (Kini di Malaysia, pulangan 12% adalah agak biasa sekiranya anda membuat rujukan di syarikat-syarikat Mutual Funds).
Pasangan tersebut sebenarnya adalah di dalam jalan yang akan membawa mereka menjadi jutawan!!
Bagaimana?
Dengan menyimpan RM 2,500 setiap bulan dan diberi pulangan 12% atas simpanan mereka, katakan mereka mulakannya pada umur 25 tahun (kahwin muda). Sebelum umur mereka mencecah 45 tahun, kekayaan mereka berjumlah RM 2,439,315.77. Ya, hampir RM 2.5 juta! Dan ini dengan hanya menganggap gaji isteri yang disimpan langsung tidak naik selama 20 tahun tersebut. Pasangan tersebut mencapai status jutawan pada umur 38 tahun!! Kesemua ini adalah hasil kuasacompound interest!
(Kalkulator bagaimana nilai ini diperolehi boleh dirujuk di sini)
Sekiranya anda tidak teruja dengan angka-angka ini, biar saya jelaskan lagi mengenai kuasa compound interest dan apakah kunci kejayaan compound interest. Kunci untuk compound interest adalah MULAKAN DENGAN CEPAT!!. Sekiranya anda berlengah memulakan simpanan anda, kesan compound interest diperlambatkan.
Perhatikan senario ini. Zahid menyimpan RM 200 setiap bulan sejak mula bekerja pada umur 20 tahun. Asri pula lambat mengambil tindakan. Asri mula menyimpan pada umur 27 tahun. Tetapi, Asri menyimpan RM 400 setiap bulan. Dua kali ganda lebih dari Zahid.
Mari kita lihat apabila mereka berdua menjangkau umur 38 tahun…
Simpanan pelaburan Zahid adalah RM 115,124.39
Simpanan pelaburan Asri pula adalah RM 108,758.34 – walaupun Asri menyimpan dua kali ganda dari pada Zahid.
Ini menunjukkan keputusan Zahid melabur awal – walaupun sedikit jelas memberi pulangan yang lebih berbanding dengan Asri yang mengambil keputusan melabur lewat – walaupun dua kali ganda!!
Sekarang, mungkin antara pembaca mengeluh “… tapi Irfan- menunggu 20 tahun adalah masa yang lama! Menunggu 15 tahun adalah masa yang lama untuk mencapai kekayaan.”

Anggap compound interest sebagai alat untuk menjadi kaya!!

Walaupun mungkin mengambil masa yang lama, namun, ia adalah cara yang PASTI. Teringat saya tentang cerita sang arnab dan kura kura, di mana arnab dengan pantas dan bongkak memulakan perlumbaan. Tetapi, di akhir perlumbaan, sang kura-kura yang perlahan yang tersenyum riang memenangi perlumbaan!
Buat pesanan akhir, tanya diri sendiri.
“Bolehkah anda menyimpan RM10 setiap hari mulai hari ini ke dalam akaun pelaburan yang memberi pulangan 12% setahun?”
Jika boleh, tuan-tuan dan puan-puan, dalam masa 30 tahun, anda juga adalah seorang JUTAWAN!!
Salam cemerlang!
Nota: Untuk melipat kali gandakan pendapatan melaluicompound interest, tambahkan hasil pendapatan anda, mungkin dari memulakan perniagaan secara sambilan dan gabungkannya dengan pendapatan melalui compound interestini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut bagaimana anda boleh memulakan pelaburan unit amanah melalui pelaburan secara tunaiataupun melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP, anda boleh menghubungi kami,seperti nama yang tertera dibawah.... Kami sedia membantu anda merancang persaraan yang anda idam

Ahad, 3 Julai 2011

BERHIJRAH KE UNIT AMANAH ISLAM

Adakah anda tahu status Shariah unit amanah yang anda labur sekarang ini? Adakah anda sedar jika wang anda dilaburkan ke dalam pelaburan yang tidak patuh Shariah, maka keuntungan yang anda perolehi (seperti bonus, dividen dan lain-lain) juga tidak patuh Shariah?

Berikut merupakan artikel yang ditulis oleh Ust Hj Zaharuddin bin Hj Abd Rahman, seorang pakar ekonomi Islam yang tidak asing lagi di Malaysia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pada tarikh 30 Jan 2010, ASB dan ASN masih TIDAK dianggap Saham Patuh Syariah atau ‘Islamic Fund’ oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Lihat link inihttp://www.sc.com.my/eng/html/resources/stats/UTF.pdf . Ini yang terbaru, jelas kelihatan TIADA TANDA * ( yang menunjukkan ia sebagai ‘Islamic Fund’) pada nama ASB dan ASN dalam senarai tersebut.
Awal tahun 2009, saya menerima satu email yang mengandungi satu ‘attachement’ surat dari Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia kepada Setiausaha, Majlis Penasihat Syariah salah sebuah Bank Islam di Malaysia berkenaan hukum Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).
Apa yang jelas, telah saya sebutkan sebelum ini berkali-kali, walaupun ia telah disahkan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, namun kaedah dan implementasiASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf PATUH SYARIAH oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia.
Tatkala itu, bolehlah dianggap terdapat perbezaan pendapatdalam menentukan hukum ASB dan ASN antara dua badan pengeluar hukum yang terbesar di Malaysia. Bagi mereka yang ingin lebih berhati-hati dan menjamin tidak terjebak di dalam yang haram, kerana harta akan menjadi darah daging diri dan ahli keluarga. Saya menyarankan agar melihat dengan lebih teliti KEAHLIAN ahli-ahli fatwa dari kedua-dua badan terbabit.
Jika ditanya kepada pendapat peribadi saya, saya lebihcenderung kepada pendapat Majlis Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam hal ini setelah melihat kepadapanduan yang diletakkan mereka bagi mengiktiraf sesebuah Amanah Saham yang patuh atau tidak patuh Syariah.
Anda mungkin berkata,
“SAYA TIDAK PEDULI, ASALKAN MAJLIS FATWA LULUSKAN, SAYA AKAN BERPEGANG DENGANNYA KERANA MEREKA YANGTANGGUNG DI AKHIRAT”
Ulasan saya, Allah s.w.t. memberikan kita aqal untukmemerhati dan meneliti pandangan kedua-dua badan besar ini setakat kemampuan yang ada, berfikirlah. Jika benar-benar setelah membaca hujjah kedua-dua pihak, lalu anda yakindengan salah satu antaranya, anda telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang baik. Namun jika, sambil malas dan ingin mengambil mudah, lalu terus berpegang dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, tanpa mengendahkan hujah Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti, tatkala itu, individu tersebut tidak berada dalam situasi yang sepatutnya.
Perlu difahami bahawa Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dianggotai oleh individu yang sememangnya‘specialist’ dan berpengalaman di dalam bidang muamalat dan kewangan Islam. Untuk melihat senarai ahlinya, sila buka di sini.
Berikut adalah salinan suratnya, saya telah memadam nama bank Islam yang ditujukan surat ini, kerana apa yang penting adalah isi kandungan surat.
( LIHAT IMEJ SURAT DI LINKhttp://www.zaharuddin.net/content/view/805/95/)
Hasil daripada surat ini, Suruhanjaya Sekuriti kelihatan TIDAK MEMBENARKAN bank-bank Islam di Malaysia memberikan pembiayaan tunai kepada pelanggan yang ingin menyertai ASB dan ASN.
Berikut adalah tulisan-tulisan saya yang lalu berkenaan ASB dan ASN. Dan kita masih mengharap pihak ASB dan ASN mengambil inisiatif lebih tulen untuk melayakkan mereka digelar patuh syariah oleh Majlis Syariah SC, Malaysia.
Sejurus mereka mengubah kaedah pelaburan mereka dan diluluskan oleh Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti, di ketika itu, semua artikel-artikel saya berkaitan ASB tidak lagi terpakai tentunya.
Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman