Khamis, 19 Mei 2011

KERJAYA SEBAGAI PERUNDING UNIT AMANAH






Apa itu Perunding Unit Amanah
Perunding Unit Amanah atau Unit Trust Consultant (UTC) bermaksud individu yang berdaftar dengan Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia atau Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) untuk memasarkan dan mengedarkan dana unit amanah.
Kelebihan menjadi Perunding Unit Amanah
Dengan menjadi seorang perunding unit amanah:
1. Anda Sebagai Pemilik Perniagaan (Business Owner)
Tiada siapa yang boleh menghalang anda membina kumpulan dan membangunkan perniagaan anda dengan strategi perniagaan anda sendiri.
2. Anda Menentukan Gaji Anda Sendiri
Anda mempunyai kebebasan untuk menentukan pendapatan anda sendiri. Dengan potensi pasaran begitu luas yang masih belum diterokai, anda mampu memperolehi pendapatan sehingga 6 angka sebulan.
3. Anda Mempunyai Waktu Kerja Yang Anjal (Flexible)
Anda tidak terikat dengan waktu kerja dari pukul 8.00 pagi – 5 petang. Anda boleh menentukan waktu perniagaan anda sendiri dan bila anda nak bercuti/rehat. Anda tidak perlu risau tentang ‘punch card’, permohonan cuti, cuti sakit dan sebagainya. Anda juga boleh memilih sama ada anda ingin menjadikan perniagaan ini separuh masa mahupun sepenuh masa.
4. Anda Boleh Mula dengan Modal Permulaan Rendah
Anda hanya perlu modal di antara RM200 – RM250 sahaja untuk menjadi konsultan unit amanah, dengan potensi pendapatan tiada had bergantung kepada usaha anda.
5. Anda Boleh Memperolehi Pendapatan Lumayan
Pendapatan lumayan termasuk pendapatan pasif & bonus tahunan, percutian keluar negara percuma dan ditanggung sepenuhnya, insentif insurans percuma, subsidi pinjaman rumah/kereta/komputer, subsidi yuran pelajaran, dsb.
Kelayakan sebagai Perunding Unit Amanah
Setiap calon yang memenuhi syarat-syarat berikut ini berhak untuk mendaftar sebagai Perunding Unit Trust (UTC):
  • Berumur 21 tahun atau lebih;
  • Memiliki kelayakan minimum Pangkat 3 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), atau yang setara, seperti yang ditetapkan oleh FIMM;
  • Harus jujur, berkelakuan baik dan bereputasi baik. Selain itu, calon tersebut juga harus menunjukkan kecekapan, kehandalan dan tahap integriti yang tinggi. Dalam hal ini, calon mestilah tidak pernah:
    • ditemui oleh mahkamah atau pihak berkuasa lain yang kompeten, bertindak curang atau tidak jujur, atau
    • dihukum kerana suatu kesalahan jenayah; atau
    • dicela atau ditegur oleh, atau ditolak atau dilucutkan dari keahlian sebuah pendaftaran profesional atau badan perdagangan, atau lesen peraturan, atau perjanjian serupa telah ditolak atau dibatalkan; dan
  • Setelah memenuhi syarat-syarat, calon hendaklah lulus Ujian Berkomputer Unit Amanah (CUTE) sebelum dibenarkan untuk memasarkan dan mengedarkan unit amanah. Seseorang yang tidak memenuhi syarat-syarat asas tidak akan didaftarkan untuk mengikuti CUTE.

MERANCANG PERSARAAN MELALUI PELABURAN UNIT AMANAH









Ramai yang menganggap bahawa dengan menabung sahajakita sudah boleh menampung kehidupan selepas bersara nanti. Sama ada kita menabung di dalam akaun simpanan biasa (seperti akaun Wadiah, Tabung Haji) ataupunsimpanan KWSP. Namun, statistik menunjukkan bahawa simpanan KWSPtersebut akan habis dalam tempoh 2-3 tahun sahaja. Mengapa berlaku sedemikian?
Kita sering terlupa kesan inflasi terhadap perancangan kewangan kita yang boleh menyebabkan ramai orang miskin selepas bersara. Menabung adalah tabiat yang baik, tetapi kadar pulangannya (atau keuntungannya) seringkali tidak boleh mengatasi kadar inflasi. Jika menabung sahaja, pulangan yang anda dapat mungkin sekitar 3-4% setahun, akan tetapi, kadar inflasi boleh naik sehingga melebihi 6%!. Ini bermakna, nilai duit kita di dalam akaun simpanan tersebut tidak bertambah, sebaliknya semakin berkurangan!
Oleh sebab itu, kita digalakkan melaburkan duit kita, dan bukannya sekadar menyimpan di dalam akaun simpanan biasa sahaja. Ada banyak instrumen pelaburan di pasaran, seperti pelaburan unit amanah, saham, hartanah, komoditi, derivatif dan lain-lain lagi. Tetapi, pelaburan yang manakah yang paling sesuai dengan anda?
Jika anda adalah pencarum KWSP, anda sebenarnya boleh memanfaatkanSkim Pelaburan Ahli KWSP yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia. Ini kerana, akaun KWSP adalah suatu akaun simpanan, dan sudah tentu ia tidak dapat memberikan pulangan yang tinggi. Dengan adanya skim ini, pencarum boleh mengeluarkan sebahagian simpanan mereka untuk dilaburkan ke dalampelaburan unit amanah yang diluluskan.
En. Ooi Kok Hwa, seorang kolumnis akhbar The Star, pernah menulis sebuahartikel menarik mengenai perancangan persaraan menggunakan simpanan menarik mengenai . Beliau merupakan seorang perunding kewangan profesional di Malaysia. Kajian beliau mengambil kira perkara-perkara berikut:
  • purata umur memulakan pekerjaan ialah pada 25 tahun;
  • bersara pada umur 55 tahun (selepas 30 tahun bekerja);
  • purata tempoh kehidupan selepas bersara adalah 20 tahun (boleh hidup sehingga umur 75 tahun);
  • gaji permulaan RM 1,500 dengan 2 bulan bonus setahun;
  • kenaikan gaji tahunan adalah 8% setahun;
  • kadar pulangan KWSP adalah 5% setahun,
  • jumlah caruman KWSP adalah 23% setahun (11% pekerja, 12% majikan);
  • kadar inflasi adalah 3% setahun;
Daripada kajian tersebut, gaji akhir yang akan diterima pada umur 55 tahun ialah RM13,976. Dengan gaji akhir tersebut, simpanan KWSP mampu bertahan selama 20 tahun sekiranya kita berbelanja 1/3 daripada gaji akhir, atau 33% (RM4,612) sebulan.
Persoalannya:
  • berapa kos kehidupan selepas bersara, sekiranya inflasi lebih daripada 3%?
  • boleh atau tidak kita mendapat bonus sehingga 2 bulan gaji setahun?
  • boleh atau tidak kita mendapat kenaikan gaji 8% setahun?
  • boleh atau tidak kita mendapat pendapatan 5% setahun selepas bersara?
  • boleh atau tidak kita kekal dengan berbelanja sekadar 1/3 daripada gaji akhir selepas bersara, jika kesemua perkara di atas tidak berlaku?
Itu belum mengambilkira:
  • pelan pendidikan anak-anak;
  • takaful perlindungan diri dan anak-anak;
  • menyediakan tempat tinggal dan pengangkutan;
  • melangsaikan apa jua baki pinjaman/hutang sebelum bersara!!

Isnin, 16 Mei 2011

UNIT AMANAH - PELBAGAI IMPIAN, 1 PELABURAN

Pelaburan Unit Amanah direkabentuk untuk mengatasi hampir semua cabaran dalam ekonomi dan kewangan.
Antara cabaran yang mampu diatasi dengan pelaburan unit amanah ialah:
1. Inflasi/kenaikan harga atau penyusutan nilai wang;
2. Pulangan daripada simpanan/deposit yang rendah;
3. Wang untuk kehidupan selepas bersara yang tidak mencukupi;
4. Wang untuk pengajian tinggi anak-anak yang tidak mencukupi; dan
5. Kekurangan wang untuk memulakan pemilikan harta tanah.

Untuk itu, unit amanah dapat membantu kita melaburkan sebahagian daripada wang/modal secara lebih profesional dan agresif untuk memenuhi hampir semua impian masa depan kita.
Antara impian/tujuan kewangan masa depan yang boleh dicapai menerusi pelaburan unit amanah ialah:
1. Mengatasi inflasi di masa depan - kemampuan/kuasa membeli kita lebih tinggi berbanding kenaikan harga barang setiap tahun;
2. Menikmati pulangan yang lebih tinggi 2 hingga 5 kali ganda berbanding simpanan biasa;
3. Menyediakan wang sara hidup yang mencukupi untuk tempoh lebih 30 tahun selepas bersara tanpa perlu merendahkan/mengurangkan gaya hidup/biaya bulanan;
4. Mengumpul kekayaan lebih pantas;
5. Menyediakan wang biaya hidup dan yuran pendidikan tinggiyang mencukupi untuk sepanjang tempoh pengajian anak-anak;
6. Menyediakan modal pemilikan rumah dan harta tanah;
7. Menyediakan modal asas atau pengembangan perniagaan;
8. Memperolehi semula wang bayaran pinjaman perumahan;
9. Menyediakan wang menunaikan umrah/haji 2 kali lebih banyak;
10. Menyediakan wang pelancongan/ziarah yang selesa;
11. dan pelabagai tujuan kewangan masa depan.

Unit amanah menyediakan semua kategori pelaburan yang sesuai untuk semua jenis profil pelabur seperti berikut:
1. Dana KONSERVATIF (purata pulangan setahun 2% - 6%)
2. Dana SEDERHANA (purata pulangan setahun 6% - 12%)
3. Dana AGRESIF (purata pulangan setahun 12% - 15%)

Jika anda berminat untuk mengatasi semua cabaran ekonomi, menikmati pulangan pelaburan yang lebih baik serta mencapai segala impian kewangan masa depan anda, sila hubungi perunding-perunding kami. Perundingan dan nasihat adalah percuma. Kami akan membantu anda merancang dan memulakan pelaburan secara tepat untuk mencapai impian jangka sederhana dan jangka panjang (5 tahun ke atas) anda.

MARSITA BINTI MAHMUD                                      
HP 0194585365
Email:mmud64@yahoo.com
NASIRUDDIN BIN HASHIM
HP 0195770520  
Email:din_sl@yahoo.com

SYED MOHD SAIFUL BIN SYED HAMZAH
HP:0194260775
Email:mr.syedmohd@yahoo.com

NOOR AZRINA BINTI JASMI
HP:0198207712
Email:iena_3012@yahoo.com

NOR SUHANIS BINTI SEMAN
HP:anisu_san@yahoo.com.my

NUR HANANI BINTI HUSSIN
HP 0199411392
Email:hanani_0305@yahoo.com

Khamis, 5 Mei 2011

JIKA ADA KEMAHUAN


Kata orang, Jika ada kemahuan, di situ ada jalannya. Sekiranya kita mahukan sesuatu maka kita pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehinya. Tidak kira perkara itu susah atau senang, pastinya kita bekerja tanpa jemu untuk mendapatkannya. Akhirnya kita berjaya mendapatnya. Walaupun kadang kala perkara tersebut nampak terlalu susah atau mustahil pada peringkat awalnya. Itulah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Di dalam kumpulan saya, ramai yang menjadi perunding part time sahaja. Maksudnya mereka mempunyai pekerjaan tetap yang lain,juga ada yang masih lagi menuntut d pusat pengajian tinggi  tapi juga menjadikan perunding unit amanah ini sebagai kerjaya sambilan. tapi  mereka juga dapat melakukan bisnis ini dengan jayanya walaupun ada juga yang memberi   alasannya ialah sibuk dan tidak ada masa.

Percaya atau tidak jika saya katakan itu cuma alasan dan bila terlalu berkali-kali menyatakannya, maka anda sendiri percaya bahawa yang anda sememangnya sibuk dan tiada masa untuk sesuatu yang lain.

Untuk itu saya ingin berkongsi satu cerita mengenai seorang perunding yang baru saja saya kenali,tapi saya kagum dengannya. Beliau telah hampir tiga tahun menjadi perunding, itu pun secara sambilan sahaja. Pekerjaan tetap beliau ialah seorang jurutera disebuah syarikat minyak  di Malaysia. Beliau bukan hanya bertugas di satu tempat,kadang2 ke brunai,miri,labuan,sudan juga bintulu. Beliau seorang yang sangat sibuk, meeting di sana-sini, sentiasa melawat ke banyak tempat operasi.

Sebagai perunding, beliau berada di tahap Agency Supervisor (AS). Walaupun sibuk dengan tugas rasmi syarikatnya, beliau masih berjaya membuat jualan yang banyak dan pastinya lebih besar berbanding perunding sepenuh masa. Waktu lapang dan hari minggunya penuh dengan temu janji bersama pelanggan. Kini beliau sedang giat membina asas pelanggan yang cukup besar. Percaya atau tidak, setakat ini pendapatannya sebagai perunding melebihi Rm10,000. Itu baru part time, Ini belum termasuk Bonus Hujung Tahun dan Career Benefit lagi. Anda boleh kira sendiri, berapa yang dia perolehi. Dia juga telah layak untuk lawatan keluar negara tahun hadapan.

Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah, kenapa tidak kita bina kemahuan yang tinggi di dalam diri kita untuk mencapai sesuatu. Fokus dengan apa yang sedang kita lakukan. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Percayalah, masa akan menentukan bila kita akan mendapatinya.marilah kita sama-sama merebut peluang yang ada......(itulah 2 perkataan yang beliau ingatkan saya BINA KEMAHUAN YANG TINGGI dan FOKUS)

Ahad, 1 Mei 2011

3 PERKARA WAJIB

3 Perkara Wajib

Di dalam perniagaan berangkaian atau networking business, kita tidak dapat lari dari 3 perkara yang wajib dilakukan jika ingin berjaya. Tidak kiralah sama ada di dalam MLM atau industri unit amanah, asalkan sahaja ia perniagaan yang melibatkan orang ramai, maka 3 perkara ini mesti dilakukan.

Pertamanya  
Menjual. Dalam apa sahaja tindakkan, kita mesti menjual atau membuat jualan. Ia adalah kemestian. Untuk mendapat pendapatn yang berterusan, maka jualan juga mesti berterusan. Peganglah perinsip, asalkan nampak orang, maka kita ada potensi untuk membuat jualan. Maka gunakanlah segala daya kreativiti yang ada untuk mendekati prospek tersebut untuk membuat jualan. Ada seorang rakan, yang menetapkan quota iaitu, setiap hari dia mesti membuat 1 jualan. Cuba kira, jika dia berjaya membuat jualan RM5,000 setiap hari maka dalam sebulan dia telah berjaya membuat jualan sebanyak RM150,000 sebulan. Tetapi andaikata, dia hanya berjaya membuat jualan 50%, maka jualannya sebulan ialah RM75,000 ini sudah cukup baik bukan? Jadi sentiasa membuat jualan, tidak kira hari apa atau di mana anda berada. 
Keduanya
Menaja ejen baru. Di dalam networking business ini, anda mesti menaja ejen baru sebagai mana anda membuat jualan. Sebabnya, anda tidak akan mampu untuk membuat jualan selama-lamanya. Sampai satu ketika anda akan berhenti atau terpaksa berhenti. Anda mungkin berhenti kerana letih, sakit, masa yang tidak mengizinkan dan sebagainya. Tetapi dengan adanya sekumpulan ejen di dalam kumpulan, sebab-sebab begini hampir tiada langsung. Ia seolah-olah anda mengujudkan lebih ramai diri anda. Cuba bayangkan, jika anda seorang diri dapat bekerja 24 sehari. Maka jika diri anda ada 5 orang maka anda dapat bekerja 120 jam sehari dan sudah tentu pendapatan anda lebih baik, bukan?

Untuk menaja ejen, baru anda tidak perlu tergesa-gesa seperti membuat jualan tadi. Anda hanya perlu menaja ejen baru sekurang-kurangnya seorang dalam masa sebulan. Jadi dalam masa setahun, anda sudah ada 12 ejen di bawah anda. Ini baru direct agent, apakata jika setiap ejen itu menaja pula ejen yang lain. Sudah tentu kumpulan anda akan bekembang dengan pesat. Faedahnya mungkin anda tidak nampak dengan segera, tetapi binalah kumpulan anda dengan secepat yang mungkin, kerana anda akan menikmatinya dalam dua tahun dari sekarang.

Ketiganya
Meeting atau membuat perjumpaan. Tidak kiralah menghadiri perjumpaan bulanan (monthly meeting or training), berjumpa client atau berjumpa downline. 
Di dalam monthly meeting atau training, anda akan menambah segala pengetahuan yang ada dan mendapat yang baru yang boleh digunakan untuk mengembangkan perniagaan anda.
Berjumpa dengan client juga penting. Selain dari bertanya khabar, anda boleh memberikan idea-idea baru mengenai cara pelaburan atau simpanan yang betul. Juga dapat memberikan perkembangan semasa mengenai pelaburan mereka. Dengan cara ini anda akan menambah pengetahuan mereka tentang pelaburan. Bila sudah faham, boleh jadi mereka akan menambah pelaburan atau memperkenalkan para sahabat mereka. Untung, bukan.

Berjumpa dengan downline, selain mengeratkan perhubungan, anda juga dapat berkongsi idea-idea baru untuk mengembangkan perniagaan ini atau merancangkan projek-projek baru.

Jadi, sentiasalah buat 3 perkara wajib ini. Fikirkan di mana kedudukan anda 5 tahun tahun dari sekarang. Adakah ianya lebih baik atau lebih teruk dari hari ini. Rancanglah dengan teliti.

Sabtu, 23 April 2011

KUASA PULANGAN BERGANDA

 Di Public Mutual,kami percaya bahawa mencapai kebebasan kewangan yang lebih awal merupakan matlamat penting
bagi setiap orang.

"PELABURAN YANG BIJAK BOLEH MENJADIKAN ANDA SANGAT KAYA SEKIRANYA ANDA TIDAK TERSESA-GESA"-WarrenBuffett.


                   Contoh dari geraf

 ENCIK A 
 
Mula melabur umur 26,Pelaburan tamat umur 35....jumlah pelaburan tahunan RM10,000,   tempoh pelaburan 10tahun,maka jumlah amaun yang di labur RM100,000.Jadi Jumlah pelaburan pada umur 55tahun ialah RM928,107

 Encik B

Mula melabur umur 36,Pelaburan tamat umur 55....jumlah pelaburan tahunan RM10,000,
tempoh pelaburan 20tahun,maka jumlah amaun yang di labur RM200,000.Jadi Jumlah pelaburan pada umur 55tahun RM557,645

Jika anda mula melabur awal,dengan hanya memerlukan separuh daripada modal
pelaburan,menjelang umur 55 tahun,pelaburan anda boleh meningkat sebanyak
                    66% lebih banyak.Elemen penting dalam pulangan berganda ialah MASA.
                    Semakin lama tempoh masa semakin besar pertumbuhan.

Khamis, 21 April 2011

DANA SEIMBANG UNIT AMANAH

Semasa pergerakan pasaran yang meruap (turun naik), adalah sukar bagi sesetengah pelabur untuk mengawal emosi mereka. Ketika pasaran melonjak kukuh, naluri sekawan kita mendorong kita menyertai orang ramai bagi melabur dalam pasaran saham. Tetapi apabila pasaran mengalami pembetulan, kita cepat menjadi cemas dan menjual pelaburan kita. Namun, tindakan paling bijak yang perlu pelabur lakukan dalam waktu sedemikian ialah terus bertenang dan mengekalkan pendekatan yang berfokus untuk pelaburan mereka. Mempunyai portfolio pelaburan yang dilaburkan dalam pelbagai kelas aset yang berlainan merupakan strategi yang bijak dan berkesan untuk mengharungi tempoh pergerakan pasaran yang merosot.
dana seimbang Dana Seimbang Unit Amanah
Contoh Peruntukan Aset Dana Seimbang
Pasaran saham memang bersifat meruap di mana tempoh kenaikan harga saham yang berlanjutan selalunya boleh terhenti oleh pembetulan yang mendadak. Dalam waktu sebegitu, pelabur dengan profil risiko yang sederhana hendaklah mempertimbangkan untuk memegang dana seimbang atau “balance fund” yang dilaburkan dalam ekuiti dan bon yang mempunyai perkadaran yang hampir sama. Dana seimbang bertmatlamat untuk menyediakan pendapatan dan pertumbuhan modal dalam tempoh sederhana hingga panjang dengan mengguna pakai pendekatan peruntukan aset yang seimbang, iaitu 40 peratus hingga 60 peratus daripada Nilai Aset Bersih (NAB) dilaburkan dalam ekuiti manakala bakinya dilaburkan dalam sekuriti hutang dan aset cair. Sebagai perbandingan, dana ekuiti lazimnya mempunyai peruntukan aset sebanyak 85 peratus atau lebih dalam ekuiti dan bakinya dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair.
Faedah utama melabur dalam dana seimbang ialah:

1. Pulangan yang Lebih Stabil: Risiko portfolio keseluruhan bagi dana seimbang lebih rendah                  kerana pulangan bagi pelaburan ekuiti dan bon lazimnya tidak berhubung kait secara positif.
    Pulangan yang berpotensi tinggi tetapi lebih meruap daripada pelaburan ekuiti disederhanakan oleh pelaburan dana dalam bon. Ekoran itu, pulangan dana seimbang akan kurang meruap berbanding dengan dana ekuiti konvensional.

2. Pengimbangan Semula: Satu lagi manfaat dana seimbang ialah semasa pasaran melonjak, dana ini ‘secara automatik’ mengimbang semula portfolio dengan mengambil keuntungan daripada pelaburan ekuiti yang mengalami peningkatan nilai dan mengimbangkan portfolio tersebut kepada peruntukan aset asal ekuiti: bon, iaitu 60:40.
    Hasil daripada proses pengimbangan ini, pelabur unit amanah tidak perlu bimbang tentang bila mahu mengambil untung ke atas pelaburan mereka.

3. Pertumbuhan Modal: Dana seimbang akan membolehkan pelabur menyertai dalam           pertumbuhan modal jangka panjang pasaran ekuiti kerana sebahagian besar dana, iaitu sehingga 60 peratus nilai dana dilaburkan dalam ekuiti.
    Sebagai kesimpulannya, dana seimbang adalah sesuai untuk pelabur-pelabur berjangka sederhana hingga panjang yang berprofil konservatif hingga sederhana dalam menerima risiko dan ganjaran serta ingin menerima pendapatan dan peningkatan modal yang munasabah.
    Melabur dalam dana seimbang menolong pelabur unit amanah berfokus kepada mencapai matlamat pelaburan jangka panjang mereka tanpa memerlukan mereka menilai kitaran pasaran semasa.
    Apabila mereka memilih dana seimbang yang diuruskan dengan baik sejajar dengan profil risiko dan objektif pelaburan mereka,mereka boleh yakin bahawa pengurus-pengurus dana akan mengambil langkah yang perlu untuk selalu mengimbangkan semula dana.

Rencana ini disumbangkan oleh Public Mutual Bhd., syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia.